Cekal Membuka Laut Biru Genre Fantasi Melayu
![]()
![]()
Membuka Laut Biru mana-mana kategori buku memerlukan banyak sumber.
1. Pertama-tama, sumber bekalan manuskrip yang bermutu tinggi. Apabila kategori itu baru, maka sudah pasti jumlah penulisnya sama ada tiada ataupun hanya ada dua tiga orang sahaja.
Ini kes ayam dengan telur, disebabkan tidak ada penerbit yang berminat dengan kategori itu maka tidak ada penulis yang menulis manuskripnya, dan sebaliknya juga benar, disebabkan tidak banyak yang menulis maka penerbit tidak berminat.
2. Kedua, sumber tenaga editor yang dapat membangunkan tenaga penulis. Di sebabkan kategori itu belum diterokai, maka tidaklah ada editor yang banyak pengalaman menerbitkan kategori itu.
3. Dan ketiga, sumber wang yang besar, yakni minimun RM500 ribu bagi menampung kos menerbitkan dan mempromosi kategori itu.
Kos RM500 ribu itu adalah anggaran yang diperlukan bagi menerbitkan minimum 50 judul.
Jumlah 50 judul itu adalah ciritical number (jumlah kritikal) bagi membolehkan pihak jabatan marketing melakukan promosi secara efektif. Sebagai contoh, dengan jumlah 50 judul itu barulah berbaloi jabatan marketing menerbitkan katalog khas, ataupun bagi melancarkan kempen pemasaran.
Jumlah 50 itu juga diperlukan bagi meyakinkan kedai-kedai buku supaya memberikan rak khusus bagi mempamerkan kategori itu. Selagi sesuatu kategori tidak diberikan rak khusus, maka buku-bukunya akan terselit-selit antara ribuan buku-buku lain, menyebabkan pembeli tidak perasan kewujudan buku-buku itu lalu mereka tidak membelinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment