Notis! Contoh Format Menulis Sinopsis
Bagi tuan yang hendak menulis karya fiksyen untuk PTS, tulis emel kepada Puan Ainon klik di sini, bagi mendapatkan contoh (1) format menulis sinopsis cerita, dan (2) senarai kata BMR (Bahasa Melayu Rendah).
Nota penting:
1. Di PTS, saudara wajib menghantar sinopsis dahulu kepada editor. Apabila sinopsis saudara sudah diluluskan, barulah saudara diberi lampu hijau bagi menuliskan novel saudara.
2. Saudara juga diwajibkan hadir kursus penulisan PTS yang diberikan percuma. Tiga kursus yang wajib bagi semua penulis fiksyen adalah (i) Teori dan Teknik Surah Yusuf, (ii) KJ Method, (iii) Tatabahasa Bahasa Melayu Tinggi.
Jadual kursus disiarkan dalam blog ini dari masa ke masa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum.
Puan Ainon,
Saya ingin bertanya mengapa angka 55 digunakan dalam beberapa Judul buku terbitan PTS seperti 55 Petua Orang Berjaya. Apakah ada makna yang tersirat disebalik angka 55 tersebut?
Mohon dapat dijawab. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Puan Ainon,
Macam mana saya nak mula mengikuti bengkel anjuran UNIKA PTS. Saya ingin menulis, menterjemah, mengedit, menerbit, menjual dan mengedar buku.
Harap dapat bantu saya.
Yang benar,
Mohd Shukri Ismail
assalamualaikum Puan…
benarkah 2020 hanya milik juara?
Puan SifuPTS,
Salam,
Sudah hampir sebulan saya menjejaki tanpa jemu Universiti PTS..sarat dengan ilmu yang saya rasa boleh membimbing saya untuk menulis dan sekali gus merealisasikan impian saya untuk menghasilkan sebuah karya.
Diharap Sifu tidak keberatan membantu.
Terima Kasih.
Tuan Kamil,
Mengapakah tuan hanya mahu “...menulis dan sekali gus merealisasikan impian saya untuk menghasilkan sebuah karya.”
Mengapa hanya SEBUAH karya?
Saya tidak mahu buang masa saya membimbing seseorang yang bercita-cita mahu menghasilkan SEBUAH karya sahaja!
Puan Ainon,
Terima Kasih yang tidak terhingga di atas respons yang diberikan. Tersentak juga saya buat seketika. Satu permulaan yang baik saya kira untuk terus mengatur langkah dan tentunya di atas bimbingan Puan Ainon.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
Terima Kasih sekali lagi.
Puan Sifu,
Mintalah lagi…
Emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Setelah menulis 2 buah buku bukan fiksyen, kini saya berhajat terjun ke dunia fiksyen.
Mungkin berkaitan futuristik-ICT-islamik.
syahrul nizam junaini
http://syahruln.blogspot.com
Saya sentiasa tertanya tanya berapa lamakah masa yang perlu ditunggu sebelum editor memberikan lampu hijaunya, dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menulis setelah editor memberikan lampu hijaunya.
Saya juga tertanya-tanya kenapa begitu banyak typing error dalam setiap novel PTS. Dalam novel ‘Tunnel’ malah lebih parah lagi. Bukan setakan typing error, malah paragraph error. Saya terfikir adakah ini disebabkan oleh penulis yang sentiasa mengejar deadline dan editor yang mempunyai terlalu banyak manuskrip yang perlu ditangani.
Semoga PTS mengambil berat perkara sebegini kerana saya sentiasa menyokong syarikat yang syariah compliant.
Terima kasih.
Saya perlukan format sinopsis PTS untuk novel komik sains fiksyen. Saya juga perlukan jadual kursus penulisan PTS. Terimakasih.
Post a comment