Ciri Magik yang Menjatuhkan Mutu Fantasi
Di manakah letaknya sempadan teknikal antara sai-fai dan fantasi?
(1) Apabila cerita itu berlaku di alam lain, tetapi hukum-hukum semulajadi di alam itu serupa dengan hukum-hukum semulajadi di Bumi kita, maka cerita itu adalah cerita sai-fai. Apabila ia tidak serupa, maka cerita itu adalah fantasi.
(2) Cerita sai-fai adalah cerita yang boleh berlaku, tetapi tidak berlaku. Fantasi adalah cerita yang tidak mungkin berlaku.
Kuasa magik adalah mustahil, justeru jika cerita saudara adalah berkenaan kuasa magik, itu cerita fantasi.
Jin tidak dapat dilihat, justeru jika dalam cerita saudara itu ada watak jin yang dapat keluar masuk botol dan dapat saudara suruh arah, itu adalah cerita fantasi.
Mustahil ada binatang yang menghembuskan api keluar dari mulut dan lubang hidungnya, justeru jika ada haiwan seperti itu dalam cerita saudara, maka itu adalah cerita fantasi.
Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!
.
.
(1) Apabila cerita itu berlaku di alam lain, tetapi hukum-hukum semulajadi di alam itu serupa dengan hukum-hukum semulajadi di Bumi kita, maka cerita itu adalah cerita sai-fai. Apabila ia tidak serupa, maka cerita itu adalah fantasi.
(2) Cerita sai-fai adalah cerita yang boleh berlaku, tetapi tidak berlaku. Fantasi adalah cerita yang tidak mungkin berlaku.
Kuasa magik adalah mustahil, justeru jika cerita saudara adalah berkenaan kuasa magik, itu cerita fantasi.
Jin tidak dapat dilihat, justeru jika dalam cerita saudara itu ada watak jin yang dapat keluar masuk botol dan dapat saudara suruh arah, itu adalah cerita fantasi.
Mustahil ada binatang yang menghembuskan api keluar dari mulut dan lubang hidungnya, justeru jika ada haiwan seperti itu dalam cerita saudara, maka itu adalah cerita fantasi.
Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sastera
Saya kira itu cuma pendapat Orson Scott Card sahaja. Tapi hakikatnya kita tahu bahawa pasaran buku fantasi adalah antara yang terbesar di kedai buku. Apa pun genre dalam penulisan yang penting adalah nilai2 yang terdapat di dalamnya.
Apakah yang ribut2 sangat tentang Harry Porter hari ini? Tidakkah itu dari genre fantasi?
Bagaimana pula Lord Of The Ring? Cerita fantasi bukan. Kalau mahu lihat dari margin keuntungan, ia telah mengaut AS$860,700,000.
Manakala jualan tiga buku pertama buku Harry Porter dianggarkan USD 480 juta. Itu tidak termasuk keuntungan yang diperolehi dari filem-filemnya.
Jika dikatakan tentang jin boleh keluar masuk dalam botol dan boleh disuruh dalam fantasi - saya kira itu tidak tepat dan boleh rujuk dalam Surah 73 (Surah Al-Jin) yang memperihalkan tentang kewujudan jin.
Bagaimana pula ya kisah Nabi Allah Sulaiman A.S yang diberikan kelebihan oleh Allah dapat mementintah dan menyuruh jin melakukan sesuatu. Kisah istana Balqis, tak ingat?
Begitupun bukan sebarangan orang yang boleh melakukan begitu.
Namun dalam cerita fantasi - apabila berkaitan dengan dengan alam mistik dan ghaib, asosiasi jin adalah perkara biasa dan tidak mustahil sekiranya Allah berkehendak.
“Dan sebagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku).” (QS. Saba’: 12)
Perkataan ‘naga’ berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud ‘ular’.
Kisah naga yang boleh mengeluarkan api ini banyak terdapat dalam mitos dan hikayat seluruh dunia, sekira2nya ia bukan lagi termasuk dalam terma fantasi kalau mahu diperdebatkan secara ilmiah.
Kajian menyeluruh juga telah dijalankan (sila rujuk dokumentari dari National Geography, maaf saya tidak ingat tajuknya).
<a>Dragon</a>
Kesimpulannya itu cuma pendapat penulis tersebut.
——-
Assalamualaikum,
“Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!”
Mutu cerita bergantung kepada sejauh mana jalinan plot, tema dan ‘setting’ yang digunakan di dalam sesebuah penceritaan bagi menjadikan sesuatu yang boleh belaka itu menjadi rumit dan suspen sebelum diboleh belakakan.
Semuanya boleh belaka seperti yang terdapat dikebanyakkan cerita fantasi adalah terletak kepada plot ceritanya yang dirancang pereka cerita.
Namun apabila dilihat, semua yang boleh belaka tidak semudah itu untuk didapatkan oleh watak di dalam sesebuah cerita. Sub-pot akan memainkan peranan bagi mewujudkan pelbagai insiden, sebagai halangan kepada setiap watak yang mahukan sesuatu yang boleh belaka itu.
Cerita adalah karangan atau lakonan peristiwa yang mengisahkan sesuatu kejadian dan lain-lain. Fantasi pula adalah imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, ia seperti khayalan dan angan-angan. Oleh sebab itulah maka kebanyakkan cerita fantasi banyak yang boleh belaka itu terjadi.
Filem Hulk barangkali dikategorikan sebagai cerita sai-fai tetapi boleh dikatakan tidak berjaya sedangkan komik-komiknya cukup digilai pembaca. Ini terjadi kerana cerita yang digarap dan sedikit kelemahan teknikal ketika pembikinan menjadikan mutu cerita itu jatuh.
Dengarnya, filem itu sedang dalam pembikinan bagi percubaan kedua tetapi pelakon asal yang memegang watak utamanya telah menolak tawaran tersebut kerana ceritanya yang lemah dan gagal dipembikinan pertamanya.
Memang amat sukar untuk menghasilkan cerita yang bermutu, tidak kira apa genre sekalipun. Peranan ‘plot’, ‘sub-plot’ dan ‘twist’ di dalam sesebuah cerita merupakan asas penting untuk mencipta mutu bagi cerita yang dicipta.
Semoga kita sama-sama berusaha mencipta cerita yang bermutu disamping menyampaikan sesuatu yang berguna kepada pembaca!
*Andai dapat ‘mengeteh’ bersama Tuan Orson Scott Card ini alangkah seronoknya bertukar-tukar pendapat dan pemikiran.
Tabik!
jOnOs
>>>Perkataan ‘naga’ berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud ‘ular’.
SF,
Engkaukah yang memanggil namaku sewaktu masa terhenti?
Pendapat Sdr SF dan Sdr Jonos menambahkan ilmu yang Puan sudah beri. Hmm… saya semakin bijak berfikir. Erk, mengangkat dirikah saya ini :D
>>>Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!
1. Saya rasa, tujuan Puan Ainon meletakan pandangan Enche Orson Scott Card ini untuk penulis-penulis/anak didik UNIKA menjana fikiran mereka berdasarkan pelbagai input, saya rasa begitu.
>>>Apa pun genre dalam penulisan yang penting adalah nilai2 yang terdapat di dalamnya.
2. Untuk pengetahuan saudara SF, apabila menulis, saya jarang memikirkan tentang ‘nilai-nilai (value) yang hendak saya terapkan ke dalam tulisan saya. Dan saya fikir, ada ramai lagi penulis-penulis seperti saya. Ha ha.
3. Saya syak, kedua-dua buku dalam judul berbahasa Inggeris yang saudara jadikan contoh kes ini - tidaklah tinggi manapun mutunya - cuma, saya syak, buku itu ditulis dengan mengikut petua-petua yang diberikan oleh Jab. Pemasaran. Aaaa… maksud saya, buku-buku BEST SELLER sebenarnya boleh dicipta sebelum buku itu terbit lagi. Ya, kerja ini memerlukan satu team yang kuat. Kalau kita dapat bersama-sama minum teh - akan saya ceritakan pengalaman saya.
>>>*Andai dapat ‘mengeteh’ bersama Tuan Orson Scott Card ini alangkah seronoknya bertukar-tukar pendapat dan pemikiran.
4. Sedangkan hendak ‘mengeteh’ dengan Sinaganaga pun kelihatannya begitu payah - inikan pula hendak ‘mengeteh’ dengan Enche Orson Scott Card. Ha ha!
p/s: Sf, Jonos,
Yang paling aku ralat - Puan Ainon masih belum jenguk-jenguk kami di MASKARA. Ye laaaa… rumah dia jauhhhhhhhh…. He he.
Sinaganaga -
“3. Saya syak, kedua-dua buku dalam judul berbahasa Inggeris yang saudara jadikan contoh kes ini - tidaklah tinggi manapun mutunya - cuma, saya syak, buku itu ditulis dengan mengikut petua-petua yang diberikan oleh Jab. Pemasaran. Aaaa… maksud saya, buku-buku BEST SELLER sebenarnya boleh dicipta sebelum buku itu terbit lagi. Ya, kerja ini memerlukan satu team yang kuat. Kalau kita dapat bersama-sama minum teh - akan saya ceritakan pengalaman saya.
”
- Juga team pemasaran yang kuat. Tidak begitu? -
Sinaganaga: “4. Sedangkan hendak ‘mengeteh’ dengan Sinaganaga pun kelihatannya begitu payah - inikan pula hendak ‘mengeteh’ dengan Enche Orson Scott Card. Ha ha!”
SijOnOsjOnOs: “4.0 Payah ‘mengeteh’ bersama kedua-dua nama itu, ‘Encik Sinaganaga’ dan ‘Enche Orson Scorr Card’ kerana warung yang dapat menghasilkan teh bermutu itu payah untuk didapati wahai Sinaganaga Dari Origami.”
Sinaganaga: p/s: Sf, Jonos,
Yang paling aku ralat - Puan Ainon masih belum jenguk-jenguk kami di MASKARA. Ye laaaa… rumah dia jauhhhhhhhh…. He he.
SijOnOsjOnOs: p/s: Sf, Sinaganaga,
Rumah aku dekat beb! Tapi aku belum sempat intai-intai, nantikan aku bawa ‘team’ ‘Kasih dan Awang’, ‘Surat Untuk Raihanah’ dan ‘Ah Kim’.
Tabik!
jOnOs
.
Rumah jauh tidak menjadi halangan apabila ada supir. Namun PTS belum mampu menyediakan supir buat Chairman!
Post a comment