Cerita Mat-Mat & Minah Rempit dan Jualan Buku Melayu di Alor Setar
En. Zulkimy adalah pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS yang menjaga zon Utara.
Menurut beliau, jualan buku-buku PTS di Alor Setar sedang berkembang dengan menggebu-gebu sekarang ini, meskipun harga makanan sedang naik dengan banyaknya.
Di bandar Sungai Petani yang tidak berapa besar itu pun, MPH dan POPULAR berani membuka outlet masing-masing dan bersaing.
Di Alor Setar, MPH belum membuka outletnya. Manakala POPULAR membuka 3 outlet: 1 di kompleks CITY PLAZA, 1 di kompleks STAR PARADE dan yang terbaru di TESCO Mergong.
Apa yang berlaku antara POPULAR di kompleks City Plaza dan POPULAR di kompleks Star Parade adalah amat menarik dan elok kita ceritakan di sini.
Kompleks City Plaza kini dalam keadaan "zaman malap" dari sudut bisnesnya. Hampir separuh ruang kedai dalam kompleks itu sudah tutup. Namun jualan buku-buku PTS di POPULAR City Plaza adalah yang paling besar dibandingkan dengan POPULAR di Star Parade dan POPULAR dalam TESCO Mergong.
Kompleks Star Parade dan TESCO Mergong banyak dikunjungi oleh pengunjung berfamili. Mereka mempunyai dayabeli yang lebih tinggi, namun jualan buku-buku PTS di situ, walaupun laku, tetapi ia kalah kepada jualan di Plaza City, yang bagaikan hidup segan mati tak mahu itu.
Apakah yang menyebabkan buku-buku PTS lebih banyak terjual di POPULAR City Plaza?
Kedai-kedai yang masih beroperasi dalam kompleks City Plaza menjual barang-barang yang dibeli oleh orang-orang muda-mudi, oleh Mat-Mat Rempit, seperti berbagai gajet, CD, kasut tumit tinggi, jeans, T-Shirt, tali pinggang dan yang seumpamanya. Ia ala-ala Pertama Kompleks di Kuala Lumpur.
Meskipun dayabeli pengunjung kompleks City Plaza relatif rendah, namun jualan buku PTS di situ paling tinggi.
Siapa kata Mat-Mat Rempit dan Minah-Minah Rempit tidak membeli buku?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan.
Saya ingin berkongsi maklumat sebagai warga Alor Star, Kedah. Kawasan City Plaza (dulu dikenali sebagai City Point) memang menjadi pusat tumpuan remaja terutamanya budak-budak sekolah. Di situ remaja menjadikan tempat berkumpul, melepak, ber’dating’, ber’shopping’ dan sebagainya. Pengangkutan lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan Star Parade dan Tesco Mergong yang agak jauh dari pusat bandar. Diakui City Plaza semakin sunyi akibat penutupan jalan dengan membina ‘Star Walk’(atau boleh dipanggil biawak) semasa era pentadbiran Syed Razak. City Plaza lebih dekat dengan pusat membeli-belah yang lain seperti Pekan Rabu, Kedah Shopping Mall, Hari-hari dan sebagainya. Semoga dengan kewujudan buku PTS di City Plaza dapat mengubah minda remaja-remaja Melayu di sana. Terima kasih
Barangkali sebab kedudukkan City Plaza yang bertentangan dengan Perpustakaan Awam, menyebabkan jualan buku di situ menggebu-gebu. Pelajar-pelajar ramai yang menghabiskan masa di perpustakaan. Pengunjung perpustakaan bertali arus, terutama waktu petang selepas sekolah. Barangkali setelah penat menelaah, dan perpustakaan ditutup ataupun penuh, mereka memilih kedai buku Popular pula. Kedainya pun luas dan pilihan bukunya banyak. Hendak membayar buku pun terpaksa beratur panjang.
-Pengalaman semasa out station di Kedah.
Popular di Tesco Mergong baru dibuka tak sampai seminggu. Bagi masa 2 bulan untuk kita lihat semula statistik terbaru gelagat pebeli buku PTS di Alor Setar.
Puan Sifu, tak ada ker statistik jualan buku di negeri Perlis. Nak juga buat jadi panduan.
Mencelah!
Setahun saya bekerja di Alor Star, Kedah. City Plaza memang tempat pilihan untuk remaja lepak. Saya pun tidak faham mengapa.
ct plaza x ada pape pun.snyi ja..
Post a comment