Friday, March 23, 2007

Cak! Buku Siapakah Ini?

Betulkah tukang gunting dapat menjadi jutawan?

Jangan-jangan ini satu lagi buku "Semua Boleh! Apa-apa pun boleh! Siapa-siapa pun boleh!... Malaysia Boleh!"

Buku ini akan terbit sehari dua lagi....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes: Asingkan Syarikat Ikut Produk Previous entry: DBP dan Adab Menulis Surat Rasmi: Sakitnya Hati Seorang Sasterawan Tua
Kang  on  03/24  at  09:31 AM

Erkk….

Nota: Kalau tidak silap, buku ini dipadankan daripada kisah benar…

Nota Sifu: Kisah benar Jawa Kuala Langatkah?

——-

Fable Fox  on  03/24  at  02:28 PM

Semua orang kena gunting rambut tetapi tidak semua orang membaca buku. Hmm…. nampaknya kena ambil kelas gunting rambut grin

Joke aside, I think I have enough of this. Just because Bill Gate can become Bill Gates, not everybody can be Bill Gates. Too tired to rant. Oh well.

Puan Ainon Mohd.  on  03/24  at  02:42 PM

Sdr Fox,

Jangan terkejut kalau ada tukang gunting jadi jutawan.

Ada penulis buku sudah jadi jutawan (sayalah itu!). Syukur kepada Tuhan yang maha kaya. Ini merupakan suatu perkara yang banyak orang masih tidak percaya bahawa dengan menulis seseorang itu boleh menjadi jutawan.

Malah sekarang, saya sebenarnya menjadi jutawan dengan mengajar orang lain menulis! Saya sudah tidak perlu menulis lagi…. Sekali lagi, syukur kepada Tuhan yang maha kaya.

Ada orang jual kicap sudah jadi jutawan (kicap kipas udang). Jual sos pun ada yang sudah jadi jutawan (sos Aminah Hassan). Jual burger pun begitu, ada yang sudah jadi jutawan (RamLY burger).

Memang tidak semua orang boleh jadi jutawan. Tetapi mana tahu kalau orang itu adalah kita. Kita yang mempunyai ciri-ciri dapat menjadi jutawan itu. Namun disebabkan kita yakin kita ini takkan boleh menjadi jutawan, akhirnya benar-benar kita TIDAK menjadi jutawan. Puas hati!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/24  at  04:11 PM

Ilustrasi kulit yang cantik dan tidak klise! Tahniah Iwan!

Fable Fox  on  03/24  at  05:41 PM

Saya tak terkejut. Orang yang bekerja sebagai tukang cuci akhirnya menjadi pemenang BAFTA pun ada.

Pelakon kulit hitam yang berlakon Man On Fire (lupa pula namanya) pernah bekerja sebagai pencuci keranda.

Majalah MASSA pernah menjadikan tajuk muka depan tentang seorang orang Indonesia yang datang ke Malaysia menggunakan tongkang, balik menggunakan kapal terbang kerana kaya.

Ada juga orang Indonesia yang memiliki banyak tanah di Indonesia bekerja sebagai peniaga baju terpakai di Malaysia.

Ada qada, ada qadar. Ada orang mengatakan tuhan mencipta zakat kerana ada yang ditakdirkan miskin. Entahlah. Saya mahu berusaha, tetapi apa yang berlaku sering kembali ke Square One.

Tahun ini mahu cuba teknik lain pula, berhenti cari kerja (tahun lepas sudah hangus RM8000), tahun ini hanya buat kerja.

Web Sutera  on  03/24  at  06:20 PM

Pastinya yang kaya, tetap macam itu, tiada bermula; ALLAH tetap Maha Kaya! Kerana sifatNya Maha Kaya, Dia suka kalau hambaNya kaya. Kaya dan zuhud, bukan kaya dan sombong, kedekut, tangkai jering, dan segala tangkai lagi.

Puan Ainon Mohd.  on  03/24  at  07:48 PM

Sdr WEB,

Saya kaya sebab saya memiliki saham terbesar dalam kumpulan syarikat-syarikat PTS. PTS itu syarikat yang kaya, dan baru-baru ini PTS sudah pun selesai proses pembiayaan bank bagi membeli kilang 2 pintu.

Tetapi saya hidup dengan gaji RM3000 sebulan sebagai pegawai latihan program penulis baru PTS, tidak sampai separuh gaji CEO PTS! Saya tidak pernah naik gaji. Elaun Chairman pun saya tidak pernah dapat!

Saya mampu membeli Nissan X-trail yang saya pandu, dan Nissan Frontier (deisel) yang dipandu oleh Prof. Abdullah Hassan itu, sebab saya ada duit royalti daripada buku-buku saya.

Itu pun saya sentiasa dapat royalti paling lambat - hanya selepas semua penulis PTS dapat royalti mereka, barulah PTS membayar royalti saya, secara beransur-ansur pula….

Jadi jangan terkejut, dalam kes saya ini PTS kaya, tetapi saya tidak, cukup sekadar memenuhi keperluan hidup saya yang biasa-biasa sahaja. Syukur kepada Tuhan yang maha kaya.

Saya sangat bahagia apabila saya mendapat tahu staf PTS membeli rumah, ataupun membeli kereta….

Kebahagiaan saya adalah apabila saya pergi ke pejabat PTS dan saya nampak berderet-deret kereta staf PTS parking di depan pejabat PTS!

Web Sutera  on  03/24  at  09:47 PM

Puan Sifu yang saya hormati, secara peribadi saya kagum dengan sikap Puan. Tahniah Puan dari saya, terharu dengan sikap Puan. Alhamdulillah di dunia akhir zaman ini masih ada insan-insan seumpama Puan.

Saya ada seorang kawan Cina. Dia seorang peniaga dalam dunia penerbitan juga, terlibat dalam industri pemisah warna, percetakan dan penerbitan. Saya pernah tanya pada dia: “Kau tak nak beli kereta baru, Mercedes atau BMW?” Nak tau apa dia kata? Begini: “Aku segan dengan staf aku. Kalau aku beli kereta besar, apa staf aku kata. Sedang staf aku semuanya pakai kereta buatan Malaysia.”

Itulah Puan. Sedang orang Cina boleh bersikap demikian, apatah lagi orang Islam, sepatutnya lebih bersikap zuhud. Bukan kufur nikmat, tapi guna seadanya, seperti yang Puan dan suami amalkan. Saya terharu, sungguh!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: