Thursday, October 28, 2010

Watak Perempuan dalam Sastera Islami

Watak-watak perempuan dalam cerita-cerita al-Quran:

1. Perempuan yang meminta suaminya memenuhi keinganan yang bukan-bukan sehingga suaminya melanggar larangan Allah. (Siti Hawa)

2. Perempuan yang berkahwin atas pilihan ibubapa. (anak-anak Nabi Adam)

3. Perempuan yang kejelitaannya mendorong lelaki melakukan kesalahan. (anak Nabi Adam)

4. Perempuan yang tidak cantik dan ditolak oleh suaminya. (anak Nabi Adam)

5. Perempuan ibu tiri yang berlaku baik kepada 9 orang anak tirinya. (isteri Nabi Yaakub)

6. Ibu yang malang akibat kezaliman dasar negara yang dibuat oleh pemerintah zalim. (ibu Nabi Musa)

7. Anak perempuan yang patuh dan taat kepada suruhan ibunya. (kakak Nabi Musa)

8. Perempuan baik yang berkahwin dengan lelaki jahat. (Asiah)

9. Perempuan ibu angkat yang baik. (Asiah)

10. Perempuan yang memiliki kerajaannya sendiri. (Puteri Balqis)

11. Perempuan isteri pertama yang cemburu kepada madunya. (Sarah)

12. Perempuan isteri kedua yang sangat tabah. (Hajar)

13. Gadis yang sangat suci. (Mariam)

14. Perempuan yang sudah bersuami tetapi masih jatuh hati kepada pemuda tampan. (Zulaikha)

15. Perempuan pintar yang menggunakan kepintaran dengan cara yang salah. (Zulaikha)

16. Perempuan yang mengumpat perempuan. (kawan-kawan Zulaikha)

17. Perempuan yang terkesima memandang lelaki tampan. (kawan-kawan Zulaikha)

18. Gadis adik beradik yang menjalankan kerja-kerja lelaki demi membantu ayah mereka yang sudah sangat tua. (anak Nabi Shuib)

19. Gadis yang membawa pemuda berjasa balik ke rumah dan memperkenalkan kepada ayahnya. (anak Nabi Syuib)

20. Perempuan mandul. (isteri Nabi Zakaria)

21. Perempuan yang kematian suami. (Khadijah)

22. Perempuan berkahwin dengan suami lebih muda. (Khadijah).

23. Perempuan yang mencari sendiri nafkah dan harta kekayaan. (Khadijah)

24. Gadis muda yang berkahwin dengan lelaki tua. (Aisyah)

25. Perempuan bersuami yang difitnah melakukan kecurangan. (Aisyah)

26. Perempuan yang menyusahkan fikiran dan perasaan suaminya dan akibatnya diugut dengan ugutan suaminya akan diberikan isteri-isteri yang lebih baik. (Aisyah dan madu-madunya.)

27. Bayi-bayi perempuan yang dianggap membawa beban oleh masyarakat jahil.

28. Perempuan yang menerima hukuman kerana derhaka kepada suami. (isteri Nabi Nuh)

29. Perempuan yang menerima hukuman kerana terikut-ikut gaya hidup buruk masyarakat di sekelilingnya. (isteri Nabi Lut)

30. Perempuan yang menerima hukuman kerana ikut sama dengan suaminya melakukan kesalahan. (isteri Abu Lahab)

NOTA: Watak perempuan yang tiada contohnya dalam al-Quran:

1. Perempuan sesama perempuan berebut-rebut cinta lelaki.

2. Perempuan yang diceraikan oleh suaminya ataupun yang meminta cerai dari suaminya.

3. Perempuan yang belum berkahwin dan mempunyai hubungan asmara dan cinta.

4. Perempuan yang sudah berkahwin dan berlaku curang.

5. Perempuan yang melakukan hubungan seks di luar nikah.

6. Perempuan keturunan anak luar nikah ataupun perempuan yang dituduh sebagai anak luar nikah.

7. Perempuan diperkosa lelaki.

8. Perempuan yang berkonflik dengan suami, ibu bapa, ataupun dengan adik beradik, ataupun kaum kerabatnya.

9. Perempuan mangsa keganasan rumahtangga.

10. Perempuan berebut-rebut harta ataupun berebut penjagaan anak.

11. Perempuan yang menyebabkan perempuan lain ditimpa nasib malang.

12. Perempuan kaki gaduh, tamak, busuk hati, pendengki, pendendam dan lain-lain sifat buruk yang amat dibenci masyarakat.

13. Perempuan yang membuang anak.

(Allah jualah yang maha mengetahui.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 28.11.10: Kursus Menulis Buku Bukan Fiksyen Menggunakan Teknik Adaptasi Previous entry: Testimoni: Komik Sebagai Alat Bantu Belajar Membaca

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.