Cerita Sai-Fai dan Fantasi Klasik
Inilah wajah "Bapa Sai-Fai Moden".Nama penuhnya Jules Gabriel Verne, lahir pada February 8, 1828, di Nantes, Peranchis.
Ibu bapanya datang dari keluarga pelaut. Inilah faktor yang mempengaruhi karya-karyanya.
Semasa usianya 11 tahun, dia lari dari rumah dan mencari kerja menjadi budak suruhan dalam kapal. Kemudian dia dapat ditangkap oleh polis dan dipulangkan kepada ibu bapanya. Sejak itu dia berjanji, kalau dia tidak dapat belayar, dia tetap mahu mengembara meskipun hanya dalam angan-angannya sahaja.
Beliau dengan tepat telah meramalkan penciptaan kapal angkasa, kapal selam, helikopter, pendingin hawa, peluru berpandu dan filem.
PTS akan memperkenalkan karya-karya beliau yang tebaik. Tunggu......
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment