Cerpen Aliran Surah Yusuf
Baca cerpen aliran Surah Yusuf, karya Nasaruddin Dasuki terbit dalam Berita Minggu hari ini. Tajuk cerpen beliau "G Bun C " (hehehe...)
Sdr Nasaruddin Dasuki sedang menyiapkan jibunsyi beliau.
Nota Sifu: Terbitnya "G Bun C" amat menguja saya, jadi, saya mengarahkan mentee-mentee seperti Umi Ngah, Engku Zainon, Zalisa, Halilah, Ida Rizyani, Norehan, Kasmijan, Ashadi, Yatiman, Rafidah, Nik Faridah, Zafran, ICe, Surur, Sheikh Alang dan lain-lain ikuti jejak Sdr Nasaruddin. Tulislah cerpen untuk akhbar. Nanti kita dapat bukukan sebagai antologi!
.
.
Sdr Nasaruddin Dasuki sedang menyiapkan jibunsyi beliau.
Nota Sifu: Terbitnya "G Bun C" amat menguja saya, jadi, saya mengarahkan mentee-mentee seperti Umi Ngah, Engku Zainon, Zalisa, Halilah, Ida Rizyani, Norehan, Kasmijan, Ashadi, Yatiman, Rafidah, Nik Faridah, Zafran, ICe, Surur, Sheikh Alang dan lain-lain ikuti jejak Sdr Nasaruddin. Tulislah cerpen untuk akhbar. Nanti kita dapat bukukan sebagai antologi!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya amat tertarik dengan konsep published on demand, kerana sebagai penceramah sambilan untuk Kursus Public Speaking dan Pengacaraan Majlis banyak nota saya yang dikumpulan hasil penyelidikan belasan tahun terlibat.
Kalau nak diterbitkan agak payah mencari penerbit bahan begitu agaknya.
Bulan depan ini saya ada assignment lagi di Sarawak. Rasanya kalau saya usahakan manuskripnya mungkin POD adalah jawapan dan boleh saya jual semasa mengadakan kuliah. Nak tahu lebih lanjut mengenai POD.
Wassalam
Saiee Driss
——-
Tahniah Puan Sifu:
Ada lagi yang akan menyusul. Cuma lambat atau terdekat. Aliran ini akan mendabrak. Tetapi bukan dengan suara membentak.
Jangan terkejut kalau nanti Puan Sifu di datangi manuskrip cerpen terlebih dahulu ketimbang naskhah jibunshi.
Sifu perhati dan bersiap-siaplah mulai menulis kata pengantar untuk bahagian teori/teknik Aliran Surah Yusuf. Juga bagi setiap cerpen yang akan tiba di dalam sebuah manuskrip.
Penerbit membantu sasterawan, sasterawan berkobar dengan karya. La, win - win ar….
Jangan lupa juga, lateral thinking, ah?
KSI
Saya juga tertarik dengan cerpen “G Bun C” oleh saudara Nasaruddin. Ini bermakna teknik menulis aliran Surah Yusuf semakin diterima oleh pembaca.
Jika saya ingin menulis cerpen seperti itu perlukah saya mengirimkan hasil cerpen itu terlebih dahulu kepada sifu sebelum di hantar kepada pihak-pihak tertentu untuk diterbitkan?
Maklum saya budak baru belajar…
Puan Rafidah,
Boleh hantar kepada saya, supaya saya baca dan beri feedback dahulu.
Sebagai permulaan, puan kira dulu berapa panjang (jumlah perkataan) cerpen yang disiarkan dalam akhbar. Tidak boleh terlalu panjang sebab ruang dalam akhbar amat terbatas. Kalau tak muat 1 halaman, nanti ditolak oleh editor walaupun isinya bagus.
Terima kasih atas jawapan yang diberi.
Saya akan mencari satu tema yang menarik yang dapat dijadikan bahan untuk meghasilkan sebuah cerpen untuk tatapan semua. Semakin bersemangat rasanya untuk terus meulis…
Puan Ainon,
Saya yang daif ini pohon mencadangkan:
Bagaimanakah kalau PTS mengadakan Lomba Cerpen G Bun C. Tujuan Lomba adalah untuk meluncurkan 20 buah antologi cerpen aliran Surah Yusuf ke pasaran, mungkin ditandai dengan Pameran Buku 2008 atau 2009. Dalam setiap antologi mungkin mengandungi 10 hingga 20 cerpen.
Dalam masa yang sama, cerpen yang dianggap punyai lebih kekuatan dan kegagahan, sasarkan pada akhbar arus perdana. Biar persada kehairan-hairanan dengan aliran baru ini. Lalu menjadi buah mulut dan jadi ikut-ikutan. Lantas, akhirnya nilai keindahan aliran ini semakin dinikmati sekalian di persada.
Bagaimana ya?
Puan Sifu, Sahabat Rafidah, Mya Marja:
Menulis cerpen ke Berita Harian,seringnya saya gunakan format ini: seringnya 3 setengah halaman hingga empat halaman, font Times New Roman size 12 dan dalam single spaci.
Jika ke Mingguan Malaysia: lapan halaman hingga sembilan halaman dalam double spaci. Tetapi ketika dikirim via email, dijadikan dalam single spaci. Jumlah halaman jadinya? Ala, kira sendirila. Dan kalau dikirim via email, payah sekali bekerja editornya jika dikirim via double spaci. Jadi singgle spacila.
Tetapi itu format yang sering saya guna dan disiar. Yang lain, apa-apa risiko darinya, saya tidak bertanggongjawab.
Kerja penulis adalah menulis. Kerja siar atau apa-apa selebihnya, kerja editor dan penerbit.
Betul enggak, Puan Sifu?
KSI
Menarik sekali cerpen ni. dan cadangan Mya Marja pun menarik juga. Apakata menyelitkan satu episod daripada GbunC dan letakkan di dalam cerpen tersebut. Sambil mempromosi buku yang akan datang sambil berkarya dalam lomba cerpen.
Jangan terkejut kalau nanti Puan Sifu di datangi manuskrip cerpen terlebih dahulu ketimbang naskhah jibunshi.
Post a comment