Saturday, June 19, 2010

Siri Hantu Jerangkong untuk Bacaan Kanak-Kanak

Bukan, buku-buku siri cerita hantu jerangkong dalam foto di atas bukan terbitan PTS. Sebagai penerbit yang berpegang kepada dasar syariah-compliant, PTS tidak menerbitkan buku-buku yang menggalakkan pembaca mempercayai perkara-perkara seperti tahyul, khurafat dan bidaah.

Foto di atas dikirimkan oleh seorang rakan FaceBook. Dalam sebuah kedai buku yang popular, beliau telah terjumpa buku-buku hantu diletakkan si seksyen buku kanak-kanak.

Apakah potensi menerbitkan buku-buku cerita hantu untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, seperti yang terdapat dalam foto di atas? 

Kanak-kanak-kanak dan remaja tidak mempunyai wang sendiri. Mereka menggunakan wang ibu bapa bagi membeli buku.

Ibu bapa tidak akan memberikan wang bagi pembelian buku-buku yang tidak mempunyai nilai pendidikan. Ini bermakna, bagi membeli buku-buku cerita hantu mereka terpaksa menggunakan duit poket sekolah. Dengan hal yang demikian baya beli mereka sangat terhad.

Ibu bapa juga tidak menggalakkan anak-anak membaca buku-buku cerita hantu, justeru mereka akan membacanya dengan cara menyorok-nyorok.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dari Muhammad Alexander: Armagedon 2012 Previous entry: Laut Merah dan Laut Biru Pasaran Buku-Buku Agama
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/18  at  03:41 PM

Trend yang amat merisaukan. Biasanya mereka adalah penerbit cap ayam. Kanak-kanak sepatutnya dikenalkan kepada Tuhan, bukannya Hantu.. Wallahu a’lam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: