Sunday, December 17, 2006

Cinta dan Perkahwinan: Prinsip Surah Yusuf

Kisah cinta dalam surah Yusuf tidak diakhiri dengan perkahwinan. Pada akhirnya Siti Zulaikha tidak berkahwin dengan lelaki yang sangat dicintanya, Nabi Yusuf.

Justeru, berdasarkan model kisah cinta Nabi Yusuf, sebuah kisah cinta yang indah adalah kisah cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.

Dalam karya Hamka yang terkenal, "Di Bawah Lindungan Kaabah", "Merantau ke Deli" dan "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", percintaan hero dan heroinnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Demikian juga dalam karya Marah Roesli, "Siti Noerbaya".

Dalam "Romeo dan Juliet", "Laila Majnun" dan "Uda dan Dara", semuanya tidak berakhir dengan perkahwinan.

Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after...) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surah Yusuf: Keindahan Kisah Cinta Tak Kesampaian Previous entry: Selepas ASAS 50 Tiada 'Angkatan' Muncul
Zamri Mohamad  on  12/17  at  04:05 PM

Entri ini mengingatkan saya kepada filem CINTA yang saya tonton tengah malam semalam. Dialog si suami yang terlalu sayangkan isterinya yang meninggalkan dirinya, “My little daughter taught me, to love is to let go….” (Tercatat dalam nota yang dikirim kepada isterinya bersama surat-surat pertemuan mereka di universiti)

Dengar kata penulis skrip cerita ini berbangsa India smile

Apabila Puan menyebab latar yang indah dalam sebuah penceritaan sebagaimana pendekatan surah Yusof, kisah ini mengadaptasi konsep yang sama. smile
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  04:13 PM

Jadi kalau itu terjadi ... saya kena rombak jibunsyi saya. Saya nak buat percintaan itu memberinya kekuatan untuk mendapat cinta yang lebih baik.

Zamri Mohamad  on  12/17  at  05:05 PM

Apabila Puan menyebut tentang latar yang indah dalam sebuah penceritaan sebagaimana pendekatan surah Yusof, kisah ini mengadaptasi konsep yang sama. smile

Maaf salah eja dalam komen entri terawal. :D

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  07:16 PM

Zamri, penulis skripnya orang Melayu. Isteri kepada pengarah filem tersebut. Namanya dah lupa… Skrip drama ‘soap’ Astana Idaman juga adalah karyanya.
Err.. kalau tak silap la…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  08:12 PM

Oh yakah! Terima kasih atas maklumat! Lama tak dengar khabar saudara Kangaq!

ez  on  12/17  at  08:36 PM

Maknanya kisah cinta yang indah ialah yang berakhir dengan air mata…bolehkah berakhir dengan kematian?

Puan Ainon Mohd.  on  12/17  at  09:36 PM

Puan EZ,

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf dan Zulaikha terus hidup sampai akhir cerita.

zalisa  on  12/18  at  09:30 AM

tiadakah sesiapa yg boleh beritahu bahawa nabi Yusuf dan Zulaikha akhirnya berkahwin? saya pernah baca tentangnya. tapi tak ingat buku itu tajuk apa.

Puan Ainon Mohd.  on  12/18  at  09:42 AM

Sdr Zalisa,

Dalam surah Yusuf tidak ada ayat yang mengatakan Nabi Yusuf dan isteri al-Aziz akhirnya berkahwin. Malah nama “Zulaikha” itu pun tidak disebutkan dalam surah itu.

Cerita mereka berdua akhirnya berkahwin berasal daripada cerita-cerita sumber Israel (Israeliyat). Cerita ini tidak ada nasnya, baik dalam Quran mahupun dalam hadith.

Tuhanlah yang lebih tahu.

alang kelana  on  12/18  at  04:50 PM

Puan Sifu, tuan-tuan dan puan-puan,

Kalau “Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after…) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!”;

dan “cerita berakhir dengan kematian watak (tragedi) ialah ciri kisah cinta konvesional”;

maka adakah bererti seelok-elok kisah cinta untuk penulis-penulis PTS ialah “yang tergantung” seperti di dalam Surah Yusof. kalau applikasi kepada masakini boleh buat kisah begini(?): Watak lelaki & watak perempuan berkenalan semasa di dalam tingkatan 4 (umur 16 tahun), timbul rasa suka di antara satu sama lain semasa aktiviti2 kelas (tetapi tidak sampai ke tahap dating..), sehingga tahap universiti…tetapi masing2 merindui antara satu sama lain tetapi tidak meluahkan rasa suka kepada masing-masing, kerana bimbang ‘cinta tertolak’ sehinggalah masing-masing sudah bernikah dengan pasangan yang lain….(cinta tidak berakhir dengan perkahwinan….)

Puan Ainon Mohd.  on  12/18  at  04:55 PM

Sheikh,

(Wah! Apabila topik cinta, sheikh tulis komen panjang ya! Hmm… ini penyakit yang nggak bisa diobati lagi!)

Dalam surah Yusuf, isteri al-Aziz memproklamir (proclaim) cintanya kepada Nabi Yusuf! Nah… justeru, dalam plot cadangan sheikh itu, si gadis perlu menyatakan cintanya. Baru indah kisah cinta itu nanti!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: