Wednesday, March 12, 2008

Pusat Perkembangan Kurikulum dan Cerita KOMSAS di Balik Tabir

Hari ini Sifu berjumpa dengan seorang pensyarah subjek sastera Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Lalu saya bertanya kepada beliau apa yang sebenarnya berlaku dalam skandal KOMSAS yang menurut laporan Berita Harian novel picisan telah dipilih sebagai teks.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah diminta menghadiri suatu mesyuarat oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Dalam mesyuarat itu, semua yang hadir diminta supaya "mengesahkan" sahaja karya-karya yang sudah dipilih oleh PPK. 

Apabila mereka yang hadir membaca judul-judul karya yang dipilih itu mereka terkejut lalu membantah serta tidak mahu "mengesahkan" senarai itu. 

Dalam kes nama Ahadiat Akasyah, pegawai PPK yang bertugas memberi alasan lebih kurang beginilah maksudnya:

"Karya Sasterawan Negara sangat berat, tidak sesuai, dan pelajar banyak komplen mereka tidak faham. Manakala penulis popular seperti Ahadiat Akasyah telah menjadi kaya raya kerana buku-bukunya sangat laku, jadi penulis-penulis novel popular itu dapat dijadikan contoh kepada para pelajar bagaimana mereka juga boleh menjadi kaya raya dengan menulis novel popular. Lagipun daripada berpuluh-puluh buku Ahadiat Akasyah, takkan tidak ada satu pun yang bagus. Maka apa salahnya PPK memilih karyanya yang bagus itu sebagai teks KOMSAS?" Begitulah hujah yang diberikan oleh pegawai PPK itu.

Apabila hujah itu dibantah juga oleh pakar-pakar yang hadir, pegawai itu memberitahu bahawa PPK tidak boleh mengubah senarai buku yang sudah dipilih itu sebab banyak wang sudah dibelanjakan untuk kerja-kerja membuat pilihan tersebut, yang katanya telah mengambil masa selama setahun! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Cerita Tender Buku di BTP Previous entry: Tatakerja Pemulihan Judul Teks di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Penuh Misteri
anuarmanshor  on  02/15  at  07:30 AM

Hmm… Saya tertarik dengan judul entri ini, “di Balik”. Saya merasakan “di balik” yang betul berbanding dengan “di sebalik”. Bukan begitu puan?

Azree MH  on  02/15  at  09:18 AM

Dua soalan bermain dalam fikiran saya selepas membaca entri ini.

1) Sudah banyak wang dibelanjakan?
2) Setahun digunakan? Akhirnya dapat pilih buku Ahadiat Akasyah juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  03:04 PM

Oleh itu apakah tujuannya dipanggil segala pakar bahasa ke mesyuarat tersebut? Untuk menjadi ‘rubber stamp’ sahajakah?
Inilah akibatnya apabila sesuatu perkara itu diletakkan pada yang bukan ahlinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/16  at  07:48 PM

Hanya satu perkataan untuk gambarkan apa yang dirasai oleh hati ini terhadap pegawai PPK itu.

Bahlolnya alasan!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: