Saturday, November 07, 2009

Catatan Pembeli Buku Melayu di MPH

Seorang rakan-FB saya, Tn. Abdul Mu'min Jarni, menulis catatan ini:

"Kebetulan malam tadi saya ke MPH untuk membeli buku buat hadiah kepada sepupu saya, seorang budak perempuan.

Saya pergi ke bahagian rak buku bahasa Melayu bahagian untuk budak perempuan. Banyak sungguh buku berwarna merah jambu di bahagian tersebut. Kebanyakannya terbitan PTSONE dan KarNdya.

Seorang budak perempuan sedang memilih buku. Jadi saya pergi ke rak sebelah untuk memberi dia peluang.

Tidak lama kemudian seorang wanita dengan seorang lagi budak perempuan menghampirinya. Saya rasa itu ibu dan adik ataupun kakaknya. Mereka berbual-bual. Tetapi saya dapat tangkap pertanyaan, "Apa cerita dalam buku ini?" daripada si ibu. Budak perempuan itu juga ada mengeluarkan ayat-ayat seperti, "Yang lain saya dah baca." bla bla bla.

Apa yang menarik ialah apabila saya meneliti si ibu, barulah saya perasan rantai bersalib di emm.. dadanya. "Mereka ini mungkin keluarga Iban ataupun Bidayuh," fikir saya.

Akhirnya budak itu memilih dua buah buku, salah satunya saya rasa novel tulisan Ainin Naufal "Melah Melia".

Barulah saya pergi memilih buku untuk hadiah sepupu saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa janggalnya seorang lelaki bujang (dan menawan macam saya) berdiri memilih buku pada seksyen untuk budak-budak perempuan."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laut Biru Pasaran Genre Teenlit Previous entry: Panduan Cara yang Betul Penulis Mempromosi Dirinya dan Bukunya dalam Face Book

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: