Thursday, November 19, 2009

Cetakan Pertama: Dari 2,000 Naskhah Kini 15,000 Naskhah

Pasaran novel-novel ramaja semakin hari semakin menggebu-gebu peningkatan jualannya.

PTS mula meneroka Laut Biru sastera remaja dalam Bahasa Melayu 4 tahun yang lalu.

Sewaktu PTS mula-mula memasuki pasaran sastera remaja, kedai-kedai buku utama tidak mahu menjual novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu.

Apabila akhirnya mereka mahu cuba menjual, tidak ada rak khas diberikan untuk mempamerkan novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu. Novel-novel remaja yang mula-mula diterbitkan oleh PTS diletakkan bersama-sama buku kanak-kanak belajar mewarna dan menulis!

Sukarnya menjual sastera remaja menyebabkan PTS hanya berani mencetak 2 ribu naskhah sahaja. Itu pun mengambil masa yang lama bagi menghabiskan stok yang ada.

Bukan salah kedai buku apabila sastera remaja dalam Bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai kategori tersendiri yang diasingkan daripada buku kanak-kanak.

Memang sehingga 4 tahun yang lalu tidak ada penerbit buku Melayu yang komited menerbitkan sastera remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri telah menutup bahagian penerbitan buku-buku remajanya.

Pada masa ini rak sastera remaja dalam Bahasa Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai-kedai buku. Bagi sesetengah pengarang PTS yang sudah mempunyai banyak peminat, cetakan pertama karya mereka dinaikkan kepada 15 ribu naskhah.

Nota: Novel remaja terbaru dalam siri Dear Yayah ini dipesan oleh rangkaian POPULAR sebanyak 5 ribu naskhah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perihal Pegawai Keselamatan MPH Midvalley Previous entry: Jualan Buku Melayu dan Cina Melambung Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: