Wednesday, December 19, 2007

Update! Taktik Terbaru Penerbit “Menipu” Penulisnya Sendiri

Seorang ustaz-TV dan penulis buku agama, baru-baru ini mengadu kepada pegawai PTS akan nasib malang yang menimpa dirinya.

Malang itu berlaku akibat dia terlampau percaya akan kejujuran seorang penerbit yang juga Pak Haji. (Ah! Mengapakah dalam filem-filem dan novel-novel Melayu watak Pak Haji selalu digambarkan sebagai penipu, ataupun bakhil, ataupun tidak boleh tengok dahi perempuan licin?)

Pada suatu waktu, ustaz itu amat gembira kerana bukunya telah diterbitkan oleh sebuah penerbit, yang konon namanya Tinta Baru Ent. Apatah lagi, bukunya itu dipamerkan dalam stesen-stesen minyak. Memang beliau seronok sungguh!

Tetapi keseronokannya itu tidak lama. Inilah yang berlaku....

Pada suatu hari, tawkay syarikat penerbit itu menyerahkan dokumen perjanjian penerbitan supaya ditandatangani oleh sang ustaz, lalu tanpa membaca dahulu biji butir yang tertulis dalam dokumen itu, sang ustaz terus menurunkan tanda tangannya, maklumlah ustaz-ustaz menyangka orang lain baik-baik belaka, sebagaimana dirinya.

Beberapa lama kemudian, barulah sang ustaz tersedar, rupa-rupanya salah satu klausa dalam dokumen itu menyebut dengan jelas bahawa dia bersetuju selama 5 tahun dia tidak akan menulis untuk mana-mana penerbit lain! (Hmmm.... Macam bunyi kontrak antara penyanyi dengan syarikat rakaman lagu pula!)

Sang ustaz bertanya kepada kita, apakah penulis boleh dipaksa supaya mengikat kontrak macam penyanyi mengikat kontrak dengan penerbit muzik? (Barangkali Puan Nisah Haron dapat memberikan pencerahan akan isu ini.)

Dalam hukum Islam, kontrak yang mengandungi unsur penipuan adalah tidak sah.

Apakah tujuan Pak Haji itu memasukkan klausa di mana selama 5 tahun sang ustaz tidak boleh menulis untuk penerbit lain? Klausa seperti itu bukan amalan lazim dalam perjanjian antara penerbit buku dan penulis.

Sebagai penerbit, Pak Haji itu sepatutnya menerangkan kepada ustaz itu terma-terma yang penting dalam dokumen itu, yang dapat merugikan sang ustaz, sewaktu meminta tandatangan si ustaz. Perbuatan si Pak Haji yang sengaja diam, tidak mahu memberitahu kewujudan klausa itu, dapat dikatakan sebagai berniat jahat, yakni mahu menipu si ustaz.

Namun, di sisi undang-undang sivil, sang ustaz sudah menandatangani dokumen itu dengan sukarela. Kalau dia tidak membaca lebih dahulu dokumen itu, itu salahnya sendiri. Kalau dia tidak meminta Pak Haji itu menerangkan perkara-perkara penting dalam dokumen itu sebelum dia menurunkan tandatangannya, itu pun salahnya sendiri.

Terlajak perahu, boleh berpatah balik. Terlajak menurunkan tandatangan, inilah padahnya....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Berita Buruk buat Penerbit Penipu! Previous entry: Novel Terbaru dari Alif Firdaus Azis
Zamri Mohamad  on  12/19  at  03:58 PM

Assalam alaikum

Betulkan saya (saudara Firdaus) jika saya salah, dalam kontrak artis juga dimaklumkan berapa jumlah album akan dikeluarkan dalam tempoh tersebut.

Pertengahan tahun 90an ada sahaja artis mengadu dalam akhbar, penerbit album tidak mematuhi perjanjian. Sebabnya apabila album pertama tidak laku, baki album yang dijanjikan tidak dikeluarkan. Penerbit sudah takut, wang untuk album sang artis dibawa kepada artis baru. Perjanjian yang sama diulang lagi.

Jika penulis menandatangani perjanjian seperti ini, mungkin penerbit pun kena mengeluarkan buku dalam tempoh 5 tahun mengikut jumlah yang disebut sama ada 3-4 buku dan tidak boleh kurang daripada jumlah disebut. Laku keras atau sebaliknya, jumlah buku mesti dikeluarkan.

Tapi penerbit yang kaki ikat ini pandai, cari penulis bertaraf selebriti sebagai cara jamin jualan buku kelak.

Kebimbangan saya, perjanjian ini perjanjian ala kapitalis, untung seorang diri dan bunuh potensi penerbit lain. Atau boleh jadi perjanjian ikat lima tahun ini akan menjadi perjanjian bunuh bisnes sendiri apabila penulis tahu ia lebih merugikan mereka.

Kalau begitu bagaimana ya?

Hahaha.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Ideal  on  12/19  at  04:47 PM

Assalamualaikum, puan,

Izinkan saya memberi komentar sedikit berkaitan isu ini.

Dalam undang-undang kontrak, secara umumnya, pihak-pihak di dalam kontrak bebas menentukan apa-apa sahaja isi kandungan perjanjian mereka. Bermaksud, mahkamah tidak akan masuk campur. Masukkanlah apa-apa sahaja klausa, mahkamah akan tetap kuat-kuasakan. Tetapi itu hanyalah secara umumnya sahaja.

Terdapat beberapa pengecualian pada peraturan umum tersebut. Dan ini boleh kita lihat dalam Seksyen 28 Akta Kontrak yang menyatakan (maaf, saya copy paste langsung dalam bahasa Inggeris sebab malas hendak terjemah):

“Every agreement by which anyone is restrained from exercising a lawful profession, trade, or business of any kind is to that extent void.”

Pada kiraan saya, kes yang menimpa si penulis ustaz tersebut boleh dikategorikan sebagai termasuk dalam pengecualian yang diperuntukkan dalam Seksyen 28 yang disebut tadi.

Dan untuk lebih mengukuhkan lagi pendapat ini, kita harus melihat kepada kes yang pernah diputuskan mahkamah berkaitan hal ini, iaitu kes Polygram Records Sdn Bhd lawan The Search. Dalam kes ini, salah satu klausa perjanjian mereka adalah untuk tidak membenarkan The Search melakukan sebarang recording dengan syarikat rakaman lain, tanpa kebenaran bertulis dari syarikat rakaman asal, selama tempoh dua tahun. Mahkamah telah memutuskan dalam kes ini, bahawa klausa tersebut adalah TIDAK SAH, berdasarkan Seksyen 28 Akta Kontrak (yang disebutkan di atas).

Oleh hal yang demikian, melihatkan kepada Seksyen 28 Akta Kontrak, ditambah lagi dengan contoh dalam kes Polygram Records Sdn Bhd v The Search, adalah jelas, bahawa apa-apa sahaja klausa yang melarang seseorang penulis itu dari menulis untuk syarikat penerbitan lain adalah tidak sah di sisi undang-undang. Kalau bawa ke mahkamah pun, besar kemungkinan si penulis akan menang.

rastom  on  12/19  at  06:51 PM

Walaupun kes Polygram Records Sdn Bhd LWN The Search itu memberi harapan menang, saya bimbang juga, takut diadili oleh hakim yang dinaikkan pangkat oleh broker peguam yang kaya. Tapi saya bersangka baik dengan kes Ustaz ini, semoga berjaya diadili oleh Hakim yang adil.

Web Sutera  on  12/20  at  01:38 PM

Saya setuju dengan pandangan Tuan Rastom, saya bersangka baik dengan kes Ustaz ini. Seolah-olah saya dapat ‘melihat’ nama penerbit yang dimaksudkan. Macam biasa dengar.

Sukar hendak dipercayai niat Pak Haji tersebut terhadap Ustaz.

Hanya Allah yang Maha Tahu.

 on  12/21  at  09:02 AM

‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’

Allah memberikan jaminan orang yang menimpu tidak selama di Dunia dan di Akhirat. Kes Ustaz ini dipertotonkan kepada barisan penulis agar menjauhi daripada penerbit yang zalim.

Saya bersetuju juga dengan pandangan Tuan Zamri. Di mana pihak penerbit juga perlu menjanjikan jumlah buku yang mesti diterbitkan sepanjang tempoh 5 tahun itu.

Saya bersetuju dengan salah satu daripada klausa yang terdapat dalam perjanjian dengan PTS di mana, pengarang tidak boleh menerbitkan buku yang sama ataupun hampir sama kandungannya dengan penerbit lain yang bagi mengelakkan konflik sepanjang tempoh perjanjian.

 on  12/21  at  11:16 AM

Betul ke penerbit boleh ikat penulis.. sebab saya perhatikan penulis2 PTS pun banyak yang menulis dengan penerbit lain, dan begitu juga dengan yang lain.

dalam perjanjian penulis dan penerbit hanya ditulis 5 buku setahun ... tetapi tidak tulis berapa buku penerbit mesti cetak setahun..???

lagi pun selalunya penerbit ni buat agreement dengan bantuan peguam.. penulis pula kebanyakannya tak tau undang2 langsung… pakai ikut ajer

kalau tanya banyak2 penerbit tolak skrip..???

so nasihat untuk kawan2 penulis sekalian

NAK JADI PENULIS ANDA PERLU..... SAMSENG!!!

 on  12/21  at  02:44 PM

Selama ‘berkahwin’ dengan PTS saya tidak pernah ada masalah yang tidak dapat diselesaikan secara aman. Dr. Hamka pernah berkata “Perkahwinan adalah bertemunya dua jiwa dengan 1001 perbezaan”.

Jika dalam perkahwinan kita ada 1001 perbezaan tidak mustahil dalam dunia penerbitan kita ada perbezaan. Cuma gunakan saluran yang betul yang dibenarkan oleh Islam dan disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita bertindak diluar batasan, kita mungkin tidak mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  12/22  at  08:09 AM

Hu hu hu ...

Adakah ini salah sebuah syarikat yang pernah meminta saya menulis buku untuk mereka satu ketika dahulu?  Nasib baik saya terselamat.

Ustaz-TV tu rasa-rasanya macam saya kenal.

Inilah padahnya apabila nilai wang didahulukan berbanding nilai persahabatan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: