Monday, June 18, 2007

Cadangan KP DBP: Sudah Benci, Bertambah Benci

Ketua Pengarah DBP mencadangkan sastera dijadikan subjek wajib di sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6.

Jika DBP gagal meningkatkan minat remaja membaca sastera, takkanlah penyelesaiannya adalah memaksa pelajar sekolah wajib belajar sastera. Sedangkan tidak dipaksa pun majoriti pelajar benci belajar sastera, inikan pula dipaksa.

Kita mencadangkan supaya judul-judul yang dipilih sebagai teks sastera di sekolah itulah yang wajib dinilai semula kesesuaiannya.

Macam-macam benar rungutan dan sungutan yang kita dengar berkenaan bagaimana sesetengah judul itu 'dipilih'...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Editor: Huruf Besar, Huruf Tebal Previous entry: Wahai Para Editor, Baca Surat Penulis Ini
 on  06/20  at  01:09 PM

Macam itu adik saya pun boleh jadi KP DBP. Idea “entah apa-apa”.
-----

Fable Fox  on  06/20  at  01:20 PM

Bercakap tentang DBP, baru kelmarin ‘berkursus’ satu jam sentengah mengenai teknik menulis buku ilmiah cara DBP. One on one tutoring grin

Tapi tidak mengapa. Kalau bukan DBP, siapa lagi hendak terbitkan buku ilmiah hard core, dan memandaikan bangsa.

Oh ya, terbaca majalah-majalah DBP. Teringant cerita ‘siput babi berjalan dalam hujan’. Dengar khabar Sifu ketawa teringat akan cerita ini. Entahlah sifu yang sama ataupun sifu yang lain.

 on  06/20  at  01:42 PM

Rasa saya kekuatan semangat Ketua Pengarah DBP untuk mengemukakan cadangan itu adalah ekoran daripada resolusi dalam Seminar Sastera Dalam Pendidikan yang dirasmikan beliau sendiri di KL tiga minggu lalu.

Seminar dua hari anjuran bersama DBP dan Kesatuan Guru Kebangsaan (KPPK atau NUTP) itu mencadangkan supaya mata pelajaran satera diwajibkan kerana kecenderungan sekarang memperlihatkan sekolah yang menawarkan subjek itu terus berkurangan.

Seminar itu mengundang ramai guru dan pensyarah berkaitan dan antara ‘orang pangkalnya’ ialah Dr. Lim Swee Tin dari UPM.

Mereka juga mencadangkan supaya subjek itu dapat disuntikkan nilai ekonomi sebagai satu tarikan selain daripada menerapkan nilai kemanusian yang kita juga sedari semakin terhakis.

Wassalam.

 on  06/20  at  02:11 PM

Paksaan bukanlah cara terbaik. Saya tidak dapat bayangkan saya seorang pelajar aliran sains (94-95) terpaksa ambil subjek Sastera.Tentu saya belajar sia-sia kerana pasti dapat F9!

Banyak cara lain lagi nak memupuk minat sastera di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Kalau dipaksa begini sastera Melayu makin hilang.

Mereka yang membesar dengan paksaan mempunyai kemungkinan yang besar untuk membenci dengan perkara yang dipaksa.

 on  06/20  at  02:21 PM

Contohnya dengan memainkan peranan di dalam persatuan Bahasa MELAYU di sekolah-sekolah.
Boleh menaja acara-acara tertentu dan hadiah biarlah dari DBP sendiri.

Boleh juga menerbitkan majalah sastera yang sesuai dengan peringkat umur mereka dan diberi percuma.
Berapalah sangat kos berbanding mencetak berpuluh-puluh ribu buku yang terpilih itu.

Setakat yang saya tahu jarang benar DBP memainkan peranan dengan persatuan Bahasa MELAYU sekolah.

Jangan asyik berseminar dan berada dalam kelompok elit saja!
Bermula dari bawah barulah boleh dapat idea-idea yang bernas.

 on  06/21  at  09:45 AM

Sdra Mr April,

Pengalaman kita semua juga menunjukkan bahawa kita juga `merasa secara terpaksa` belajar sejarah ketika SPM.

Kalau tidak `dipaksa` saya fikir ramai pelajar enggan mempelajari sejarah hatta jangan terkejut jika saya katakan ramai juga pelajar Melayu yang tidak akan mempelajari bahasa Melayu jika tidak diwajibkan.

Jangankan Bahasa Melayu.. kalau tidak dijadikan subjek teras/wajib mungkin sudah ada sekolah yang menutup kelas agama di sekolah masing-masing.

Meskipun `terpaksa` kita tetap dapat kelulusan yang baik dalam subjek yang `dipaksakan` itu dalam SPM.

Wassalam.

bahasa Melayu (SALAH) = Bahasa Melayu (BETUL)

 on  06/21  at  10:01 AM

Tuan yang selalu gunakan perkataan ‘terpaksa’,

Apabila semuanya sudah ‘terpaksa’, maka tidur sahaja ubatnya. Tidak perlu berbuat apa-apa. Perkataan ‘terpaksa’ itu boleh digunakan bagi apa-apa juga aktiviti, waima bersolat sekalipun.

Perkara-perkara yang menjurus kepada kebaikan dan keredaan Tuhan sememangnya banyak hasutan syaitan. Maka, kerja pertama kita jauhi adalah hasutan itu dahulu. Bertopi putih dan melihat yang positif lebih aula berbanding mencipta alasan ‘terpaksa’.

Tuhan juga Yang Maha Mengetahui.

 on  06/21  at  10:54 AM

Saudara Adnan,

Saya bersetuju dengan konsep “keterpaksaan” yang saudara katakan di atas.

Tetapi dalam kes sastera ini kita sudah ada subjek Bahasa Melayu dan KOMSAS. Bukankah lebih baik dibuat perubahan dalam subjek tersebut.

Macam Puan Sifu kata di atas:

“Kita mencadangkan supaya judul-judul yang dipilih sebagai teks sastera di sekolah itulah yang wajib dinilai semula kesesuaiannya.

Macam-macam benar rungutan dan sungutan yang kita dengar berkenaan bagaimana sesetengah judul itu ‘dipilih’…”

Ada sesuatu yang tidak kena, wajiblah dibuat analisis ke atas diri (sukatan atau DBP) bukannnya memaksa!

 on  06/21  at  10:58 AM

Terpaksa dan memaksa!

 on  06/21  at  01:08 PM

Kata-kata anda sungguh sukar ditafsirkan. Mohon penjelasan.

Hamba Yang Kurang Mengerti

 on  06/21  at  01:49 PM

Mr Mei,

Mohon penjelasan agar APRIL menjadi lebih memahami.

Ikhlas memohon.

 on  06/21  at  03:32 PM

Assalamualaikum..

Sdra Mr April,

Saya mohon maaf kalau komen saya buat sdr tersinggung dan `terkeliru`.

Bagi saya, saya faham memang fitrah manusia tidak suka dipaksa-paksakan meski budak kecil sekalipun.

Walaupun saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan KP DBP itu, saya tidak nampak dimana hendak selitkan subjek itu jika benar wajibkan.

Hal ini demikian kerana jumlah subjek terlalu banyak sekarang dan sentiasa pula hendak ditambah dengan terbaru penyelitan subjek keselamatan jalan raya. Situasi ini sudah pasti membebankan pelajar.

Sdra Aizam,

Saya amat bersetuju dengan komen saudara serta cadangan Puan sifu itu. Memang buku teks terbabit perlu sentiasa segar dan berubah dengan penilaian semula sekurang-kurangnya 3 atau 5 tahun sekali.

Saya bimbang kerana telah lumrah pembekal buku melobi buku mereka sambil membabitkan RM yang kadang kala kualiti menjadi korban.  Sebenarnya pelajar yang jadi korban.

Saya sendiri pernah terlihat beberapa judul buku terbitan penerbit picisan yang banyak kesalahan tatabahasa disenaraikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk disumbangkan ke sekolah.

Sekolah hanya menerima kerana diberikan percuma oleh Kementerian Pendidikan.

 on  06/22  at  09:24 AM

Saudara Adnan,
Terima kasih atas pandangan saudara.Tuada sebab nak tersinggung.Kita kan berbincang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: