Tuesday, April 15, 2008

Corat-coret Pesta Buku: Pengunjung Misteri

Semasa Pesta Buku berlangsung, memang banyak pengunjung yang datang sambil membeli buku sambil hendak berjumpa dengan Sifu sendiri. Majoriti akan memberitahu mereka membaca buku-buku saya ataupun membaca blog saya setiap hari.

Pada hari Sabtu, ada seorang pengunjung misteri datang. Saya lihat beliau sudah memegang kampit buku PTS, jadi saya tahu beliau peminat buku-buku PTS.

Beliau enggan memberitahu siapa dirinya. Beliau cuma memberitahu beliau membaca blog saya dan sudah memberitahu adiknya yang bekerja di BPR supaya membaca UNIKA.

Kemudian beliau pun pergi....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tulis Buku Bersama, Penerangan Lain-lain Previous entry: Nadzirah Diminta Ambil Laptop
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/17  at  09:46 PM

Assalamualaikum Puan,

Kadang kala tika ada orang bercakap tentang BPR, saya hanya mampu tersenyum sinis sahaja. Tersenyum kerana benarkah sebilangan mereka bersungguh-sungguh dan benarkah mereka mampu untuk melakukan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

10 tahun lalu saya pernah berkunjung ke Pejabat BPR untuk berbincang sesuatu. (Akan diselitkan kisah ini dalam Jibunsyi saya).

Akhirnya pegawai yang bertugas itu mempelawa saya untuk menyertai BPR lalu saya menolak dengan baik.

Saya katakan jika saya menyertai BPR, saya akan menjadi manusia yang sangat kecewa sekiranya kes yang saya kendalikan tidak dibuat pendakwaan atas alasan yang remeh sedangkan saya mungkin tahu bahawa kes tersebut telah mempunyai bukti dan keterangan yang cukup kuat untuk dibuat pendakwaan.

Sehingga kini, jadilah saya seorang yang memakan hati dengan BPR.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  01:58 AM

Saya rasa pengunjung misteri itu adalah kuntilanak

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: