Tuesday, March 20, 2007

Contoh Bagaimana DBP Mengenakan Syarat Berat Sebelah kepada Pengarang

Banyak pengarang masuk peraduan dengan tidak peduli mahu membaca syarat-syarat yang dikenakan oleh penganjur. Lalu berlaku apa yang disebut dalam pepatah Melayu, "Bagaikan nasib Pak Kaduk, ayamnya menang, kampungnya tergadai."

Berikut adalah contoh 2 klausa dalam syarat sebuah pertandingan yang saat ini sedang dianjurkan oleh DBP:

8. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai hak ekslusif untuk menerbitkan karya yang memenangi peraduan termasuklah karya penulisan episod yang berikutnya dalam apa-apa jua bentuk media penerbitan.

Nota:
(a) Apakah maksud 'hak eksklusif' dalam klausa ini?

(b) Apakah hak-hak yang dirampas oleh DBP daripada pengarang dengan menggunakan klausa ini?

(c) Berapa lamakah tempoh hak eksklusif itu? 3 tahun? Selagi ada bulan dan matahari?

9. Peserta yang terpilih sebagai pemenang bagi setiap kategori akan ditawarkan untuk meneruskan penulisan bagi episod yang berikutnya. Sekiranya peserta menolak atau gagal meneruskan penulisan episod yang berikutnya itu, Dewan Bahasa dan Pustaka berhak meneruskan penulisan karya atau melantik penulis lain untuk menulis episod yang berikutnya itu sehingga selesai. Jumlah dan cara bayaran bagi kerja-kerja penulisan episod yang berikutnya akan ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nota Sifu:
Inilah contoh paksaan unilateral. Dalam isu yang berkaitan harta intelek pengarang, DBP memutuskan pengarang tidak berhak dirundingi.

Apa pendapat saudara?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja: Ketirisan dan Rasuah dalam Dunia Teater Previous entry: Memulakan Bisnes Cara Muhammad bin Abdullah (4)
Amiene Rev  on  03/20  at  10:27 AM

Saya sangat-sangat BERSETUJU dengan pandangan Sifu.

Saya YAKIN dan sangat-sangat yakin, saya pernah kemukakan mengenai hak ekslusif ini dalam web Sifu sebelum ini.

Dahulu DBP ada menganjurkan pertandingan menulis novel sains fiksyen remaja bersiri dengan syarat-syarat tersebut di dalam entri di atas.

Bila saya baca sahaja mengenai hak ekslusif tu, terus saya padamkan niat saya untuk masuk bertanding (tahun lepas, 2006).

Mana letakknya keadilan terhadap penulis?

Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai hak ekslusif untuk menerbitkan karya yang memenangi peraduan termasuklah karya penulisan episod yang berikutnya dalam apa-apa jua bentuk media penerbitan.

WAH! WAH! NAMPAKNYA PERISTIWA PENCIPTA WATAK SUPERMAN BOLEH BERULANG LAGI.

Sekiranya peserta menolak atau gagal meneruskan penulisan episod yang berikutnya itu, Dewan Bahasa dan Pustaka berhak meneruskan penulisan karya atau melantik penulis lain untuk menulis episod yang berikutnya itu sehingga selesai.

EH? MACAM KARYA DIA PULA. SIAPA PUNYA IDEA?

Jumlah dan cara bayaran bagi kerja-kerja penulisan episod yang berikutnya akan ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERANGKAP!

Atas sebab-sebab yang terang-terang tidak adil ini, saya rasa semacam fobia dengan apa-apa pertandingan DBP.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/20  at  11:26 AM

Salam.

Apa kabar Puan Sifu? Semoga baik2 belaka.

Perkara ini berkaitan bagaimana undang2 digunakan untuk kepentingan masing2.

Cuma setiap klausa yang diguna “belum tentu” mutlak aplikasi perundangannya. Contoh, DBP buat peraduan mengarang, lantas “mendakwa” (melalui syarat2 peraduan) semua penyertaan menjadi hakmilik (atau hak eksklusifnya)...  belum tentu!

Apakah tindakan DBP itu konsisten (menepati) prosedur sebenar yang diperlukan bagi mana2 pihak untuk menuntut hakmilik? Dalam soal ini, hakmilik bagi bahan bercetak.

Saya tidak bertujuan memperlekeh “penasihat” undang2 DBP - tapi saya beranggapan masih banyak ruang (baca “loopholes”) dalam peruntukan undang2 bersabit hakmilik, paten, harta intelektual dll. di negara kita yang boleh “dimanfaatkan” oleh pengarang dalam “urus niaga” mereka dengan pihak2 seperti DBP ini.

Saya percaya Puan Sifu sendiri mengetahuinya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/21  at  08:25 AM

Maka di ruang yang mana Dato A,Samad said berada sekarang setelah berurusan dengan DBP?

ip  on  03/21  at  08:38 PM

Saya cuba melihat dari pandangan yang lain.

Ini dilihat dalam konteks ‘win-win’. Antara satu kaedah mencipta nama dalam media ialah memenangi mana-mana peraduan yang keputusannya dilaporkan. CV penulis itu akan baik jika dia telah memenangi mana-mana peraduan. Bukunya mungkin diulas media.

Tetapi jika kontrak yang berat sebelah itu mengikat hak penulis, ia adalah harga yang perlu dibayar oleh penulis tersebut.

Ini kerana kita berada dalam ‘lingkaran ketidakadilan yang merata’.

Tetapi apa yang Puan Sifu utarakan itu, sangat wajar difahami oleh penulis.

Saya setuju.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/22  at  01:46 PM

Mungkin tidak mengapa sekiranya penulis tahu keadaan sebenar syarat-syarat tersebut, tetapi kalau kita dibiar mentafsir sendiri, sekiranya terjadi sesuatu sudah tentulah penulis itu yang menjadi timun yang digolek dek durian.

Pada pendapat saya syarat tersebut tidak patut dikenakan (terutamanya klausa 9).

Untuk satu penerbitan buku adil, tetapi untuk semua buku-buku yang seterusnya?

Saya juga berpendapat penulis sepatutnya diberi hak untuk bersuara tentang hak milik karyanya. Ada orang mungkin mudah menjana idea. Orang lain mungkin ideanya telah diperam bertahun-tahun baru dikeluarkan.

Kalau diumpamakan simpanan di bank dah tentu ada kadar faedahnya (biarpun setakat 2 peratus). Lagipun saya pasti penulis (lebih-lebih lagi penulis pertama kali buku/idea diterbit) menganggap hasil kerjanya sebagai “bayinya”. Sanggupkah diserahkan begitu saja kepada orang lain?

Mungkin DBP patut ubah klausa itu supaya lebih adil kepada semua pihak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: