Friday, April 18, 2008

Corat-Coret Pesta Buku: Booth PTS di Seberang Sungai Sebab Tidak Ada Duit

Seorang wanita yang datang ke booth PTS dengan membawa anak gadis kecilnya berkata kepada petugas PTS begini: "PTS tak ada duitkah?" sambil macam marah sedikit.

Petugas PTS bertanya, "Mengapa, puan?" 

"Yalah! Gerai di sini tentu lebih murah daripada gerai di PWTC."

Booth PTS terletak di seberang sungai, itulah sebabnya banyak pengunjung perempuan malas hendak berjalan jauh menyeberangi sungai, maklumlah mereka yang memakai kasut yang bertumit, biarpun tumitnya rendah, memang sakit kaki mereka!

Tetapi disebabkan anak-anak mereka, ataupun murid sekolah yang mereka bawa tetap mahu membeli buku-buku PTS, terpaksalah  mereka menapak juga ke seberang sungai. Itulah yang membuat mereka geram!

Sebenarnya, harga semua booth serupa sahaja. Semasa cabutan undi, PTS mendapat gerai di dalam PWTC. Memang lokasi dalam PWTC adalah amat strategik.

Semua orang mahukan gerai dalam PWTC. Siapa pula yang mahukan gerai di seberang sungai.

Dalam foto di sebelah ini pegawai-pegawai PTS terpaksa merayau-rayau dalam PWTC membawa iklan memberitahu orang ramai bahawa booth PTS ada di seberang sungai!

Mengapakah PTS yang pada mulanya mendapat lokasi booth dalam PWTC akhirnya berada di seberang sungai? Beginilah kisahnya... 

Apabila tidak ada langsung penerbit besar yang mendapat gerai di seberang sungai, maka PTS dengan rela hati berpindah ke seberang sungai supaya dengan itu peminat-peminat PTS akan ke seberang sungai. Dengan itu gerai-gerai lain mendapat kesan limpahan daripada rezeki PTS.

PTS ada cuba memujuk penerbit besar lain yang mempunyai amat banyak peminat supaya ikut PTS pindah ke seberang sungai, tetapi gagal memujuknya....

Nota: Foto-foto dengan ikhsan Tuan Faris Hasbullah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Satu Lagi "Komik Malaysia" Previous entry: Jawatan Editor Kosong
epel  on  04/18  at  12:18 PM

Salam Puan Sifu,
Memang jauh dan berliku serta berbukit-bukau. Hihihi..Alhamdulillah saya gagahkan kaki saya berjalan, dan kudrat perempuan saya untuk menolak kerusi rodanya dan tangannya utk memutar tayar kerusi roda. Sampai alhamdulillah dan puas hati sebab di sambut Puan Sifu. Gambarnya ada dengan saya. smile Terima kasih.

xara  on  04/18  at  01:59 PM

Bagi orang yang pertama kali sampai ke pesta buku seperti saya, puas juga mencari TR2 ni. Habih pusing dah, akhirnya ketemu jua. Lokasi di seberang sungai , meskipun jauh, tetapi selesa.. sebab dalam pwtc terlalu sesak dengan manusia.

Puan.. mungkin patut ditambah pada tulisan di sepanduk :
“Booth PTS di TR2 - SEBERANG SUNGAI!”. Sebab kami tidak menyangka ada booth yang kena menyeberang sungai.

Riduan Khairi  on  04/18  at  04:21 PM

Semoga Allah kira usaha itu sebagai amal jariah buat tim PTS. Nampak macam ‘kecil’ tetapi ia sangat bermakna.

Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  05:30 PM

Ketika saya berada di seberang sebelah sini, saya melepak dengan adik-adik saya yang dah kepenatan melilau di pesta buku. Kami duduk macam peminta sedekah menyandar dekat dinding yang tunjuk pelan pesta buku. Kebanyakan yang tengok pelan di situ sepanjang ‘pengemisan’ kami tercari-cari di mana gerai PTS. Saya dengan muka tak malunya kata, “Di seberang sana.” MAka, dengan segera mereka ke sana. Dan kebanyakan mereka itu adalah remaja dan si dewasa yang didesak remaja.

neeziee  on  04/19  at  09:31 AM

bagi saya yang di seberang sungai itu lebih menarik perhatian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  10:54 PM

assalamualaikum wbt.
memang, mula-mula saya mencari juga. dimana booth PTS ni? Aduh…jauhnya kat sana. Yang seronoknya sepupu saya pun dah suka baca buku keluaran PTS. Almaklumlah remaja..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: