Tuesday, March 10, 2009

Burung Kakak Tua

Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad, menyifatkan tingkah laku Hishamuddin Hussein Onn seperti burung kakak tua.

"Asyik-asyik dia bertanya soalan yang itu, itu juga - mengapa selepas 6 tahun baru GMP membantah? Itulah soalan yang diulang-ulangnya. Nampak sangat dia tidak berfikir," kata bekas ketua pengarah DBP itu.

"Dia tidak layak menjadi menteri pelajaran. Orang yang jadi menteri pelajaran mestilah orang yang berpelajaran, pandai berfikir, yakni intelektual. Bukan orang yang pandai main politik sahaja!" katanya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: catatan 7 Mac 2009 Previous entry: Noor Azimah Mengaku Dirinya Bukan Orang Akademik
Nazmi Yaakub  on  03/10  at  06:29 AM

burung kakak tua
hinggap di jendela
datuk belum tua
tapi akalnya tinggal dua!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/10  at  08:16 AM

Dalam perhimpunan Agung UMNO nanti, Burung Kakak Tua ini akan membuka seluas-luasnya mulut. Sape-sape berani ukur mulutnya dapat hadiah Buku Cherita Kanak-kanak bertajuk Burung Kakak Tua yang Luas Mulutnya.Terbitan PTS. kah..kah..kah
Hamba cadangkan pihak Zoo Negara letakkan Burung Kakak Tua Luas Mulut ini dalam sangkar monyet.Mesti ramai datang weeh!! terutama perwakilan UMNO yang sedang bersidang tika itu.

Fudzail  on  03/10  at  09:26 AM

Salah seorang sahabat saya, MH, usahawan dari UAE yang bertaraf juta-jutawan sempat bertemu Hisham si Menteri Pelajaran di pejabat Hisham.

MH itu meluahkan pengalaman dan tanggapan pertama pertemuah itu, berulang dia berkata yang dia sedih sekali melihat seorang Menteri Pelajaran yang rendah tahap intelektualnya, malah MH sempat melilau keliling pejabat Hisham untuk mencari apakah ada buku, sekurang-kurangnya sebagai simbolik minat membaca.

Hisham terbukti tidak minat untuk membaca buku kerana dalam perbualan dengan MH yang rajin membaca pelbagai buku, tidak banyak yang Hisham tahu buku-buku yang relevan.

Kebetulan MH juga bersahabat dengan menteri pelajaran UAE, yang bukan sahaja keluarga diraja tetapi kuat membaca serta menggunakan wangnya sendiri dalam membina Kolej Komuniti untuk anak-anak tempatan.

Kata MH, “I am very sad for Malaysians for having such an idiot as a minister!”

Begitulah Hisham si Idiot.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/10  at  09:47 AM

Assalamualaikum Puan,

Semakin hari marah saya kepada Hishamuddin semakin meluap-luap. Semakin banyak kenyataan yang bodoh yang dikeluarkannya untuk membodohkan bangsa, semakin jijik saya tengok dia ni.

Perjuangan PTS memandaikan bangsa. Perjuangan peribadi Hishamuddin pula cuba membodohkan bangsanya. Kenapa baru sekarang nak bantah?

Dua tahun lepas, Hishamuddin turun ke Persidangan Perwakilan Bahagian sebagai perasmi. Dalam persidangan itu juga UMNO Bahgian berkenaan membawa usul membantah PPSMI. Yang membawa usul itu adalah seorang cikgu. Apa selama ini dia pekak?

Alih-alih Muhyiddin Yassin pula mahu menjadi wira PPSMI dalam UMNO. Sementelah nak ada pemilihan dalam Perhimpunan Agong UMNO. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Usul, baru nak bawa usul pendidikan berkaitan PPSMI.
Apa selama ini dia buta? Dah nak merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri baru matanya celik untuk tampil menjadi wira?

Sampai bilakah saya ini mahu terus bertahan menjadi Ketua UMNO Cawangan yang sentiasa mahu dibodoh-bodohkan oleh mereka-mereka yang bangang ini?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.