Thursday, April 17, 2008

Corat-Coret Pesta Buku: Rezeki Apabila Mengamalkan Strategi Bisnes Kawan-Tolong-Kawan

Ramai yang datang ke booth PTS memuji hiasan ruang dalam booth PTS yang menggunakan perabot kayu asli daripada jenis mahal. Ada meja dan bangku taman, ada amben, ada pintu gapura, ada pangkin, ada pergola, ada tempayan air mengalir, ada dingklik. Mereka menyangka tentulah mahal kos menyewa perabot itu semua.

Puan Norhazizam, Pengurus Jabatan Pemasaran PTS adalah seorang yang kreatif apabila sampai pada idea-idea mengurangkan kos promosi.

Beliau telah mengundang seorang usahawan bidang perabot taman supaya mempamerkan di booth PTS sampel perabot-perabot yang dikeluarkan oleh kilangnya di Kelang.

PTS tidak mengenakan apa-apa sewa kepada usahawan perabot itu. Beliau juga dibenarkan mengiklankan barangan keluarannya kepada pengunjung booth PTS.

Usahawan perabot itu pula tidak mengenakan apa-apa bayaran sewa kepada PTS yang menggunakan perabot-perabot itu sepanjang pesta.

Begitulah pintarnya Puan Norhazizam mengurangkan kos pengendalian pesta sambil menjalin hubungan kerjasama dan saling membantu dengan usahawan Melayu lain.

Jika saudara berminat mencipta taman di rumah, hubungi usahawan Jawa ini, En. Hugry Hj. Ahmad Husaini 012-3675877.

Gerbang pergola dan pili taman yang menghiasi pintu masuk booth PTS. Foto ikhsan En. Faris Hasbullah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagusnya Gaya Andrea Mempromosi Diri dan Karyanya Previous entry: Berbual-bual dengan Tuan Azari Tentang Trend Jualan Buku-buku Agama PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  10:59 PM

patutlah…ada satu bangku di depan cashier..saya tertanya-tanya..ini bangku untuk duduk ker?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: