Ciri-ciri Penerbit Cap Ayam
(i) Buku-buku terbitan mereka tidak ada dalam kedai-kedai buku.
(ii) Mereka menerbitkan buku-buku untuk dijual secara langsung ke sekolah-sekolah dengan kualiti rendah tetapi harga jualan amat tinggi.
(iii) Mereka banyak masuk (dan banyak menerima) tender membekalkan buku untuk kontrak kerajaan, khususnya kementerian pelajaran dan perpustakaan awam.
(iv) Tuan punya syarikat mendaftarkan banyak syarikat (syarikat 'kelongsong') supaya semua masuk tender dan masing-masing mendapat kontrak kerajaan.
(v) Mereka mengamalkan etika bisnes yang buruk.
(vi) Mereka tidak mahu menjadi anggota persatuan penerbit sebab mereka tidak mahu mendedahkan identiti sebenar mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment