Friday, February 19, 2010

Cabaran Membuka Laut Biru Novel Fantasi: Mengubah Prejudis Negatif Ibu Bapa dan Guru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerja-kerja membuka pasaran Laut Biru komik yang syariah-compliant mempunyai banyak faktor yang serupa dengan usaha membuka Laut Biru novel-novel fantasi yang syariah-compliant.

Antara faktor yang serupa adalah prejudis ibu bapa dan guru-guru.

Pada umumnya ibu bapa dan guru-guru mempunyai persepsi dan prejudis negatif terhadap buku-buku komik dan cerita-cerita yang bertemakan fantasi. Oleh yang demikian mereka tidak menggalakkan anak-anak ataupun murid mereka menggemari buku-buku fantasi.

Bagi mengubah prejudis itu kita memerlukan strategi serampang 3 mata. Ketiga-tinganya dijadikan langkah yang perlu diberikan tumpuan:

(i) Para penulis novel fantasi perlu memasukkan informasi yang berkualiti dalam karya-karya mereka supaya karya itu mempunyai nilai-nilai pendidikan.

Ini penting kerana ibu bapa dan guru-guru sangat mementingkan nilai-nilai pendidikan dalam bahan-bahan bacaan anak-anak dan murid mereka.

Bagi ibu bapa, wang yang dikeluarkan bagi membeli buku hendaklah menguntungkan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Manakala bagi guru-guru pula mereka hanya akan memilih buku-buku untuk pusat sumber sekolah selagi pada pandangan mereka buku-buku itu membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid.

(ii) Jabatan marketing perlu memberikan fokus pada aspek nilai pendidikan yang terkandung dalam buku-buku fantasi itu apabila menulis kopi untuk diterbitkan dalam (a) iklan berbayar, (b) katalog bercetak, (c) katalog internet, dan (d) dalam media sosial seperti Face Book, dan bahan-bahan promosi lain.

(iii) Para editor perlu memasukkan aspek nilai pendidikan pada blurp buku-buku fantasi yang diterbitkan.

Inilah faktor yang menyebabkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) memainkan peranan kritikal bagi mengubah persepsi negatif ibu bapa dan guru-guru terhadap genre fantasi.

Baik ibu bapa mahupun guru-guru, mereka sedar penggunaan BMT dapat membantu anak-anak dan murid sekolah meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu mereka. Untuk itu sahaja pun mereka sedia  mengeluarkan wang bagi membeli buku-buku fiksyen fantasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cawangan Ke-5 Kedai Buku Sarjana di Carefour Kota Damansara Previous entry: Pasaran Ciklit Islami Mempunyai Potensi Besar
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  02:38 AM

Saya pernah menunjukkan novel saya untuk dijual kepada seorang rakan sekerja(guru) yang mengajar subjek Bahasa Melayu Tingkatan 3,4 & 5. Ungkapan yang keluar dari mulut dia ialah “Saya tidak baca novel”. Guru ini seorang andartu, pakaiannya berfesyen dan punya kereta besar(maknanya duit melempah ruah)tapi bab keluar duit untuk beli novel teramatlah kedekut sekali. Walaupun sudah mengajar Bahasa Melayu hampir 8 tahun namun masalah besarnya ialah pengetua selalulah komen cara guru ini mengajar Bahasa Melayu. Sebagai KP maka sayalah tempat pengetua meluahkan perasaannya. Dan guru ini juga selalu cakap “macam mana hendak ajar budak-budak ini Bahasa Melayu”. Kesimpulannya guru Bahasa Melayu kena rajin-rajin baca novel dan perlu terima hakikat bahawa budak-budak sekolah perlu diwajibkan membaca novel untuk meningkatkan penguasaan berbahasa mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  05:24 AM

Senario dulu-dulu :

1) Saya tidak membaca novel melayu kerana tiada genre fantasi, aksi, konspirasi dsbg.
2) Saya tidak membaca novel malayu kerena semua novel adalah novel sastera.
3) Saya tidak membaca novel melayu kerana semua novel adalah novel cinta leleh.

Senario sekarang, apabila sudah banyak novel yang berbilang genre penuh warna warni dan baik pula bahasanya, boleh pula mereka menjawab ‘Saya tidak membaca novel.’ (?)

Kalau dah dasar melayu yang jiwa raganya melekat depan TV menyembah ASTRO!

Satu-satunya genre fantasi yang mereka suka ialah Akademi FANTASIa…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.