Thursday, June 28, 2007

Cinta Peminat Novel Cinta

Seorang peserta lelaki berusia 21 tahun, selepas bengkel penulisan PTS, menceritakan perihal dilema sahabatnya sedang mengalami masalah dengan girlfriendnya, seorang peminat novel-novel cinta.

Si girlfriend kecewa, lalu merajuk dan sudah hint-hint mahu memutuskan hubungan sebab, selama mereka menjalin hubungan cinta, dirinya tidak pernah diajak 'berdating' sebagaimana kawan-kawannya yang lain, yang pada hujung minggu berpeluang berdating dengan boyfriend masing-masing, sedangkan dia hanya duduk dalam bilik asramanya.

Si boyfriend adalah seorang pemuda yang idealistik tentang hubungan lelaki-perempuan, di mana dia mahu berkahwin dengan girlfriendnya itu nanti apabila sudah lulus pengajian. Dia tidak mahu bergaul dengan si girlfriend secara bebas sebelum itu.

Dilema pemuda itu, apakah dia harus melupakan prinsipnya tidak mahu berdating sebelum bernikah demi menyelamatkan perhubungan cintanya, ataupun merelakan girlfriendnya membuat keputusan sama ada mahu memutuskan hubungan mereka ataupun tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(28) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Falsafah 'Tangan Kapitalis' Membantu 'Misi Sosialis' Previous entry: Ciri-ciri Wajib pada Novel Thriller
masri  on  06/28  at  04:39 PM

Assalamualaikum

Lelaki itu adalah calon lelaki mithali zaman kini. Katakan kepada lelaki itu, kekalkan begitu, jika wanita itu masih mahu berdating-dating. Katakan kepadanya, bunga bukan sekuntum, masih banyak bunga yang mahu menjaga wanginya berbanding bunga-bunga yang sudah hilang wanginya.
——-

Zamri Mohamad  on  06/28  at  06:54 PM

Saya bersetuju dengan Tuan Masri.

Lelaki ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana Puan sebut sebelum ini, menangguhkan kepuasan. Yakni menangguhkan kepuasan sebelum berkahwin.

Tetapi lelaki itu patut teruskan komunikasi meskipun tidak keluar dating. Nanti si gadis tertanya-tanya sama ada dia masih menjadi perhatian lelaki itu ataupun tidak. Kasihan.

Paling penting, lelaki itu jangan marah-marah. Terangkan baik-baik, kalau bukan bicara gunakan surat ataupun e-mel.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  07:26 PM

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menyiarkan entri ini. Saya juga mengalami masalah yang sama dan mungkin juga lebih idealistik (sebab itu sampai sekarang saya masih tidak mempunyai girlfriend!).

Sukar untuk mencari perempuan yang memahami. Kalau ada yang memahami pula mungkin terdiri daripada gadis-gadis yang kuat pegangan agamanya.

Masalahnya, diri yang tidak sempurna ini pula terasa rendah diri dan tidak layak buat mereka.

dingin  on  06/28  at  07:50 PM

Gunakan YM grin

 

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  11:16 PM

Alhamdulillah, saya terharu kerana masih ada remaja kita yang ingat pada prinsip diri sendiri dan tidak mengikut hawa nafsu.

Abdul Latip  on  06/28  at  11:21 PM

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Firdaus  on  06/28  at  11:57 PM

Hmm, sahabat saya turut mengalami kes yang sama seperti dalam entri ini. Seharian kami terpaksa mendengar luahan rasa hatinya.

Faizul  on  06/29  at  12:50 AM

Nasibnya kira baiklah, sebab ada girlfriend, saya ni, sampai sekarang tidak ada girlfriend.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  01:29 AM

Ini masa yang sesuai memberikan si gadis beberapa buah novel cinta Islami.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  01:35 AM

Sdra Latif,

Ungkapan
`lelaki yang baik untuk wanita yang baik`, tidaklah sentiasa tepat. Sekurang-kuranya jika kita meneliti sejarah seorang ibu nabi pernah bersuamikan seorang firaun.

Selain itu,
Tentu pernah terlihat di sekeling kita atau di mana-mana, wanita/suri rumah yang baik dan teramat setia dapat suami yang `separuh liar`.

Begitulah sebaliknya seorang lelaki yang bertanggung jawab mendapat pasangan yang `salah`.

Cuma
Kita hanya boleh berharap seseorang suami/isteri yang baik akan dapat pasangan yang baik juga.

Wassalam.

Azree  on  06/29  at  01:43 AM

Ada seorang kawan saya yang diminati oleh seorang gadis. Dia pun berkata kepada gadis tersebut, “Jika ingin bercinta denganku, janganlah kita terlalu kerap berhubungan walaupun dengan sms.”

Pada awalnya si gadis bersetuju, tetapi lama-kelamaan…. Faham-faham sahajalah. :D

Abdul Latip  on  06/29  at  02:25 AM

Saudara Adnan,

Lelaki yang baik dijodohkan dengan wanita yang baik itu ada dalilnya dalam al Quran. Jangan dinafikan janji Tuhan. Namun atas usaha manusia ada juga bertemu jodoh lelaki yang baik berkahwin dengan wanita yang sebaliknya.

Adapun Asiah, betul dia isteri Firaun, tetapi tidak ada anak Asiah yang jadi nabi. Nabi Musa bukan anak Asiah. Anak angkat.

Menurut riwayatnya, walaupun Firaun dan Asiah suami isteri tetapi tidak pernah melakukan persetubuhan. Apabila Firaun hendak menyetubuhi Asiah tiba-tiba Firaun tertidur. Itu kuasa Tuhan.

Wallahuaklam.

masri  on  06/29  at  03:15 AM

Assalamualikum WBT.

Tentang ayat al-Quran lelaki baik untuk wanita yang baik. Jika dilihat dalam kitab-kitab tafsir, ia merupakan satu arahan Allah untuk kita mencari pasangan yang baik-baik. Hatta ada ulama menyatakan sah nikah dengan insan yang jahat tetapi berdosa kerana melanggar arahan Allah di dalam ayat ini.

Aos,
jika sudah ada gadis solehah yang memahami dirimu itu, kenapa perlu lengah menerima cintanya sambil menunggu mereka yang masih tidak dapat memahami ataupun buat-buat tidak faham. Bola dikaki kita, kita berada digelanggangnya, cuma mahu menyepak ke dalam gol atau tidak sahaja.

digelanggngnya (SALAH) = di gelanggangnya (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  05:53 AM

Izinkan saya menambah pendapat.

Niat pemuda ini sudah betul. Komunikasi sahaja perlu ditingkatkan. Orang perempuan mesti selalu diingatkan bahawa dia disayangi dan dimahukan walaupun tidak berjumpa.

Bila tidak berjumpa selalu, manusia akan jadi kreatif untuk menyampaikan juga rasa dalam hatinya. Ada menghantar hadiah, menulis ucapan, menyampaikan salam dan lagu. Semua ini menjadi pengganti diri. Mahu lebih cekap, buatlah jadual.

Semua perkara memerlukan usaha. Jangan kita asyik menyalahkan orang, tidak sabar, tidak setia, tidak faham. Bila kita diam dan simpan sahaja, orang pun tidak tahu.

Bila difikir kembali, hubungan pun macam bisnes juga. Kaji dan kenali target, buat strategi, hantar iklan, sampaikan mesej, buat promosi dan tawaran, jadi yang terbaik dan berikan yang terbaik.

Penting juga, jadilah insan yang ceria dan seronok didampingi. Kadang-kadang penat tengok cerita cinta Melayu di TV. Percintaan mesti penuh dengan dugaan dan masalah, emosi dan pergaduhan, akhirnya baru berjaya. Menakutkan.

masri  on  06/29  at  06:51 AM

Rihan,

Assalamualaikum.

Cinta di TV adalah cinta yang disaluti dosa, ia mengajak manusia kepada maksiat.

Saya mengenali ramai rakan-rakan saya, yang mempunyai perasaan cinta, bahkan kedua-duanya bukan bertepuk sebelah tangan, akan tetapi mereka hanya berhubung dalam hal yang penting-penting sahaja dan bertanya khabar. Tiada SMS setiap hari, tiada mahu telefon setiap hari. Hatta walau yang sudah bertunang.

Alhamdulillah, tindakan pencegahan seperti itu mengelakkan daripada membuka lompang-lompang seterusnya. Mungkin inilah bentuk cinta muda mudi yang perlu kita promosi.

Cinta yang asyik di isi dengan menangis bila ditinggalkan, bertengkar kerana cemburu buta, marah kerana kekasih tidak telefon, tidak SMS sewajarnya dihapuskan dari kamus hidup kita.

faizul  on  06/29  at  08:57 AM

tak kenal maka tak cinta.

Huruf besar apabila memulakan ayat!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  09:44 AM

Salam,

En. Masri,

Contoh yang saudara berikan berlainan dengan apa yang Puan Rihan cuba gambarkan.

Yang digambarkan Puan Rihan adalah bagi yang masih belum mengetahui adakah cinta si teruna itu benar-benar serius. Jadi tindakan bagi menyakinkan si dara masih perlu dilaksanakan. Contoh yang En. Masri berikan sudah tahu bahawa cinta yang diucapkan itu memang sudah termaktub. Masing-masing sudah tahu kedudukannya di hati pasangannya.

menyakinkan (SALAH) = meyakinkan (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  10:05 AM

Saudari Siti Hajar,

Saya sangat berterima kasih atas komen saudari. Tepat sekali ulasan tersebut. Lama saya berfikir bagaimana mahu menceritakannya. Sekarang saya lega.

Tidak kenal, tidak cinta. Hendak kenal, kenalah cerita.

Saya tidaklah menggalakkan orang bercinta meluah perasaan bagai nak rak sehingga mendorong kepada perkara tidak baik. Saya juga tidak menggalakkan orang yang hendak bercinta cara yang baik ini diam sahaja menunggu mengharap pasangannya faham. Bercakaplah, berceritalah. Insya Allah yang tidak Islamik pun akan terdidik juga.

masri  on  06/29  at  10:40 AM

Assalamualaikum wbt.

Rihan,
bagaimana bercerita yang cik mahukan itu. Bagi saya jika sudah bertanya khabar, berbincang hal-hal yang penting, itu sudah cukup untuk bercerita.

Macam contoh yang saudari berikan di dalam TV, jika di amati contoh-contoh itu, luahan rasa sudah dibuat, si jejaka sudah melafaz I Love You, si dara juga sudah membalasnya. Jadi bukankah mereka sudah tahu perasaan masing-masing. Maka tidak perlulah mahu meminta pasangan faham, sedangkan memang sudah faham.

Lainlah masing-masing memendam rasa. Bila bertembung malu-malu sahaja. Simpan di dalam hati. Si dara sudah rasa hatinya dicuri teruna, tapi takut bertepuk sebelah tangan kerana si teruna belum memula bicara. Si teruna pula, boleh tahan malunya, takut si dara sudah sudah berpunya, walau di dalam hati terdetik, sudah pasti aku cintanya.

Dalam kes seperti ini, memang sindrom bisu akan menyusahkan jiwa kedua-dua pihak. Silap hari bulan, merpati di hadapan habis dicekau orang.

Kecualilah jika kita sendiri sdah ragu dengan cinta si dia, atau kita ragu dengan cinta kita sendiri. Waktu itu mintalah penjelasan sewajarnya. Jika dia kata masih cinta, tak perlulah didesak-desak untuk asyik SMS, telefon, chatting dan lain-lain.

Kadang-kala macam rimas pulak tengok apa yang di papar di dalam TV, nak pergi pekan pun nak bagitahu si kekasih, nak tidur malam pun nak mesej-mesej, tak pun bergayut sambil ucap selamat tidur. Atau paling kurang main-main miskol. Tidak telefon sehari sudah berita tanya “You sudah tak sayang I ke?”.

Pelik, bagaimana manusia boleh bertahan dengan cinta seperti itu, sedangkan banyak benda lain yang boleh dibuat. Jika mahu bercinta begitu, tunggulah selepas akad nikah.

Bukan apa, saya sebagai pelajar, bila dikira-kira jadual untuk belajar, pergi masjid, pergi kuliah agama, sosial dengan kawan-kawan, dengan keluarga. Rasanya macam tiada masa untuk melayan kekasih macam yang selalu ditonjol-tonjol di TV. Jika ada yang meminta-minta seperti itu, rasanya macam mereka tidak faham dengan kesibukan masa di alam realiti. Atau sebenarnya kita terlalu banyak masa senggang yang terbuang, lalu diisi dengan melayan kekasih yang begitu.

Jika kekasih saya meminta saya untuk telefon setiap hari, SMS setiap hari, kejap-kejap tanya khabar, rasanya awal-awal saya akan angkat bendera merah. Tak larat nak layan.

kadang-kala (SALAH) = kadang kala (BETUL)

panaharjuna  on  06/29  at  11:34 AM

Saya fikir kerana senario inilah, satu genre novel cinta yang tidak mengikut keragaman dunia percintaan hari ini harus ditulis dengan segera. Suatu bentuk bercinta yang hebat seperti yang ditulis oleh Pak Habiburrahman di dalam novel hitnya,ayat-ayat cinta,

Sebenarnya menurut hemat saya, dunia cinta itu bisa saja dicorakkan oleh penulisnya mengikut kehendak hatinya. Kitalah yang sebenarnya bertanggungjawab meletakkan moral yang baik atau buruk di dalam karya-karya kita itu tanpa perlunya kompromi dari pihak pembaca.

Soalnya kini, jika kita mencari menelusuri persoalan di dalam sesuatu novel cinta, kecendrungan penulis (insyaallah, bukan penulis pts) akan segera dapat dilihat menyerap ke dalam aliran mainstream yang tunduk pada tuntutan cinta itu.

Bukan pada tuntutan syara’ dan adat.

Senario dan cara berfikir inilah yang pada hemat saya masih dipegang oleh sebilangan besar pengarang novel-novel cinta di Malaysia sehingga lambakkan kisah cinta yang begini sudah mulai menjelekkan sebilangan pembaca yang mulai dewasa mutakhir ini.

Oleh itu, menurut pandangan saya suatu definasi cinta yang baru harus diberi agar kesegaran kisah cinta yang bakal dipersembahkan oleh penulis-penulis PTS di dalam lomba menulis novel cinta mereka dapat diadakan.

Insyaallah, dengan niat yang betul,saya yakin usaha ini pasti berjaya.

Allah yang lebih tahu.

Alang Kelana  on  06/29  at  04:18 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Cinta Lelaki Sudan
—————————
Biar mereka tidak pernah bertemu
namun cinta mereka tetap teguh
kasih mereka benar-benar kukuh
kerna derita yang sama mereka tempuh
dan hati mereka sentiasa ‘bertemu’

Alang Kelana  on  06/29  at  04:39 PM

Cinta Wanita Sudan
—————————
Sudah sebegitu lama
cintanya membara
membahang umpama pasir
di Gurun Sahara

Namun demi menjaga
adab susila budaya
ianya terpendam
walaupun cair
umpama lilin
di panas api

Masih setia
sedia menunggu
biarpun ia menjadi
penyedih abadi…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/30  at  04:44 AM

Orang Melayu kata, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…(habiskan sendiri peribahasa ini).”

Itulah risikonya meluahkan rasa cinta. Kalau ditolak, barangkali yang dialami cuma demam panas berbulan-bulan dan penyakit angau. Tapi kalau diterima, hmmm… panjang ceritanya… mencabar perasaan. Iman pun tercabar juga. Jadi, fikir sebelum berkata-kata…

Ungkapan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik pula saya setujui sepenuhnya tidak kira ditakrif secara zahir ataupun secara takwil…

Wallahua’lam..

jazmin  on  06/30  at  05:51 AM

Semua komen di atas bagus belaka.

Baru pertama kali inilah saya merasa mempunyai semangat dan sokongan di atas prinsip ‘dating’ yang saya pegang.

Sebelum ini saya fikir saya ‘gila’.

Bukan saya tidak pernah berdating, namun apabila ilmu agama bertambah saya rasa insaf dan memberhentikan semua jenis cara perhubungan yang tidak munasabah (dan tentunya yang menyalahi syariat) dengan mana-mana lelaki pun. Sudah empat tahun saya mempertahankannya.

Memang sunyi sedikit sementelah kawan perempuan pun tidak ramai, tapi saya rasa lebih selamat dari risiko “ditipu”.
 
aminahjazilahabubakar

panaharjuna  on  06/30  at  06:35 AM

Saudara Alang Kelana, kami semenjak dahulu lagi menunggu-nunggu kisah cinta lelaki Sudan ini.

Sudah sampai manakah kisahnya?

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.