Wednesday, July 18, 2007

Cobaan Kejayaan

Apabila karya saudara terbit, maka saudara berpeluang menjadi terkenal oleh kebagusan karya saudara itu. Ini lebih-lebih lagi benar bagi saudara yang menghasilkan novel dan antologi puisi.

Maka saudara akan mendapat peminat daripada kalangan strangers yakni individu-individu yang tidak saudara kenali sebelum saudara menjadi pengarang terkenal.

Saudara mudah tergoda oleh kata-kata puja-puji dari mulut para strangers yang memberikan gambaran seolah-olah apa juga yang saudara ucapkan dan tuliskan betul dan bijak belaka. Apatah lagi apabila strangers itu adalah perempuan-perempuan muda dan cantik pula.

Isteri saudara tidak dapat bertanding dengan puja-puji para strangers itu. Tidak dapat! Isteri saudara sangat kenal akan siapa saudara yang sebenar.

Puja-puji daripada strangers yang muda dan cantik mudah menyebabkan pengarang lupa akan siapa dirinya yang sebenar, lalu dia terjatuh ke dalam perangkap di mana dia mula berlakon menjadi apa yang strangers itu mahukan daripada pengarang yang diminatinya.

Ini biasa berlaku kepada pengarang yang lemah peribadinya dan kurang berhati-hati apabila menerima puja-puji daripada peminat @ penggoda.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memasarkan Sastera Serius Previous entry: Notis! Entri Sai-fai dan Fantasi
jOnOs  on  07/18  at  12:22 PM

Assalamualaikum Puan Sifu!

Ayat-ayat ini..

“Isteri saudara tidak dapat bertanding dengan puja-puji para strangers itu. Tidak dapat! Isteri saudara sangat kenal akan siapa saudara yang sebenar.”

Jika Puan sebut di dalam bengkel, saya rasa gelihati bukan kerana ayat ini kelakar. Tetapi asyik dengan gelagat dan mimik muka Puan.

Itulah keistimewaan Puan!

gelihati (SALAH) = geli hati (BETUL)

——-

MBA  on  07/18  at  02:14 PM

Sifu-san;

Itulah sebenarnya yang digeruni oleh suami mithali @ 3T macam saya ini wink

rastom  on  07/18  at  02:48 PM

Tuan MBA,

Kemithalian itu mesti diuji! Hehehehehe….

Fadzli Yusof  on  07/18  at  03:29 PM

Salam Sejahtera,
Satu petua yang mungkin berguna; kembalikan semua pujian pada Tuhan. Kalau betul pujian itu, maka bersyukurlah. Kalau tidak betul, maka berdoalah. Kalau tidak pasti, maka berserahlah.

Berbaik sangka dengan Tuhan.

Mya Marja  on  07/18  at  04:13 PM

Assalamualaikum,

Puan Ainon ingin menyampaikan sesuatu. Sesuatu yang sedaya upaya cuba saya fahami. Hmm…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/18  at  05:18 PM

Pn Sifu,
(yang sebentar tadi terlihat di DBP)

Lumrah alam, karam dalam dunia glamour sememangnya lebih hebat dari karam dilautan nan tak bertepi.

Rupa-rupanya `geromolan` peminat-peminat kepada penulis buku yang baru hendak popular tidak banyak kurangnya berbanding dengan peminat raja sms.

Sebetulnya, orang yang separuh umur pun mengkagumi penulis yang berjaya apatah lagi jika berjaya dan popular.

Namun andai kita dapat mengawal diri, rasanya situasi sebegitu boleh menjadi satu motivasi untuk kita berkarya dengan lebih baik, lebih matang dan pastinya lebih cemerlang.

Terserah pada diri kita sendiri, mahu hanyut, dihanyutkan atau terus dikaramkan sahaja dalam dunia glamour itu…

Hmm… yang mana satu saudara?

Alang Kelana  on  07/18  at  06:09 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya memahami apa yang Puan sampaikan, yang tersurat dan juga yang tersirat.

smile

Saya sempat singgah di kedai buku DBP. Tip-tip Poligami tinggal 1 naskhah!

Firdaus  on  07/18  at  09:05 PM

Tuan MBA, 3T itu Teringin Tapi Takut? raspberry

Saya fikir, Tuan Alang Kelana mungkin kurang berhadapan pujian daripada para wanita.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: