Wednesday, December 08, 2010

Tip Survival Penerbit: Strategi Buku Melayu Menembusi Pasaran Cina

Pada masa ini PTS sedang menjalankan strategi memasarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu kepada pembeli bangsa Cina. SN Dato' A Samad Said dipilih menjadi duta PTS, jurucakap bagi buku-buku, dan sekaligus anak panah bagi menembusi pasaran itu.

Dalam strategi pemasarannya, PTS akan mula menembusi pasaran Cina dengan memperkenalkan produk sastera kanak-kanak dan remaja. Apabila mereka sudah mengenali sastera Melayu sejak kecil, mereka akan membesar sebagai pasaran baru bagi produk sastera dewasa yang lebih tinggi mutunya.

Pasaran Cina adalah Laut Biru bagi buku-buku Melayu. Pasaran ini besar dan sangat menjanjikan bagi penerbit yang mempunyai modal kerja yang besar juga.

Ini bermakna penerbit buku-buku Melayu perlu mempunyai maindset yang lebih luas daripada mindset tradisional di mana selama ini kita menerbitkan buku-buku khusus untuk bacaan pembaca Melayu.

Ada dua strategi menghasilkan buku-buku Melayu yang dapat dipasarkan kepada pembaca Cina:

(i) Menerbitkan buku-buku Melayu yang isi kandungannya sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja Cina.

Ibu bapa Cina membeli buku-buku Melayu bagi membantu anak-anak mereka menguasai subjek Bahasa Melayu.

Banyak juga pelajar Cina mengikuti pendidikan dalam aliran kebangsaan, oleh itu mereka fasih membaca dalam bahasa Melayu.

(ii) Menerbitkan karya dalam Bahasa Melayu yang ditulis oleh penulis Cina tempatan.

(iii) Menerbitkan karya Cina yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

(iv) Menterjemahkan buku-buku pengarang Melayu ke dalam bahasa Cina.

Pembaca buku-buku Cina membeli buku-buku mereka di kedai-kedai buku Cina. Kedai buku Cina No. 1 di negara ini adalah rangkaian kedai buku POPULAR. Syarikat itu mempunyai 63 buah cawangan di seluruh negara dan ia mempunyai target menaikkan jumlah itu kepada 100 buah dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Meskipun syarikat POPULAR dimiliki oleh pelabur Singapura, namun ia adalah penjual buku Melayu yang paling besar, baik dari sudut jumlah judul yang dibawanya mahupun dari sudut nilai jualannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jawatan Kosong Previous entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.