Saturday, February 25, 2006

Cerita yang Membahayakan Psyche Melayu

Apa yang 'Melayu' belum tentu baik. Ada yang baik, ada yang tidak baik.



Salah satu perkara 'Melayu' yang mengandungi mesej negatif dan berbahaya kepada psyche orang Melayu adalah cerita-cerita rakyat yang amat terkenal kerana cerita-cerita itu dibukukan dan dijual ke perpustakaan sekolah-sekolah.



Kementerian Pelajaran hendaklah mengharamkan buku-buku berbahaya seperti itu daripada dibeli oleh sekolah-sekolah. Guru-guru hendaklah ditegah daripada menggunakan cerita-cerita seperti itu sebagai contoh apabila bercakap kepada murid-murid.



Berikut adalah senarai cerita-cerita yang mensabotaj psyche Melayu:



1. Cerita Si Tanggang yang tidak sempat bertaubat dan ibu yang sanggup menyumpah anaknya menjadi batu. Dalam Islam, ibu-ibu dikehendaki supaya mengampunkan dosa anak-anak mereka. Hukuman anak derhaka bukan menjadi batu.



2. Cerita Lebai Malang yang menghina orang alim dan kaum agama.



3. Cerita Batu Belah Batu Bertangkup, kisah perempuan bunuh diri.



4. Cerita Bawang Putih Bawang Merah, kisah ibu dan saudara tiri yang jahat. Nabi Muhammad adalah seorang ayah tiri, manakala Aishah adalah ibu tiri.



5. Cerita Si Badang yang memakan muntah hantu, benda haram.



6. Cerita hantu Kelembai yang mempunyai kuasa menyamai kuasa Tuhan.



7. Cerita kebodohan Si Luncai, Pak Belalang, Pak Pandir dan Pak Kadok yang menghina otak orang Melayu.



8. Cerita Mat Jenin yang menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan berani mempunyai cita-cita tinggi.




Kita perlu menggantikan cerita-cerita rakyat yang ada itu dengan yang baru, cerita-cerita yang meninggalkan pengaruh positif ke atas psyche orang Melayu.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perempuan Nombor Dua Previous entry: Kartun Cina
Eyman Hykal  on  02/26  at  02:19 AM

Saya dah lama sedar mengenai hal ini. Create yang baru, Kak Ainon… create new characters. Barat bukan saja ada Cinderella, Little Red Riding Hood, tapi dah create yang baru seperti Shrek, Nemo dan Chicken Little.
——-

Unsunghero  on  03/09  at  05:28 AM

Puan…bukankah cerita-cerita berkenaan disertakan dengan moralnya sekali? kalau tidak pun si tukar cerita (penulis) perlu menyelitkan moral di sebalik cerita yang disampaikannya. mungkin saya silap, tapi bukankah teladan boleh kita kutip daripada sesuatu yang buruk dan baik…

wasabe  on  03/18  at  11:48 AM

Bersetuju dengan unsunghero. Bagi tahu yang buruk untuk dijadikan sempadan, supaya dielakkan. Untuk mengelakkan cerita-cerita ini diketengahkan pastinya sekali lagi silibus mata pelajaran Bahasa Melayu terpaksa diubah. Cuba semak buku-buku untuk kajian KOMSAS, berapa banyak cerita sebegini diketengahkan sebagai bahan kajian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  02:57 AM

...assalammualikum…saya..tidak bersetuju mengatakan bahawa cerita-cerita seperti itu membahayakan..mungkin jika sekali imbas..atau jika difikirkan secara langsung saja..tapi secara tidak langsung terdapat banyak perkara sp pengajaran,pendidikan yg diperolehi…janganlah ianya dikeritik..ia adalah hasil karya lama yang dicipta bukan saja sebagai hiburan tetapi sebagai pengajaran.. pendidikan..dan juga terdapat keritikan sp si Tanggang..mungkin Puan tidak bersetuju kerana ...tapi dari sudut lain.. sebenarnya ia boleh dikira mengkeritik ibu yang mendoakan anak..yang boleh memberi pengajaran kpd ibu-ibu zaman sekarang supaya jangan mendoakan anak sesuatu yg tidak baik… sayangilah karya2 lama sp itu, ianya sangat berharga…sebagai kazanah…or..utk gambaran masyarakat dahulu buat generasi akan datang…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/07  at  09:09 AM

....bagi saya…saya berpendapat bahawa cerita rakyat adalah satu rekaan semata2 hanya untuk menyedarkan sesetengah pihak. Tiada niat yang membahayakan yang boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat seperti yang puan nyatakan. Apabila kita melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, ia tidak akan lebih cenderung kepada satu subjek sahaja. Mengapa kanak2 didedahkan dengan cerita2 sebegini?. Moral yang cuba disampaikan adalah berkiatan tentang unsur2 kesedaran kepada kanak2 supaya mereka faham tentang baik buruk kehidupan. Cerita rakyat adalah cerita rekaan semata2 tidak perlu dikaitkan dengan unsur2 agama mahupun hubungan sesama manusia. =)

Rhea  on  01/19  at  02:14 AM

Assalamualaikum.. Puan Ainon, harap dapat keizinan puan untuk saya perpanjangkan hal ini dalam blog saya.. terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.