Thursday, July 03, 2008

Cerita Kedai Buku Agama Tradisional

Kedai-kedai buku agama tradisional bukan hanya menjual buku-buku agama. Mereka menjual bermacam-macam barangan lain yang ada kaitan dengan ibadat-ibadat agama seperti tasbih, sejadah, kopiah, telekung, kain ihram, dan kain kafan.

Termasuk antara barangan lain adalah ubat-ubatan tradisisonal, seperti minyak urut, akar-akar kayu, jamu dan kayu sugi. Barang-barang itulah yang diletakkan di bahagian depan kedai.

Termasuk dalam senarai buku adalah kitab al-Quran. Buku-buku agama diletakkan di bahagian dalam, sehingga dari luar kedai tidak kelihatan langsung buku-buku itu.

Jadi status buku dalam kedai-kedai buku tradisional seperti itu adalah ibarat produk kelas-2. Pemilik kedai-kedai itu tidak mempunyai iltizam kuat mempromosi buku-buku yang ada di dalam kedainya.

Mereka tidak melakukan apa-apa bagi menarik orang yang berjalan di kaki lima kedainya supaya masuk dan tengok buku-buku apa yang ada di dalam kedainya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja: Bahasa Persuasif Previous entry: Edisi Paperback PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: