Corat-Coret Pesta Buku: Zaid Akhtar dan Isteri Barunya
Pesta Buku 2008 mempunyai banyak makna bagi kita di PTS. Salah satu makna itu adalah apabila PTS secara rasmi meraikan kehadiran pengarang terkenal Tuan Zaid Akhtar dalam saf penulis-penulis PTS.
Tuan Zaid adalah nama besar dalam senarai penulis-penulis Minggu Penulis Remaja (MPR), sebaris dengan nama-nama seperti Faisal Tehrani, Nisah Haron, SM Zakir dan banyak lagi.
Kehadiran Tuan Zaid di booth PTS menggembirakan pendukung-pendukung PTS. Hampir 700 naskhah "Salju Sakinah" terjual sepanjang 10 hari pesta berlangsung.
Lebih menggembirakan lagi apabila wakil penerbit MIZAN Bandung telah memilih melesen "Salju Sakinah".
Kita yakin selepas ini akan hadir nama-nama besar lain daripada kelompok MPR.
Sifu sempat mengusik Tuan Zaid dengan berseloroh, "PTS tidak suka dimadu... Apakah saudara sudah bercerai dengan isteri tua?"
Dijawab oleh Tuan Zaid, "Bercerai... tetapi talak raj'i!" sambil tersenyum-senyum.
Hmm... meskipun hanya talak raj'i, namun sebagaimana lazimnya lelaki yang baru berkahwin isteri muda, selama berada di pesta, beliau asyik duduk-duduk di rumah isteri muda sahaja!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Sifu Ainon,
tergelak besar saya membaca entri ini.
Saya ni penulis yang tidak terkenal dan belum ‘besar’ lagi.
Dan, orang lelaki selalunya yang pernah menambah akan menambah lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Mungkin tak sampai sembilan kot.
Wah sungguh beruntung apabila hampir 700 buku terjual dalam masa sepuluh hari. Hebat. Memang hebat.
Sasterawan Negara (oops… Sasterawan Rakyat) Pak Samad dengan 68 Soneta Pohon Ginkgo hanya terjual 400 naskah sahaja. Itupun dengan kehadiran Pak Samad sendiri yang menurunkan tandatangan di setiap buku yang dibeli.
Tuan Zaid,
Apabila terkena ilmu perempuan Jawa, insyaAllah lelaki tidak ingin menambah lagi!
Rujuk dengan isteri tua yang dicerai talak raj’i pun dia tidak mahu.
Jangan marah, nanti kena jual!
Hehehe….
Salam buat semua,
Seronok baca entri gembira buat Zaid ini! Cuma sekadar satu pembetulan - Sdr SM Zakir bukan mantan peserta MPR. Walau bagaimanapun, ramai penggiat sastera yang terkeliru, sama seperti Mawar Shafei dan Siti Jasmina Ibrahim - penulis-penulis prolifik yang seringkali dikaitkan dengan MPR walaupun mereka itu bukan graduan MPR.
Terpandang Salju Sakinah, teringat Ayat-Ayat Cinta.Ada sedikit persamaan ‘cover’.
Post a comment