Tuesday, December 04, 2007

Ciri Penterjemah Selebriti

PTS komited kepada matlamat mahu membangunkan pasaran buku-buku terjemahan. Dengan itu kita akan menubuhkan tim penterjemah yang amat berbakat dan berpegang pada komitmen yang sama bagi menjalankan projek-projek terjemahan yang sedang dimulakan sekarang.

Sekian lama kita mendengar rungutan yang menuduh buku-buku terjemahan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bermutu rendah, bahasanya berbau bahasa Inggeris, oleh itu tidak sedap dibaca, malah membaca buku asalnya lebih mudah faham. 

PTS akan mula menghasilkan buku-buku terjemahan yang akan menukar semua rungutan itu menjadi puji-pujian.  

Sesiapa yang membaca buku-buku terjemahan terbitan PTS tidak akan menyangka bahawa buku yang sedang dibacanya itu adalah buku terjemahan. Mereka sangka itu buku Melayu yang ditulis oleh penulis Melayu. Tentu sekali ini kerja yang berat dan sukar, tetapi kita akan lakukan dengan jayanya.

Langkah pertama PTS adalah melatih dan melahirkan barisan penterjemah bertaraf selebriti. Calon-calon penterjemahnya akan ditapis.

Dulu-dulu, orang yang gagal menjadi penulis, maka mereka menjadi penterjemah. Tradisi buruk seperti itu tidak akan diamalkan oleh PTS.

Tim penterjemah PTS adalah mereka yang mempunyai bakat menulis, dan menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan baik. Hanya dengan memiliki 2 ciri ini kita dapat melahirkan barisan penterjemah selebriti. 

Ciri-ciri penterjemah selebriti adalah:

(1) Dia mempunyai banyak peminat yang menunggu-nunggu bilakah karya terjemahannya yang terbaru akan muncul di pasaran.

(2) Buku terjemahannya banyak dan setiap karyanya terjual lebih banyak.

(3) Gaya terjemahannya menjadi ikutan penterjemah lain.

(4) Banyak penerbit cuba mendapatkan perkhidmatannya.

(5) Namanya disebut-sebut oleh penterjemah lain.

(6) Karya terjemahannya banyak dinilai dan diulas oleh pengkritik dan pengkaji.

(7) Dia banyak menerima undangan berceramah dan menulis kertas kerja persidangan.

(8) Dia mendapat liputan media. 

Nota penting:

(1) Buku "Teori dan Teknik Terjemahan" ini adalah bacaan wajib bagi penterjemah PTS. 

(2) Bakal calon penterjemah diwajibkan mengambil ujian PTS sebelum layak mengikuti kursus penterjemahan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu "Natural Translation" Previous entry: Strategi dan Teknik Aplikasi Teori Psikolinguistik bagi Meningkatkan Kualiti Bahasa
Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  12/04  at  08:27 PM

Assalamualaikum Puan,

Suatu ketika dahulu saya gemar membaca tulisan mendiang MGG Pillai yang diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Biasa disiarkan dalam Laman Web .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Saya lihat, penterjemah tulisan MGG Pillai tu memang bagus. Gaya bahasanya dan lenggoknya hebat. Seperti yang Sifu katakan, bila kita baca seperti ianya ditulis oleh penulis Melayu.

rastom  on  12/04  at  09:34 PM

Saya setuju kata kata Tuan Mohammed Zakir! grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/05  at  04:47 PM

Assalamualaikum puan,

boleh tak kalau saya ingin mencuba ambil ujian terjemahan ini? Sebab saya lebih cenderung pada terjemahan daripada BI ke BM, berbanding dengan bahasa-bahasa lain.

Kalau ada maklum balas, silalah hubungi saya melalui e-mel ya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: