Sunday, February 25, 2007

Cabaran Menjadi Penerbit Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Pasaran buku sastera kanak-kanak dan remaja sedang 'boom' sekarang, tetapi menerbitkan buku-buku itu banyak cabarannya.

Pertama, ramai ibu bapa tidak berapa suka apabila anak-anak mereka yang masih di bangku sekolah menghabiskan waktu berjam-jam membaca buku-buku cerita. Ibu bapa mahu supaya anak-anak mereka membaca buku pelajaran, supaya mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Ini adalah cabaran paling utama.

Kita perlu mengubah sikap dan persepsi ibu bapa terhadap buku sastera kanak-kanak dan remaja. Walaupun buku-buku itu dibaca oleh kanak-kanak dan remaja, tetapi mereka menggunakan wang ibu bapa bagi membelinya.

Selagi ibu bapa percaya membaca buku-buku cerita adalah tidak berfaedah pada prestasi peperiksaan, selagi itu mereka tidak mahu mengeluarkan wang bagi membelikan buku-buku untuk anak-anak mereka.

Kita pernah melihat ibu bapa menarik anak mereka yang sedang asyik membelek-belek buku sastera remaja PTS dan memaksa si anak meletakkan semula buku itu ke atas raknya.

Guru-guru pun ramai yang tidak menggalakkan murid mereka membaca buku-buku yang tidak membantu mereka mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan. Ramai guru disiplin merampas novel-novel popular yang mereka jumpa dalam beg sekolah pelajar-pelajar perempuan.

Ramai guru Bahasa Melayu tidak menggalakkan murid mereka membaca buku-buku cerita yang bukan terbitan DBP atas alasan bahasa yang digunakan dalam buku-buku cerita itu buruk, yakni banyak kesilapan ejaan, tanda baca, tatabahasa dan bahasa slanga.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kesan 'touch-me-not' dan Strategi Memperkenalkan Sastera dan Sasterawan Kepada Pelajar Previous entry: Ekonomi Negara Berkembang, Sektor Buku Melayu dan Cina Berkembang, tetapi Sektor Buku Inggeris Menda
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/27  at  07:10 PM

Salam, rasa terpanggil untuk memberi respond terhadap isu ini.

Mentaliti ibu bapa dan anak-anak hari ini lebih terarah kepada exam-oriented. Memandang bahawa anak-anak patut diprogramkan hanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Anak-anak dibesarkan dalam belenggu akademik. Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik menjadi kebanggaan, tanpa sedar mereka telah mengabaikan dunia sebenar yang akan dilalui oleh anak-anak ini.

Minda dan pembangunan diri anak-anak perlu dikembangkan secara seimbang. Anak-anak juga perlu dimasyarakatkan. Sistem tarbiyyah terhadap anak-anak perlu diseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Ilmu yang dilontarkan kepada anak-anak perlu dipelbagaikan untuk menjamin pembinaan jati diri mereka terbina secara natural tanpa dipaksa dan diarah untuk melakukannya. Anak-anak patut diberi peluang untuk memilih dan ibu bapa adalah insan yang terbaik untuk menjadi penapis dan pendorong menghidupkan keinginan anak-anak ini.

Ibu bapa dan guru-guru juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, lantaran hasil bacaan bercorak novel hari ini lebih banyak mengarah kepada fantasi ala Cinderela dan Snow White. Amat kurang yang menampilkan imej keperkasaan wanita seperti Tun Fatimah dan srikandi Islam seperti Siti Khadijah, Rabiatul Adawiyyah.

Saya juga sebelum ini suka membeli novel. Namun lama kelamaan berasa jemu dengan isi kandungan yang nampak sinonim dan banyak yang difantasikan daripada realiti kehidupan sebenar. Lebih banyak di’ending’kan dengan maksud untuk memuaskan hati pembaca…

Ini yang mungkin dibimbangi oleh ibu bapa. Saya sendiri sebagai ibu tidak melarang anak-anak saya membeli buku cerita, dengan syarat saya perlu memilih dan membuat penilaian adakah buku tersebut wajar dibaca oleh anak-anak saya. Wallahualam
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/06  at  05:39 AM

bagaimana hendak menerbitkan suatu buku yg top…..so bolehkah penggunaan bahasa yg ringkas contoh bahasa kampung

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.