Wednesday, December 14, 2005

Cerita Lawan Teknik Penulisan

Kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan-persatuan penulis amat condong kepada mengajar para peserta tentang teknik-teknik penulisan.

Jika saudara mengikuti kursus penulisan kreatif anjuran PTS, saudara akan dapati PTS tidak menekankan teknik-teknik penulisan. Sebaliknya PTS menekankan dua perkara:


1. Proses mencipta cerita


2. Isi kandungan cerita


Dalam kursus PTS, perkara yang menjadi isu besar adalah 'cerita' (story). Jadi kita bertanya 'Apa ceritanya?'. Kita berpandangan, cerita adalah lebih penting daripada teknik penulisan. Oleh sebab itu PTS mementingkan latihan mencipta cerita.


Adakah saudara mempunyai cerita yang menarik? Hantarkan sinopsis cerita saudara kepada kita. Apabila kita berminat dengan cerita itu, kita akan panggil saudara mengikuti kursus PTS di mana saudara akan dilatih menuliskan karya kreatif saudara menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Unsur Khurafat Tidak Diterima dalam Sastera Islam Previous entry: Rahsia Kejayaan Majalah-majalah Karangkraf
Zaid Akhtar  on  12/15  at  06:13 AM

Sdr Ainon, saya sgt berminat utk menyertai kursus2 anjuran PTS. Tp entah bila. Belum ada kesempatan. Insya Allah.
——-

Ainon Mohd.  on  12/15  at  11:59 AM

Sdr Zaid,

Nama saudara sungguh indah. Adakah sdr perempuan?

zaidakhtar  on  12/16  at  01:06 AM

Terima kasih krn memuji nama saya. Zaid utk laki2. grin) Zeti utk perempuan.

Panaharjuna  on  12/16  at  12:18 PM

Zaid, aku menunggu kau hari tu, apasal tak datang ?. Last jumpa masa kat dbpkan ?. amenda la geng. okeh jumpa lagi nanti !

Ainon Mohd.  on  12/16  at  02:16 PM

Ooo… Sdr Zaidakhtar dan Sdr Panaharjuna member rupanya!

zaidakhtar  on  12/17  at  12:04 AM

Ya Allah, Zafran “Imam Rock”.
Apasal tak kontek aku lps hari tu?
Aku gembira kau dah kembali menulis.

zaid.

ICeSoul  on  12/17  at  01:26 PM

Pn. Ainon, skang ni mcm dah terlekat di rantau orang. mungkin terpaksa berkarya+belajar ala PJJ. salam dari jauh..

Ainon Mohd.  on  12/17  at  02:31 PM

Sdr Icesoul,
Baguslah sdr berada di rantau orang, banyak bahan cerita pengalaman di sana dapat dijadikan buku!

Latifah  on  12/21  at  03:34 AM

Puan Ainon, saya dah lama tak masuk blog ni.  tapi saya tertarik dgn idea “Cerita Lawan Teknik Penulisan”  Bagi saya, tukang ceritalah yang akan menang kalau dibandingkan dengan yg pandai menulis.  Mungkin bahasa cantik, berbunga-bunga, tapi cerita tak menarik.  Gaya bercerita itulah yang penting, tak kira apa jenis buku sekalipun.  Tenik menulis boleh kita belajar, tapi cara nak bercerita tu, kalau tak pandai memang payah!

Sufian  on  12/21  at  05:33 PM

Cerita tu rasanya overrated. Berapa banyak sangat model cerita yang ada dalam dunia ni?

Bagi saya, teknik lebih penting. Cerita yang mediocre boleh dihidupkan dengan teknik yang segar. Teknik yang lemah tak boleh menghidupkan cerita bagaimana baikpun ia.

Seperti kata Schklovsky (dan Eliot) sastera/seni itu defamiliarization, yakni menggambarkan yang luar biasa dari apa yang biasa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/10  at  09:51 AM

salam Pn.Ainun, secara tak sengaja saya terjumpa blog ini, saya sangat tertarik untuk mengikuti progrem yg dianjurkan oleh PTS, bagaimana caranya, saya duduk jauh di pedalaman sabah, adakah cawangan PTS di sabah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  01:48 AM

Saya telah mentelaah kuliah di halaman puan ini dan teringin untuk menulis. Ada beberapa sinopsis didalam angan-angan, mungkin saya akan menemui jalan untuk menceritakanya. Mohon maklumat untuk kursus yang bersesuaian.  Saya bekerja hari Ahad hingga Khamis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.