Corat-Coret Pesta Buku: Pakejing Penulis
Industri penerbitan buku Melayu berdepan dengan banyak elemen yang masih belum di-profesional-kan lagi. Salah satu elemen itu adalah diri para penulis yang empunya badan.
PTS mempromosi buku-buku terbitannya dengan pelbagai cara. Salah satu cara itu adalah dengan mempromosi diri si penulisnya.
Ini dilakukan dengan menampilkan penulis secara live di kaca skrin TV, live di corong radio, live di depan wartawan supaya dijadikan bahan berita dalam akhbar dan majalah, live di depan peminat dalam sesi ceramah dan autograf, dalam bentuk foto poster, banner dan katalog.
Di satu pihak, ada penulis yang tampil dengan pakejing betul.
Penulis PTS yang paling menyediakan dirinya daripada sudut pakejing adalah Tuan Shamsuddin Ab. Kadir, penulis buku Kaya Dengan Rumah, Makan Gaji Tetapi Kaya, dan Hidup Tenang walaupun Berhutang. Setiap kali beliau muncul di booth PTS beliau datang dengan memakai pakaian sut bisnes selengkapnya.
Di satu pihak lain, ada penulis PTS yang tampil dengan memakai T-shirt sahaja! Aduh!
Barangkali PTS perlu mengendalikan "kursus cara-cara penampilan berkesan" buat para penulisnya supaya strategi promosi dan pemasaran buku-buku PTS semakin berkesan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam;
Setiap hari saya perlu memakai sut busines yg lengkap dengan warna dibenarkan semasa bekerja. Oleh itu, suatu kebebesan dan kelegaan bagi saya memakai batik (lengan pendek) ataupun t-shirt (berjenama sendiri lagi...)
Tabik spring buat Sifu.
salam,
Pada pendapat saya, penulis perlu berpakaian mengikut genre buku, pada majlis-majlis sedemikian.
Sebagai contoh, penulis buku-buku motivasi, kerjaya dll, sesuailah memakai sut atau berpakaian formal.
Bagi saya sendiri yang menulis buku2 remaja, lebih sesuai berpakaian casual, supaya sama dengan pembaca remaja kerana jika terlalu formal, pembaca remaja yang kebanyakannya pelajar, akan rasa ‘segan atau takut’ hendak rapat. Tapi, jika berpakaian casual, lebih mudah mereka hendak rapat.
terima kasih
Sebenarnya itulah yang ingin saya sampaikan, namun tidak kesampaian. Terima kasih sdr Meor Shariman kerana memberikan penjelasan.
Memang tepatlah bagi sdr Shamsuddin Abd Kadir berpakaian sut busines kerana bukunya ialah mengenai busines dan buat duit.
Sdr. Zamri pula sudak OK dgn pakaian dia sebab bisnes mamak, walaupun banyak duit, namun pakaian tetap tidak anggun juga.
Tidak begitu Puan Sifu-san?.
Pada mulanya saya hendak memakai topeng, tetapi idea itu telah diambil oleh Aliff Hantu Silap mata. Hmm saya lebih cenderung kepada cara Steve Job berpakaian heheheh.
Salam dan yang semakna dengannya.
Saya mencadangkan bacalah karya terjemahan keluaran terbaru PTS Pro iaitu “psycology of selling’atau bahasa melayunya “Psikologi Menjual”. Segalanya ada di dalam itu bagaimana untuk menarik pelanggan dan bagaimana untuk menjual sesuatu produk itu.
Tahniah kepada penterjemahan kerana menterjemah naskah yang amat berguna dan akan digunapakai dan amat berkesan untuk dipraktikan.
Baca tidak rugi tapi yang tidak membaca adalah rugi kerana terlepas untuk menambah ilmu.
Renung-renungkan…
Puan Sifu,
Salam. Semoga PTS dan warganya dilimpahi rezeki oleh Allah S.W.T. dalam perjuangan memandaikan bangsa melalui ilmu.
Saya sangat bersetuju bahawa pakej penampilan diri penulis sangatlah penting dewasa kini lebih-lebih lagi apabila penulis berkenaan adalan penulis yang menulis bahan bacaan umum/motivasi/pembangunan diri. Ini adalah kerana apabila pembaca membaca bahan bacaan sedemikian, mereka akan lebih cenderung untuk mengetahui tentang penampilan penulis berkenaan kerana dia sendiri secara tidak langsung menjadi “role model” kepada para pengikutnya.
Apa perasaan pembaca , misalnya, jika melihat seorang penulis yang menulis buku tentang diet yang sihat tetapi penampilannya tidak menggambarkan bahawa dia mengamalkan diet yang sihat ? Penampilan menambahkan kredibiliti penulis berkenaan. Tanggung jawab seorang penulis buku bukan fiksyen sebenarnya lebih berat daripada penulis buku fiksyen kerana penampilan/pakejing dirinya menjadi ukuran kredibiliti yang dimilikinya.
Sangatlah sedikit penulis PTS yang hadir di Pesta Buku yang lalu mempunyai pakejing/penampilan yang kemas. Penulis yang datang ke booth PTS untuk sesinya adalah atas sebab tugas walau dalam suasana yang santai.
Jika penulis itu seorang penulis novel remaja/fiksyen, tidak salah memakai pakaian santai tapi kemas.
En Shamsudin Kadir memang terserlah dengan penampilan kemas beliau begitu juga En Zaid Akhtar - walau sederhana penampilannya tetapi kemas.
Penulis zaman sekarang secara tidak langsung harus juga menjadi jurujual produk tulisannya. Saya juga tertarik dengan Psikologi Menjual yang baru diterbitkan oleh PTS.
Wassalam.
Kalau saya menulis cerita hantu, maka saya perlulah berpakaian seperti hantu yang menyeramkan. Bagaimana sekiranya saya menulis mengenai pocong?
Tentu menarik apabila PTS mengeluarkan buku-buku mengenai hantu dan ramai penulis memakai seragam hantu.
Hmm… (Ketawa bersopan).
Post a comment