Wednesday, September 12, 2007

Cover Buku: Surat Alif F. Azis

"Bangsa yang kuat adalah bangsa yang berani mencabar di luar negara."

Isu mengimport artis luar untuk produk tempatan dirasakan menghalang periuk nasi Malaysia. Isu ini bukan timbul dalam dunia penerbitan sahaja. Industri animasi juga begitu. Sebab utama penerbit Malaysia ambil karya kreatif luar adalah faktor kualiti.

Walau pun begitu, ada juga pelukis Malaysia yang menjadi buruan syarikat luar negara. Saya sendiri pernah buat cover majalah Counter Action yang diterbitkan di USA. Begitu juga dalam bidang animasi. Animator kita menjadi tulang belakang pada animasi Transformer dan Dragon Ball. Ada juga yang dilamar menjadi orang kuat Pixar Animation Studio (sebelum ia bergabung dengan Disney). Syarikat luar memilih pelukis tempatan atas alasan yang sama dengan kita. Iaitu kualiti.

Selepas kualiti, adalah harga. Harga karya luar lebih murah dari harga karya tempatan. Contoh. anime dari Jepun dijual pada stesen TV dengan harga diskaun dan sampai satu tahap, beli satu siri, akan dapat satu siri percuma (p/s: Spongebob di TV9 diberi secara percuma kepada TV9). Lagi satu, animasi Doraemon menerima rate paling tinggi untuk stesen NTV7 dan ia adalah karya luar (dan murah). Bermakna pulangan sewa iklan tertinggi di NTV7 adalah ketika tayangan produk luar.

Ada akan kata, penerbit hendak produk murah. Jawapannya boleh dibahaskan. Kita ambil contoh Media Prima. Anugerah Juara Lagu anjuran TV3 yang diadakan setiap tahun memakan belanja tinggi. Saya pernah menjadi orang belakang Anugerah Juara Lagu dan saya terperanjat dengan pembelanjaan yang dikeluarkan TV3. Bagi mereka, apalah sangat keluarkan belanja yang banyak asalkan mereka dapat hidangkan benda berkualiti pada penonton.

Berbalik pada isu harga produk luar. Kemasukan anime dilihat menggugat penggiat animasi tempatan. Antaranya, pihak stesen akan bandingkan harga animasi kita yang jauh lebih mahal dari anime. Harga animasi tempatan untuk 24 minit hanya dibayar RM44000. Harga ini amat sedikit untuk produksi tempatan yang hanya fokus pada pasaran tempatan. Bagi penerbit yang memikirkan hanya untuk market tempatan, memang mereka tidak untung banyak. Hasilnya juga, animasi tempatan menjadi tidak setanding animasi luar kerana faktor harga rendah yang dibayar stesen TV.

Kenapa animasi tempatan tak boleh dibayar tinggi? Sebabnya, stesen akan kata, "Kami dapat animasi berkualiti yang lebih murah dari luar, mengapa mahu bayar mahal untuk animasi tempatan." Jawapannya memang pedih. Tetapi kita fikir balik.

Penerbit tempatan akan kata pula. "Bagaimana mahu buat animasi setanding Jepun dan USA, bayaran kami ciput." Sekali lagi masalah harga dijadikan alasan.

Ya, memang itu masalah utama. Tetapi, kita fikir balik. Adakah animasi-animasi luar yang berkualiti itu hanya dipasarkan pada satu stesen TV sahaja? Tidak! Mereka pasarkan diserata dunia. Mereka jual dengan harga yang murah pada banyak stesen TV di dunia dan apabila dikumpul, mereka untung besar. Sebab itu mereka tidak kisah buat animasi gempak-gempak kerana market mereka mahu jual sebanyak mungkin. Ada syarikat animasi tempatan yang menggunakan langkah ini. Saya sendiri pernah ke studio mereka dan percayalah. Bakat Malasyia memang hebat.

Berbalik pada isu buku. Jangan anggap kemasukan artis luar sebagai penghalang cari makan. Rezeki itu luas. Artis kita ada yang berjaya di luar negara kerana kualiti mereka. Mengapa mesti risau? Penerbit kita masih perlukan artis tempatan kerana artis kita ada citarasa tempatan. Citarasa unik. Masalah utama, motivasi dan cara kerja. Perlu agresif dan kreatif. Masalahnya pelukis kita banyak alasan.... tu kadang2 fade up tu!

Jangan cepat lemah dan cari alasan. Bangsa Melayu kuat di luar negara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cover Buku: Surat Cik Siti Hajar Previous entry: 2008: PT Gramedia akan Buka Outlet di Singapura, Malaysia dan Brunei
Amiene Rev  on  09/12  at  12:41 PM

Sekiranya PTS mahukan bakat-bakat yang hebat, cuba ke Institut The One Academy, saya yakin dengan kualiti ilustrator yang ada di sana.

Mengenai sesetengah bakat-bakat tempatan, saya sudah lama menegur sikap golongan ini (beberapa tahun lepas menerusi satu komuniti khusus untuk golongan ini).

Dalam kes ini, mereka tidak boleh bekerjasama. Maka biarlah kita cari pesaing-pesaing mereka. Lingkup periuk nasi mereka pun tak apa sebab, animator-animator seperti ini, menerusi alasan mereka, ternyata mereka hidup bukan kerana memperjuangkan seni itu sendiri, tetapi duit poket sendiri.

Cuba tengok, betapa mahalnya bayaran yang mereka kenakan untuk bengkel-bengkel kepada pelajar, mengalahkan pensyarah sedangkan mereka belum memiliki Sarjana atau Ph.D dalam bidang tersebut. Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini cuma boleh kata:

“Pandai mereka ‘menipu’ budak U. Budak undergraduate tahun satu memang senang la. Silibus yang diberikan biasa sahaja. Modul yan dibuat pun terlalu basic!”

Hubungan saya dengan DeviantArt-DeviantArt dari luar negara, membuktikan hal ini. Sebab itu mereka suka bekerja di luar negara berbanding Malaysia.

Industri grafik dan animasi di Malaysia ternyata pendek akal dalam memperjuangkan bidang ini.

Bila saya menegur mereka. Semua diam. Tidak ada yang berani memintas hujah-hujah saya. Akhirnya cuma ada seorang sahaja, yang memberikan sebab. Kononnya berkaitan dengan syarat yang dikenakan oleh pihak penyiaran TV menyebabkan hasil kualiti mereka rendah. Itu satu-satu sahaja alasan yang dapat diberikan.

Kalau dah tahu pasaran Malaysia ni kecil, sebab apa tak serang pasaran antarabangsa? Bila dikaji balik, ternyata hal ini berkaitan dengan soal cara bersosial golongan ini.

Mereka cenderung mengutuk golongan baru, junior dalam bidang ini, seolah-olah mereka sendiri hebat. Bila diminta tunjuk ajar, mereka mengutuk dan mengeluarkan kritikan yang sememangnya teruk dan lari daripada etika (penghormatan), bukan untuk mendidik, tetapi untuk merosakkan lagi. Gaya bahasa yang dilontarkan tidak menghormati bahasa ibunda. Sikap suka berkasar mereka inilah menyebabkan mereka sentiasa berada di taraf underground.

Bila mereka ditegur kerana kekasaran mereka, mereka bercakap (tulisan di bawah ini adalah untuk menunjukkan bahasa yang mereka gunakan tetapi apa yang saya paparkan ini tidaklah begitu mirip gaya komunikasi mereka):

“Rileks la. Korang ni tak tahan kena kutuk n kena sembur. Kita orang dulu-dulu pun kena jugak, diam je. Bla.. blaa bla..)

Aktiviti ragging yang kuat di kalangan mereka dan sikap kuat sembur-menyembur (tanpa batas) dan bahasa-bahasa yang merosak menjadi budaya mereka.

Malah sehingga ke hari ini, saya lihat begitulah mereka, tidak ada apa-apa peningkatan. Sikap kasar dan orang gasar yang diamalkan sesama mereka menyebabkan mereka kekal pada tahap itu. Tidak ada apa-apa lonjakan yang dapat mereka buat untuk negara. Sudah bertahun-tahun lamanya.

Bila ramai orang luar yang baru hendak menjejaki dunia grafik menegur mereka, mereka mula reda. ‘Bertaubat’. Namun selepas itu, peristiwa ini berulang lagi, seolah-olah sikap ini merupakan satu keseronokan yang menjadi ketagihan di kalangan golongan ini.

Cuma beberapa orang sahaja dari golongan ini yang boleh dibawa berunding, namun itu pun terhad dan agak tidak menyeronokkan kerana golongan ini belum dapat menyisihkan budaya ‘gelap’ tersebut sepenuhnya.

Bahasa rosak, kelucahan, kutukan dan seumpamanya. Barangkali PTS patut mendekati golongan ini supaya mereka menggunakan Bahasa Ibunda dengan betul untuk memandaikan bangsa.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/12  at  12:50 PM

Macam sama sahaja hujahnya: http://anuar-zain.com/V5/news13.htm

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: