Monday, October 22, 2007

Cerita Hari Raya: Pen Mata Kecil, Pen Mata Besar

Apabila tiba musim raya, kita berjumpa kaum keluarga yang susah hendak berjumpa pada hari-hari biasa, khususnya mereka yang aktif dalam dunia bisnes.

Salah seorang ahli keluarga yang datang beraya ke rumah Sifu adalah pengurus besar sebuah anak syarikat kepada sebuah korporat yang tersenarai di papan utama Bursa Saham KL. Anak syarikat yang diurusnya itu bergiat dalam bidang kontrak pemasangan infrastruktur IT.

Biasalah... apabila orang bisnes berjumpa orang bisnes, antara agenda tetap perbualan adalah bagaimana mereka ditipu orang politik. Orang politik kecil menipu bisnesman kecil. Orang politik besar menipu orang bisnes besar. Tujuan perbualan seperti itu adalah bagi memberi nasihat sesama rakan bisnes supaya hubaya-hubaya dengan trik-trik terbaru orang politik.

Salah satu tabiat bisnesman Melayu yang cuba mendapatkan kontrak kerajaan bernilai berjuta-juta ringgit adalah mendapatkan surat sokongan pak menteri yang ada kaitan dengan pemberian kontrak itu. Mereka yakin, surat sokongan itu amat penting diperoleh. Maka mereka bekerja keras bagi mendapatkan surat seperti itu. Semakin tinggi jawatan menteri itu, semakin baik...., kata bisnesman Melayu.

Rupa-rupanya, sesiapa pun yang meminta surat sokongan daripada pak-pak menteri akan diberi surat sokongan. Isi surat itu 100% serupa. Yang membezakan surat sokongan yang 'betul' dan yang 'sandiwara' adalah pada saiz mata pena yang digunakan bagi menandatangani surat itu! 

Jadi, lain kali, apabila saudara menerima surat sokongan pak menteri, tengok saiz mata pena yang digunakan oleh pak menteri itu bagi menurunkan tandatangannya. Jika mata pena itu halus... faham-fahamlah! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Statistik Sebenar Bisnes Novel Remaja Previous entry: Gosip Tentang PTS dan Menteri
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/22  at  06:10 AM

Assalamulaikum,

Oh begitu rupanya. Namun saya selalu melihat pen yang dugunakan oleh bekas MBNS sentiasa bermata besar. Kerap juga surat itu semacam kurang berkesan kecuali yang tidak membabitkan kewangan.

Akhirnya saya tahu, ada satu perkataan sahaja yang yang benar-benar bermakna menentukan sokong atau separuh sokong atau keputusannya terserah kepada penerima surat.

Perkataan itu ialah `PENUH`.

Ungkapan yang berbunyi `saya sokong` sebenarnya longgar dan nasib sahajalah yang menentukannya tapi jika `saya sokong penuh` memang sepenuh hati maksud sokongannya.

sab2  on  10/22  at  08:15 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum

Bisnes dan bisnesman Melayu: sejak berzaman-zaman ungkapan ‘bisnesman Melayu, kalau tak main politik bukan orang Melayu!’... nampaknya masih relevan, walaupun katanya sudah ke angkasa lepas?

Jadinya, kalaulah ada pihak yang cuba hendak membenteras politik wang (katanya sampai ke akar umbi) ianya adalah igauan semata!

MBA  on  10/22  at  08:50 AM

Orang-orang bisnes berpendapat pen berdakwat BESAR adalah besar juga kuasa magiknya. Adakah ianya benar?. Adakah perkataan PENUH itu sebenarnya “penuh”?.

Daripada pengalaman saya, kedua-duanya kurang berkesan. Sebabnya setelah kita menerima surat seperti itu, kita akan kaji, kaji dan kaji. Akhirnya tinggal kajian sahaja. Apa yang berkesan ialah apabila Pak Menteri panggil kita. Hulur surat suruh baca dalam setengah minit. Kemudian dia cakap. Kita dengar. Lepas itu dia tulis “Untuk tindakan seperti telah kita bincang”. Ini tidak boleh tidak kena buat ...

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: