Buku YM Dr. Tengku Asmadi Menang Tempat Pertama
Petang tadi telah berlangsung majlis menyampaikan hadiah bagi keputusan Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian & POPULAR.
Buku karya YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif telah menang tempat pertama bagi kategori bukan fiksyen.
Majlis berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC sempena Pesta Buku anjuran POPULAR.
Hadiah disampaikan oleh YM Prof. Diraja Ungku Aziz.
YM Dr. Tengku Asmadi adalah salah seorang penulis ngetop PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Tahniah kepada YM Dr. Tengku Asmadi atas kejayaan tuan petang tadi. Tahniah juga kepada PTS.
Alhamdulillah, bersyukur saya atas kejayaan ini. Sebenarnya ketika nama saya dipanggil, saya masih lagi dalam keadaan tidak percaya. Sebab semua calon-calonnya hebat-hebat dan mempunyai nama besar dalam bidang masing-masing. Tambahan pula, Buku Motivasi Alihan Pelajar yang saya rasakan lebih bermakna tidak memenanginya tahun lepas. Maka saya fikir adalah sukar bagi buku kedua ini memenangi sebarang anugerah.
Terima kasih kepada semua warga PTS serta rakan-rakan penulis.
Sekian.
Tahniah sdr Dr. Tengku Asmadi. Tahniah juga untuk PTS.
Assalamualaikum,
Tahniah dan tumpang bangga. Teruskan usaha memandaikan bangsa.
Post a comment