Corat-coret Pesta Buku: Kisah Mamu Faisal dan Mamak Zamri Menjual Buku
Regu "Geng Mamak" pasangan Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamed adalah promoter buku sendiri yang paling melucukan pada hari terakhir pesta buku.
Mereka bercakap berbuih-buih sambil mengunjukkan buku RAHSIA BISNES MAMAK kepada pengunjung booth PTS yang berhasak-hasak lalu di tepi mereka. Tidak seorang pun yang mahu memegang buku yang mereka unjukkan.
Mereka bercakap, bercakap, bercakap, sambil mengangkat buku tinggi-tinggi. Mereka berganti-ganti memegang mikrofon. Bercakap, bercakap, bercakap!
Tidak satu pun laku!
Namun mereka terus bercakap, menerangkan isi kandungan yang mereka anggap paling dapat memikat pembeli. Sampai tegang-tegang urat leher.
Tidak satu pun laku.
Kemudian, mereka kepenatan, maklumlah suasana hingar-bingar dalam dewan pameran. Sementelahan pula gerai sebelah memainkan lagu nasyid dengan kuatnya. Lalu mereka duduk, berhenti bercakap dan meletakkan mike atas meja.
Selepas itu barulah buku mereka yang terletak di atas meja laku satu, satu, satu, sampai semua habis terjual.
Pengajaran daripada apa yang berlaku itu adalah.... menjual buku tidak serupa dengan menjual ubat!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hahahah betul-betul!
Itu latihan bercakap di hadapan orang ramai. Hahahah!
Apa hendak dikata, rookie bidang pengucapan awam. Selepas ini Puan tulislah satu entri bagaimana mempromosi buku di khayalak ramai.
Tetapi apabila saya pula mempromosi Tuan Shamsuddin, ramai pula yang datang. Ha! itu apa pula Puan? Tuan Shamsuddin sebagai ketua kempen pilihanraya kami ada aura mungkin.
Gambar-gambar terbaru sekitar pesta buku di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Saudara Zamri dan Faizal,
Tahniah.
Ada pengajaran yang lebih bermakna. Pembeli tidak mahu dilihat membeli kerana terpengaruh dengan kempen-kempen yang dijalankan. Mereka adalah golongan ‘bijak-pandai’. Entah-entah, besoknya baru datang semula mengambil buku yang sama.
Kedua, kita belanja orang makan, orang yang sama belum tentu belanja kita kembali. Jangan risau. Di satu sudut yang lain akan ada orang yang suka belanja kita.
Berkempen untuk orang lain adalah satu tindakan yang mulia.
Saya doakan kejayaan saudara berdua.
Saya cukup kagum dengan bakat, semangat dan kerajinan yang ditunjukkan oleh sahabat karib merangkap penulis bersama.
Syukur rampasan kuasa (rampasan masa - mengikut Tuan Zamri) berjaya dilakukan dengan aman, semua penulis mendapat peluang untuk menyampaikan amanat. Yang menariknya, buku-buku mereka ini termasuk Tuan Zamri, Tuan Osman, Tuan Salehuddin laku keras.
Semoga lebih banyak program yang disifatkan oleh Tuan Zamri sebagai ‘Marathon Penulis’ dapat diteruskan pada tahun akan datang. Insyaa-Allah
Assalamualaikum,
Saya dan isteri membaca entri ini dengan ketawa terdekah-dekah. Memang melucukan. :O)
Kepada “Geng Mamak”, teruskan usaha anda, berkerja keras untuk berjaya. Di sudut hati, saya sungguh kagum dengan kesunguhan dan komitmen tuan-tuan semua.
Untuk pengetahuan Tuan Zamri dan Tuan Faisal Sharbudin, senaskah buku “Rahsia Business Mamak” telah pun dibeli oleh isteri saya.
Wassalam
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hm… berdasarkan apa yang dibaca:
1. Pembaca buku adalah golongan bijak pandai.
2. Penulis buku yang duduk di atas meja, dan kelihatan ‘relaks’ atau ‘cool’ lebih menyakinkan pengunjung untuk membeli buku mereka.
3. Pemerhati atau penonton tidak suka mengganggu orang yang tengah menyampaikan ucapan, sebab itu mereka tidak membeli semasa ucapan disampaikan. Barangkali, kerana terbawa-bawa dengan imej semasa di sekolah. Apabila guru mengajar, semua mesti dengar. Apabila guru diam, barulah boleh bertanya.
4. Barangkali pendengar terpukau melihat ucapan kedua-dua penulis buku sehingga kaki, tangan dan lidah lumpuh untuk bergerak. Mungkin juga?
Hm…
Pengunjung wanita seperti saya sangatlah segan jika penulis itu lelaki dan berusaha mempromosi bersungguh-sungguh.
Satu teori lagi ialah fobia orang terhadap gaya yang mirip penjual ensiklopedia (dan bahan belajar BI). Jangan terlalu agresif.
Terima kasih atas komen-komen, saya gembira dengan maklumbalas ini sebagai penambahbaikan. Mohon doa Tuan-Puan untuk diri kami berdua bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat :D
Gambar sekitar Pesta Buku di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Post a comment