Friday, September 26, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Cabaran Menerbitkan Buku Melayu yang Tidak Perkauman

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menulis dalam blog beliau: “Sebarang perjuangan yang bersifat perkauman, atau hanya demi kepentingan kaum tertentu, amatlah tidak relevan untuk kehidupan dunia yang Allah ciptakan terdiri daripada berbagai puak dan bangsa. Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Baca lagi di sini.

Bagi penerbit buku seperti PTS yang berjuang demi memandaikan bangsa, kita perlu menerapkan prinsip non-perkauman itu, dan di sinilah cabarannya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Yang Dicari Trainer, Yang Datang Penceramah Previous entry: Hari Ini Hari Yang Amat Sibuk di Setor PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/26  at  08:46 AM

Kalau kita hendak banggakan bangsa kita atas bangsa kita, masih ada ruang, tetapi bukanlah kerana bangsa untuk bangsa. Bukan. 

Kisah Orang Ansar di Madinah (kaum Aus dan Khazraj) berbangga-bangga atas pencapaian kaum mereka dalam agama yg diberi Allah. Abu Yaala, Albazzar dan Tabarani meriwayatkan dari Anas bin Malik ra suatu ketika kaum Aus dan Khazraj berbangga-bangga atas keutamaan mereka dalam Islam. 

Kata kaum Aus: “Daripada kalangan kami ada yang dimandikan malaikat (Hanzalah), ada yang arasy bergerak kerana kematiannya iaitu Saad bin Muaz, ada yang
jenazahnya dilindungi lebah agar tidak dicincang kaum musyrik iaitu Aasim bin Tsabit, kalangan kami ada yang persaksiannya sama dengan persaksian 2 orang iaitu Khuzaimah bin Tsabit.”

Kata kaum Khazraj pula: “Daripada kalangan kami ada 4 orang dipilih untuk menulis wahyu dan tidak pernah dipilih dengan suara terbanyak itu selain kami, iaitu Zaid bin Tsabit, Ubay bin Kaab, Muaz bin Jabal, dan Abu Zaid.”

(Dipetik dari kitab Hayatus Sahabah oleh Yusuf Kandahlawi)

Jadi, perjuangan sesuatu bangsa bukanlah atas dasar bangsa, bukan demi merendahkan bangsa-bangsa lain. Tidak salah perjuangan itu meninggikan bangsa kita berbanding bangsa lain. Memang perjuangan itu akan meninggikan bangsa kita berbanding bangsa lain. Sebagaimana juga persaingan yang benar antara individu akan meninggikan seorang itu berbanding orang-orang lain. Sahabat Nabi, Abu Bakar, beliaulah paling ke depan, beliaulah paling tinggi berbanding sahabat-sahabat lain.

SifuPTS  on  09/27  at  05:10 AM

Tuan Arrantuai,

Saya sangat bersetuju dengan tulisan tuan itu. Apa yang tuan tuliskan itu adalah cara Islami.

(Betulkan saya jika saya salah, maklumlah saya ini ustazah palsu.)

Pendekatan yang tuan terangkan itu adalah pendekatan Nabi Muhammad. Beliau tidak mengutuk, tidak memburuk-burukkan agama Yahudi, agama Kristian, agama berhala dan pemikiran ateisme yang mana semuanya wujud dan diamalkan oleh penduduk-penduduk Mekah semasa beliau mula menjalankan tugas sebagai pesuruh Allah.

Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah menerangkan tema: “Inilah Islam. Beginilah Islam. Inilah yang cara Islam. Beginilah yang betul.”

Kepada orang-orang Yahudi, Kristian, penyembah berhala, dan ateis, Nabi Muhammad tidak pernah berkata: “Kamu salah. Agama kamu salah. Kitab-kitab kamu salah. Akidah kamu salah. Adat-adat kamu salah. Kepercayaan datuk nenek kamu salah. Semua cara-cara kamu salah.”

Tugas mengatakan bahawa kepercayaan golongan Yahudi, Kristian, penyembah berhala dan ateis itu salah adalah tugas Allah melalui ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, surah al-Ikhlas menerangkan perbezaan antara akidah Islam dan akidah Kristian tentang konsep ‘Tuhan yang satu’ dan konsep ‘triniti’.

Jadi, selaras dengan strategi pembahagian tugas antara Nabi Muhammad dan Quran itu, dapatlah kita kenal pasti strategi kerja yang efektif.

Pertama-tama, kita bertugas menerangkan “Apa itu Islam, apa itu Islam, apa itu Islam.” Itu sahaja tugas kita. (Ini yang PTS sedang usahakan di mana kita menerbitkan buku-buku yang menerangkan apa itu Islam.)

Kedua, tugas kita adalah memujuk supaya orang-orang bukan Islam mahu membaca (terjemahan) Quran, sebab di dalam Quran itu sudah disediakan oleh Allah semua rasional yang menerangkan di mana salahnya akidah agama Kristian, Yahudi, agama berhala dan ateisme.

Justeru, menurut ulamak hukum menterjemahkan al-Quran itu adalah wajib. (PTS sedang mengusahakan projek menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan.)

Moga-moga apa yang saya tulis ini betul. Saya mohon ampun kepada Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/27  at  08:03 AM

Puan SifuPTS,

Saya sangat bersetuju dengan apa yang Puan tulis, dan terpaksa bersetuju. Ini suatu pemikiran dan kefahaman yang tinggi, kurniaan Tuhan.

Saya teringat suatu ayat Nabi Muhammad saw: “Ramai manusia punya ilmu tetapi tidak punya kefahaman.” Ramai manusia punya ilmu tetapi mereka tidak faham bagaimana mahu diaplikasikan ilmu itu.

Bila saya melihat khatib berkhutbah Jumaat, kekadang dalam nada ‘mamarahi’ para jemaah, bila masuk bahagian berdoa (khutbah kedua) dia memarahi Tuhan pula! Ini kerana nada ketika dia membaca doa tidak berbeza ketika ‘memarahi’ jamaah. Tuan khatib terlupa merendahkan suara ketika berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar.

Dalam Al-Quran, ada banyak pendekatan perbandingan. Ada perbandingan Tuhan yang satu dengan banyak tuhan. Juga banyak sekali perbandingan syurga dan neraka, biasanya berturutan. Perbandingan dunia yang sementara dan akhirat yang kekal. Perbandingan kebatilan dan kebenaran. Biasanya perbandingan dibuat sebelah menyebelah (berturutan). Kekadang perbandingan dibuat di antara manusia (contoh perbandingan antara 4 wanita dalam Surah Attahrim). 

Betul, memadai kita membawakan perbandingan kepada yang bukan Islam. Kalau kita sudah bermula dengan “awak salah”, bila kita bercakap “kami betul”, mereka telahpun menutup rapat telinga dan hati mereka daripada mendengar kita. Barangkali sahaja mereka menjadi lebih jauh setelah bertemu kita. Bila kita berkata kepada anak kita “kamu perlu rajin” sudah memadai, tidak perlu berkata “kamu ini pemalas”.

Puan Sifu, menurut teman saya yang biasa memijak bumi Pakistan, di sana driver teksi pun boleh dipanggil ‘ustaz’ kerana mereka membawa manusia ke tempat yang betul. Di Saudi, orang yang bernama Edward mengajar Matematik pun boleh dipanggil ‘ustaz’. Cuma kita di sini telah mengkhususkan istilah tersebut, tidak mengapalah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/27  at  08:47 AM

Puan SifuPTS, saya ingin menambah.

Bila kita mengajak orang lain, sebaiknya kita menjadikannya mudah. Lihatlah contoh daripada Nabi kita, apabila Nabi mengajak manusia awam, beliau mengajak penuh kepada kedua-dua kalimah syahadah. Apabila Nabi mengajak bapa-bapa saudaranya (yang degil itu) Nabi mengajak supaya menyebut kalimah syahadah yang pertama itu dulu.

Ketika Nabi Muhammad bekhutbah kepada puluhan ribu manusia dalam peristiwa haji, Nabi berpesan agar berpegang kepada Al-Quran. Nabi tidak menyebut Sunnahnya, demi memudahkan pendengar. Barangkali sangat ada beberapa orang yang baru sahaja beberapa jam masuk Islam. Bila berpegang kepada Al-Quran, di dalamnya ada perintah suapaya mentaati Nabi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: