Wednesday, February 13, 2008

Cara Mengurangkan Cukai Pendapatan ke atas Royalti

Sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan, beliau memberikan tax-break sebanyak RM24 ribu setahun ke atas royalti dan honorarium daripada hasil jualan buku dan penerbitan artikel yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Bagi honorarium dan upah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu jumlahnya adalah RM12 ribu setahun.

Banyak penulis PTS menerima royalti lebih daripada RM24 ribu setahun. Ertinya cukai pendapatan mesti dibayar bagi jumlah selebihnya. Jika royalti saudara RM25 ribu, maka cukai mesti dibayar ke atas RM1 ribu.

Apabila saudara menghantar borang taksiran cukai, kepilkan semua resit pembelian item-item yang saudara gunakan sebagai modal berkarya, seperti:

(i) Resit membeli alat-alat komputer seperti laptop, scanner, sofwer, kamera, pen, pensil, dakwat printer, kertas cetak, lampu tulis dan seumpamanya. 

(ii) Resit bil internet, resit memfotokopi, resit cuci gambar, resit repair komputer.

(iii) Resit membeli buku, majalah, akhbar, jurnal.

(iV) Resit membeli meja tulis, lampu tulis, rak buku dan seumpamanya.

(v) Jika semasa menulis buku itu saudara terpaksa menjalankan kajian di tempat yang jauh, kepilkan resit penginapan di hotel, tiket kapal terbang, feri, bas dan lain-lain perbelanjaan. 

(vi) Jika saudara terpaksa menyewa peralatan, tunjukkan bil-bil menyewa motosikal, sampan, trak, helikopter, dan seumpamanya.

(vii) Jika saudara terpaksa membayar upah kepada drebar, jurutaip, informan, jurufoto, ilustrator, dan seumpamanya. Kepilkan surat akuan terima upah yang ditrandatangani oleh orang-orang yang saudara bayar upah itu.

Pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mempertimbangkan semua dokumen itu semasa membuat taksiran. Saudara ceritakan sahaja kepada pegawai itu mengapa tanpa barang-barang tersebut, ataupun tanpa mengupah Tok Batin, dukun, pemain kompang, saudara tidak dapat mencari bahan-bahan yang dituliskan dalam karya saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasihat dari Akauntan untuk Penulis Kaya Previous entry: Sai-Fai yang Ditulis Menggunakan Teknik Surah Yusuf dan Bahasa Melayu Tinggi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  11:11 AM

Assalamu’alaikum warahmatullah

Semoga Sifu berada dalam limpahan berkat dari Allah Ta’ala.

Sifu, mengikut Sistem Taksir Sendiri (STS), resit-resit tidak perlu lagi dikepilkan bersama borang B atau BE.  Walaubagaimanapun, resit-resit tersebut mestilah disimpan dalam satu fail selama tujuh tahun.  Sekiranya ‘bernasib baik’, pegawai LHDN akan membuat pemeriksaan ke atas resit-resit tersebut.

Sebaik-baiknya, penulis mengisi borang B dan bukannya BE, kerana borang B ada bahagian pendapatan perniagaan.  Dari satu aspek, pendapatan menulis adalah pendapatan perniagaan kerana ada wang masuk dan ada wang keluar.

Jadi, kenalah buat sedikit akaun untung rugi dan kunci-kira-kira. 

Akaun Untung Rugi atau Akaun Pendapatan:

PENDAPATAN
Wang royalti
Hibah dari bank

KOS LANGSUNG
Belanja buku rujukan
Neli dakwat, kertas
Belanja cuci gambar
Beli CD, disket atau thumdbrive untuk softcopy
Belanja penyelidikan


JUMLAH PENDAPATAN - KOS LANGSUNG = UNTUNG KASAR

PERBELANJAAN LAIN
Elektrik
Tambang dan perjalanan
Kursus
Upah jurutaip

UNTUNG KASAR - PERBELANJAAN LAIN = UNTUNG BERSIH

Pembelian harta/aset:
Komputer
Lampu meja
Printer
Alat binding
Softwares

Dianggap sebagai harta dan merupakan item dalam Kunci Kira-kira.  Aset tersebut pula layak mendapat elaun modal.

Begitulah serba sedikit yang boleh saya bantu.  Saya dan sahabat saya (Agen Cukai Bertauliah) sedang cuba untuk menulis buku tentang menangani cukai seperti ini, berdasarkan pengalaman kami bersama dengan pelanggan.  Harap Puan sudi terbitkan nanti.

Terima kasih.

squid  on  08/03  at  04:25 PM

Nice post , but we can’t understant the all the info..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: