Thursday, June 26, 2008

Budaya Kowtim-kowtim dan Buku untuk Pusat Sumber Sekolah

Seorang pengetua sekolah menengah biasa telah ditukarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal di Seremban.

Antara perkara-perkara yang segera beliau lakukan adalah memeriksa buku-buku apa yang ada dalam perpustakaan sekolah itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila didapati, di sebagai sebuah sekolah berasrama yang terkenal, buku-buku yang ada dalam perpustakaannya itu banyak yang sudah lama dan tidak sesuai dengan kualiti yang sepatutnya.

Beliau pun dapat mengagak bahawa tentu ada cara kerja yang tidak betul yang dilakukan oleh guru pusat sumber. Betullah sebagaimana yang disangkanya, guru pusat sumber itu sudah bertahun-tahun menjalin hubungan mesra dengan seorang salesman sebuah syarikat pembekal buku, lalu apa-apa sahaja buku yang dibekalkan oleh salesman itu, maka itulah yang dibelinya. 

Selama si guru itu menjadi guru pusat sumber, dia tidak pernah pergi sendiri dan memilih buku-buku terbaru di kedai-kedai buku utama. Dia hanya duduk di mejanya menanti salesman itu datang.

Salesman sudah tentulah akan merekomen buku-buku yang memberikan kepadanya komisen tinggi kerana salesman hidup dengan komisen.  Buku-buku yang komisennya tinggi adalah buku-buku yang tidak laku di kedai-kedai buku!

Faktor komisen inilah yang menyebabkan di kebanyakan sekolah, terutama di sekolah-sekolah kampung dan kawasan pedalaman, buku-buku yang ada dalam perpustakaannya amatlah menyedihkan. Puncanya, sekolah-sekolah itu jauh dari bandar, maka salesman yang sanggup masuk kampung ke sekolah-sekolah itu adalah salesman yang membawa buku-buku hampas, tetapi bagi si salesman itu dengan membekalkan buku-buku hampas dia mendapat komisen tinggi.

Keadaan ini berlaku kerana setiap sekolah diberikan wang buat membeli buku oleh kementerian pelajaran. Jadi, bagi sekolah-sekolah kampung dan pedalaman, mereka hanya menunggu salesman datang. Malah, banyak sekolah di pekan dan bandar-bandar besar pun perkara itu berlaku. Inilah yang mendorong budaya kowtim-kowtim antara salesman dengan guru-guru besar, ataupun dengan guru-guru pusat sumber, berleluasa di sekolah-sekolah.

Bagi buku-buku untuk pusat sumber yang dibeli secara tender oleh kementerian, cerita-cerita budaya kowtim-komtim pun tidak kurang berleluasanya, kali ini antara kontraktor-kontraktor buku dengan pegawai-pegawai kementerian, malah dengan orang-orang politik di kementerian pun budaya ini berleluasa, kerana ia melibatkan wang berjuta-juta ringgit.

Bak kata pepatah, di mana ada bangkai, di situ banyak langau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita POPULAR Jelutung Previous entry: Book Talk: Rugi Tetapi Tetap Diteruskan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  05:09 PM

Assalamualaikum,

Bagi saya cerita dalam entri ini cuma 20 peratus dari kongkalikong yang berlaku dalam pembelian buku untuk pusat sumber sekolah malah di Institut Perguruan pun demikian juga parahnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: