Cover Buku: Surat Ameine Rev
Sekiranya PTS mahukan bakat-bakat yang hebat, cuba ke Institut The One Academy, saya yakin dengan kualiti ilustrator yang ada di sana.
Mengenai sesetengah bakat-bakat tempatan, saya sudah lama menegur sikap golongan ini beberapa tahun lepas menerusi satu komuniti khusus untuk golongan ini.
Dalam kes ini, mereka tidak boleh bekerjasama. Maka biarlah kita cari pesaing-pesaing mereka. Lingkup periuk nasi mereka pun tak apa sebab, animator-animator seperti ini, menerusi alasan mereka, ternyata mereka hidup bukan kerana memperjuangkan seni itu sendiri, tetapi duit poket sendiri.
Cuba tengok, betapa mahalnya bayaran yang mereka kenakan untuk bengkel-bengkel kepada pelajar, mengalahkan pensyarah sedangkan mereka belum memiliki Sarjana atau Ph.D dalam bidang tersebut. Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini cuma boleh kata:
“Pandai mereka ‘menipu’ budak U. Budak undergraduate tahun satu memang senanglah. Silibus yang diberikan biasa sahaja. Modul yang dibuat pun terlalu basic!”
Hubungan saya dengan DeviantArt-DeviantArt dari luar negara, membuktikan hal ini. Sebab itu mereka suka bekerja di luar negara berbanding Malaysia.
Industri grafik dan animasi di Malaysia ternyata pendek akal dalam memperjuangkan bidang ini.
Bila saya menegur mereka. Semua diam. Tidak ada yang berani memintas hujah-hujah saya. Akhirnya cuma ada seorang sahaja, yang memberikan sebab. Kononnya berkaitan dengan syarat yang dikenakan oleh pihak penyiaran TV menyebabkan hasil kualiti mereka rendah. Itu satu-satu sahaja alasan yang dapat diberikan.
Kalau sudah tahu pasaran Malaysia ini kecil, sebab apa tidak serang pasaran antarabangsa? Bila dikaji balik, ternyata hal ini berkaitan dengan soal cara bersosial golongan ini.
Mereka cenderung mengutuk golongan baru, junior dalam bidang ini, seolah-olah mereka sendiri hebat. Bila diminta tunjuk ajar, mereka mengutuk dan mengeluarkan kritikan yang sememangnya teruk dan lari daripada etika (penghormatan), bukan untuk mendidik, tetapi untuk merosakkan lagi. Gaya bahasa yang dilontarkan tidak menghormati bahasa ibunda. Sikap suka berkasar mereka inilah menyebabkan mereka sentiasa berada di taraf underground.
Bila mereka ditegur kerana kekasaran mereka, mereka bercakap (tulisan di bawah ini adalah untuk menunjukkan bahasa yang mereka gunakan tetapi apa yang saya paparkan ini tidaklah begitu mirip gaya komunikasi mereka):
“Rileks la. Korang ni tak tahan kena kutuk n kena sembur. Kita orang dulu-dulu pun kena jugak, diam je. Bla.. blaa bla..)
Aktiviti ragging yang kuat di kalangan mereka dan sikap kuat sembur-menyembur tanpa batas dan bahasa-bahasa yang merosak menjadi budaya mereka.
Malah sehingga ke hari ini, saya lihat begitulah mereka, tidak ada apa-apa peningkatan. Sikap kasar dan orang gasar yang diamalkan sesama mereka menyebabkan mereka kekal pada tahap itu. Tidak ada apa-apa lonjakan yang dapat mereka buat untuk negara. Sudah bertahun-tahun lamanya.
Bila ramai orang luar yang baru hendak menjejaki dunia grafik menegur mereka, mereka mula reda. ‘Bertaubat’. Namun selepas itu, peristiwa ini berulang lagi, seolah-olah sikap ini merupakan satu keseronokan yang menjadi ketagihan di kalangan golongan ini.
Cuma beberapa orang sahaja dari golongan ini yang boleh dibawa berunding, namun itu pun terhad dan agak tidak menyeronokkan kerana golongan ini belum dapat menyisihkan budaya ‘gelap’ tersebut sepenuhnya.
Bahasa rosak, kelucahan, kutukan dan seumpamanya. Barangkali PTS patut mendekati golongan ini supaya mereka menggunakan Bahasa Ibunda dengan betul untuk memandaikan bangsa.
.
.
Mengenai sesetengah bakat-bakat tempatan, saya sudah lama menegur sikap golongan ini beberapa tahun lepas menerusi satu komuniti khusus untuk golongan ini.
Dalam kes ini, mereka tidak boleh bekerjasama. Maka biarlah kita cari pesaing-pesaing mereka. Lingkup periuk nasi mereka pun tak apa sebab, animator-animator seperti ini, menerusi alasan mereka, ternyata mereka hidup bukan kerana memperjuangkan seni itu sendiri, tetapi duit poket sendiri.
Cuba tengok, betapa mahalnya bayaran yang mereka kenakan untuk bengkel-bengkel kepada pelajar, mengalahkan pensyarah sedangkan mereka belum memiliki Sarjana atau Ph.D dalam bidang tersebut. Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini cuma boleh kata:
“Pandai mereka ‘menipu’ budak U. Budak undergraduate tahun satu memang senanglah. Silibus yang diberikan biasa sahaja. Modul yang dibuat pun terlalu basic!”
Hubungan saya dengan DeviantArt-DeviantArt dari luar negara, membuktikan hal ini. Sebab itu mereka suka bekerja di luar negara berbanding Malaysia.
Industri grafik dan animasi di Malaysia ternyata pendek akal dalam memperjuangkan bidang ini.
Bila saya menegur mereka. Semua diam. Tidak ada yang berani memintas hujah-hujah saya. Akhirnya cuma ada seorang sahaja, yang memberikan sebab. Kononnya berkaitan dengan syarat yang dikenakan oleh pihak penyiaran TV menyebabkan hasil kualiti mereka rendah. Itu satu-satu sahaja alasan yang dapat diberikan.
Kalau sudah tahu pasaran Malaysia ini kecil, sebab apa tidak serang pasaran antarabangsa? Bila dikaji balik, ternyata hal ini berkaitan dengan soal cara bersosial golongan ini.
Mereka cenderung mengutuk golongan baru, junior dalam bidang ini, seolah-olah mereka sendiri hebat. Bila diminta tunjuk ajar, mereka mengutuk dan mengeluarkan kritikan yang sememangnya teruk dan lari daripada etika (penghormatan), bukan untuk mendidik, tetapi untuk merosakkan lagi. Gaya bahasa yang dilontarkan tidak menghormati bahasa ibunda. Sikap suka berkasar mereka inilah menyebabkan mereka sentiasa berada di taraf underground.
Bila mereka ditegur kerana kekasaran mereka, mereka bercakap (tulisan di bawah ini adalah untuk menunjukkan bahasa yang mereka gunakan tetapi apa yang saya paparkan ini tidaklah begitu mirip gaya komunikasi mereka):
“Rileks la. Korang ni tak tahan kena kutuk n kena sembur. Kita orang dulu-dulu pun kena jugak, diam je. Bla.. blaa bla..)
Aktiviti ragging yang kuat di kalangan mereka dan sikap kuat sembur-menyembur tanpa batas dan bahasa-bahasa yang merosak menjadi budaya mereka.
Malah sehingga ke hari ini, saya lihat begitulah mereka, tidak ada apa-apa peningkatan. Sikap kasar dan orang gasar yang diamalkan sesama mereka menyebabkan mereka kekal pada tahap itu. Tidak ada apa-apa lonjakan yang dapat mereka buat untuk negara. Sudah bertahun-tahun lamanya.
Bila ramai orang luar yang baru hendak menjejaki dunia grafik menegur mereka, mereka mula reda. ‘Bertaubat’. Namun selepas itu, peristiwa ini berulang lagi, seolah-olah sikap ini merupakan satu keseronokan yang menjadi ketagihan di kalangan golongan ini.
Cuma beberapa orang sahaja dari golongan ini yang boleh dibawa berunding, namun itu pun terhad dan agak tidak menyeronokkan kerana golongan ini belum dapat menyisihkan budaya ‘gelap’ tersebut sepenuhnya.
Bahasa rosak, kelucahan, kutukan dan seumpamanya. Barangkali PTS patut mendekati golongan ini supaya mereka menggunakan Bahasa Ibunda dengan betul untuk memandaikan bangsa.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Apa url deviant art saudara? Boleh pengunjung-pengunjung Unika lihat pengetahuan/kemahiran saudara?
Tak sempat baca, fahamsedikit sahaja. tetapi saya sokong Duke of Hazzard! Eh, Duke AR!
Hero Zaro, memandangkan anda bermula dengan tidak memperkenalkan diri, tak perlulah, saya memberikan maklumat kepada orang yang memisterikan dirinya.
Cukup Puan Ainon dan saya sahaja yang tahu mengenai hal ini. Kami pernah membincangkan soal ini secara peribadi tidak lama dulu. Sekitar tahun ini atau tahun lepas, saya sudah lupa. Karya-karya saya ada di dalam buku-buku rujukan grafik yang kini dimiliki oleh pelajar-pelajar di serata Malaysia.
Buku itu merupakan teks penting mengandungi sukatan pelajaran grafik dan multimedia. Saya sendiri sedang mengusahakan projek laman web andragogi (mengajar orang dewasa mengenai grafik secara percuma tanpa perlu bayaran mahal-mahal).
Memandang projek ini adalah untuk tujuan akademik, maka atas kehendak pihak universiti, saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, projek ini juga cuma boleh diakses oleh pelajar-pelajar untuk universiti itu sahaja.
Puan Ainon mungkin masih mengingatinya, kerana ini melibatkan soal hakcipta antara saya dengan penulis buku tersebut yang.
Harap jawapan saya ini memuaskan hati, ya, si misteri Hero Zaro. Semoga kita tidak berjumpa lagi kerana saya biasanya tidak melayan pertanyaan atau reaksi anonymous.
Nota: Meminta sesuatu berkaitan seseorang tanpa memperkenalkan diri adalah perbuatan yang biadab.
“Dalam kes ini, mereka tidak boleh bekerjasama. Maka biarlah kita cari pesaing-pesaing mereka. Lingkup periuk nasi mereka pun tak apa sebab, animator-animator seperti ini, menerusi alasan mereka, ternyata mereka hidup bukan kerana memperjuangkan seni itu sendiri, tetapi duit poket sendiri.
Cuba tengok, betapa mahalnya bayaran yang mereka kenakan untuk bengkel-bengkel kepada pelajar, mengalahkan pensyarah sedangkan mereka belum memiliki Sarjana atau Ph.D dalam bidang tersebut. Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini cuma boleh kata:....”
Assalamualaikum..
Di atas adalah petikan surat dari Sdr.Amenie Rev.. Saya amat tertarik pada ayat ini “Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini...”
Semoga Sdr Amenie Rev dapat mengirimkankan hasil kerja beliau kepada emel saya bagi saya mengumpul tenaga mahir seperti beliau dalam menjalankan kerja-kerja animasi.
Buat Sdr.Amenie Rev,
Semoga saya dapat melihat hasil animasi saudara dan kawan-kawan yang mahir beserta pergerakan animasi yang menggunakan prinsip animasi dengan baik.
Saya yakin saudara tahu kerana saudara dan kawan-kawan sudah mahir menghasilkannya.
Selamat Bekerjasama..
Tabik!
Encik Jonos, saya juga ingin mencuba, sudikah tuan hamba mengkritiknya?
Terima kasih Encik Jonos,
Maafkan saya, saya sendiri sekarang sudah ada beberapa projek penting di tempat saya yang diusahakan. Saya masih lagi sedang menimba ilmu dan pada masa yang sama memegang peranan yang sangat penting dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah akademik di tempat saya juga untuk anak-anak setempat.
Mereka yang melibatkan diri dalam dunia animator dan grafik ini ada di mana-mana dalam dunia siber ini, serulah mereka keluar, dan bekerjasama secara ikhlas (bukan mengharapkan hak-hak ekslusif sebagai warganegara Malaysia sahaja).
Fokus saya sekarang adalah dalam bidang akademik matematik dan sains untuk pelajar-pelajar bermasalah di tempat saya. Mereka merupakan aset negara untuk masa depan, dan untuk itu, kita tidak akan dapat berurusan pada beberapa ketika.
Sekiranya saya menambahkan lagi urusan saya dengan urusan baru, pasti pelajar-pelajar ini tidak mendapat tumpuan yang sewajarnya.
Selain itu masa lapang saya yang lain akan dipenuhi dengan hasil-hasil berbentuk penulisan bagi genre-genre karya novel untuk penerbit-penerbit tertentu.
Justeru, apa yang dapat saya ucapkan di sini, ialah berdoa semoga pihak-pihak animator yang sememangnya menceburi bidang ini supaya bersikap serius dan berdikari untuk membantu diri sendiri.
Saya pasti, Encik Jonos, sebagai seorang yang penting dalam bidang ini, pasti mengetahui atau ada maklumat berkaitan dengan animator-animator yang bergerak secara underground di Malaysia ini. Serulah mereka, untuk menampilkan diri, bekerjasama dengan ikhlas, bukan kerana semata-mata bergantung kepada hak ekslusif. Abaikan hak ekslusif (sebagai warganegara Malaysia), yang penting adalah sumbangan, dan bukan keuntungan.
Selagi dalam suatu tamadun itu ada manusia yang sanggup memberi sumbangan biarpun mengetahui tidak akan dapat mengutip hasil daripada sumbangan itu, maka tamadun itu akan terus subur.
Demi ‘tamadun animator’ Malaysia terus hidup, maka serulah mereka, ketuailah mereka, pimpinlah mereka untuk bersatu menyumbang tenaga, untuk membangunkan bidang tersebut.
Maafkan saya sekali lagi, saya benar-benar ada komitmen lain pada ketika ini dan pada tahun hadapan. Ketiadaan saya atau kurangnya penglibatan saya untuk program akan langsung menjejaskan program kebajikan akademik pelajar ini sebab saya adalah kunci/pengasas di sini.
Nota: Inilah yang dikatakan dugaan, kadangkala rezeki dan pelawaan datang mencurah-curah. Alhamdulillah. Namun hati ini jangan dipupuk supaya tamak. Beban yang dikandar, jika ditambah-tambah tanpa timbangan yang sewajarnya, pasti mendatangkan kelembaban terhadap usaha mencapai matlamat sedia ada.
Tidak mengapa Sdr Amenie Rev..
Walau bagaimanapun diharap saudara dapat mengirimkan emel hasil kerja saudara sebagai rujukan kami yang sentiasa dahagakan ilmu..
Semoga permintaan untuk saya melihat dan mengkaji hasil animasi saudara ini dapat ditunaikan!
Terima kasih..
Barangkali, karya itu akan dapat dilihat apabila karya saya dikeluarkan. Saya ada meminta izin daripada Puan Ainon, supaya saya dapat melukis ilustrasi luar dan dalam untuk karya saya (konsep awal).
Terima kasih juga buat Encik Jonos kerana memberi perhatian terhadap isi kandungan.
Moga-moga ahli-ahli PeKOMIK serius bertindak dalam mengatur harga pasaran untuk karya-karya mereka.
Terima kasih, dan tahniah buat Encik Jonos. Ini langkah perjuangan yang sewajarnya. Biarpun saya bukan lagi mengkhususkan terhadap dunia grafik dan animasi (kerana sekarang fokus saya tertumpu dalam jurusan yang sedang saya telaahi sekarang: Matematik dan Sains untuk pelajar-pelajar universiti), maka besar harapan saya untuk melihat para penggiat grafik dan animasi tempatan dapat bersatu, bangkit menonjolkan diri, memberi sumbangan dalam bidang ini.
Moga-moga karya mereka akan setanding dengan karya luar.
Kata-kata akhir saya:
Jadikan karya-karya animasi dari Jepun (asalnya manga menjadi anime). Kerjasama antara PeKOMIK dan penerbit-penerbit animator tempatan haruslah dipergiatkan.
Kalau dirujuk karya-karya pelukis kartun, komik dan manga tempatan dalam Gempak, Utopia, Ujang, dan seangkatan dengannya, ada beberapa pelukis yang karyanya berpotensi untuk diangkat sebagai karya animasi.
Cuma, pesan buat mereka, perbaikilah bahasa. Gunakan Bahasa Melayu yang sewajarnya.
Saya beransur dulu...!
Selamat berjuang En. Jonos, selamat berjuang Tuan Azhar. Saya gembira mendengar mengenai kewujudan PeKOMIK.
Saya akan membuat ulasan persatuan ini nanti di dalam blog saya, pada masa yang sesuai sebagai satu sokongan terhadap usaha PeKOMIK.
Saya berharap agar PeKOMIK dipromosikan secara meluas, supaya dapat memberikan perkhidmatan yang wajar dalam semua bidang berkaitan grafik dan animasi.
Bertahun-tahun dahulu saya kecewa dengan tidak pernah ada usaha keras pencebur-pencebur bidang grafik dan animasi untuk mempromosikan kehebatan karya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh En. Jonos, Tuan Azhar dan yang lain-lainnya adalah gelombang baru dalam bidang ini. Pastikan harga yang ditetapkan wajar dan sesuai.
Sebenarnya, bercakap mengenai harga karya tempatan yang mahal, isu ini mungkin boleh dikurangkan dengan pelbagai usaha yang melibatkan kesatuan ahli-ahli PeKOMIK.
1. Harga perisian grafik yang mahal boleh dikurangkan menerusi pembelian lesen secara bulk (PeKOMIK sebagai satu syarikat), dan setiap ahli PeKOMIK boleh mendapatkan lesen daripada PeKOMIK untuk menggunakan perisian tersebut bagi tujuan komersil. Boleh juga menggunakan perisian grafik open source atau yang dihasilkan menerusi GNU Project, contohnya GIMPshop dan DogWaffle.
2. Penetapan wajar harga-harga pasaran bagi karya-karya grafik tempatan. Untuk tujuan ini, perlu ada kerjasama erat antara PeKOMIK dengan syarikat-syarikat penerbitan dari seluruh Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia. Cuba berikan sampel hasil karya terbaik. Jangan fikir soal rezeki atau periuk nasi. Ambil contoh drama Korea, apabila Winter Sonata berjaya menembusi pasaran drama tempatan, drama-drama Korea yang lain turut dapat masuk. Mind-set (first expression) yang menunjukkan karya-karya tempatan adalah menarik, ilustrator-ilustrator berkonsepkan customer always right, mengutamakan kualiti hasil perkhidmatan dan kepercayaan terhadap pelanggan melebihi ganjaran; akan menyebabkan karya-karya tempatan mudah mendapat tempat di luar negara. Ini satu perkembangan pasaran yang baik bagi PeKOMIK.
3. Promosi secara meluas mengenai hasil kerja ahli-ahli PeKOMIK. Gunakan semua saluran yang ada, sama ada menerusi surat khabar, penglibatan menerusi aktiviti pelajar di sekolah atau di IPT, perbincangan dengan pihak-pihak penerbitan sama ada menerusi pesta buku, personal atau sebagainya, dengan menunjukkan contoh-contoh karya atau katalog.
Hubungi semua pihak yang terlibat dengan penerbitan majalah kartun, komik dan manga tempatan. Di kedai-kedai buku pasti ada kita lihat karya-karya tempatan (yang menghasilkan majalah komik atau kartun tempatan), supaya turut melibatkan diri dalam PeKOMIK.
4. Mengeluarkan e-book karya-karya tempatan secara percuma dan dikirimkan kepada pelbagai pihak penerbitan dan organisasi tempatan. E-book tidak melibatkan kos cetakan dan dakwat, e-book boleh dikirimkan secara e-mel kepada mana-mana syarikat penerbitan. Barangkali sebagai hadiah hari istimewa seperti hari raya, sambutan ulang tahun, penghargaan, persahabatan dan sebagainya.
5. Menghasilkan buku PeKOMIK yang menggunakan Bahasa Ibunda. Galakkan karyawan PeKOMIK supaya berusaha menghasilkan suatu karya yang mampu menarik perhatian khalayak pembaca tanpa perlu merosakkan bahasa. Dalam erti kata lain, tanpa menggunakan bahasa-bahasa picisan, kata-kata kutukan (contohnya: asbestos, bagero, korok mu, unta dll), kata-kata yang berbunyi lucu pun, pembaca boleh tergelak.
Cuba teliti lawak-lawak yang diterapkan dalam karya-karya Jepun. Mereka menggunakan logik untuk mencipta lawak. Tidak semata-mata bergantung kepada percakapan yang kasar atau bahasa-bahasa ‘makhluk asing sesat’ untuk mewujudkan suasana kelakar.
Karya-karya humor yang masih dapat mengekalkan Bahasa Ibunda akan mudah mendapat pasaran luar. Senang diterjemahkan. Lawaknya masih ada biarpun diterjemahkan pasaran luar. Bak kata, hasilkan lawak yang berbudaya tempatan, tapi masih diterima di peringkat global. Perhatikan karya-karya Datuk Lat. Perhatikan karya-karya Imuda. Perhatikan karya-karya Jaafar Taib.
Saya sangat menekankan aspek Bahasa Ibunda ini.
6. Ahli-ahli PeKOMIK juga digalakkan untuk menjadi sukarelawan yang menyumbang tenaga karya secara percuma atau tidak berkonsepkan ganjaran mahal dalam mana-mana peristiwa penting di negara ini. Contohnya, pihak PeKOMIK boleh menghasilkan karya khusus untuk mengingati peristiwa-peristiwa penting, contohnya Hari Kemerdekaan, Sukan, Bola Sepak, Badminton, Hari Kanser (MAKNA) dan sebagainya. Untuk hari-hari yang penting ini hasilkan karya yang menyokong, contohnya buku khas,poster, banting, karya-karya sukarelawan untuk diedarkan secara percuma e-book kepada semua rakyat.
Sekiranya perlu melibatkan kos, maka utamakan kos modal sahaja sebagai keutamaan sebelum berpusatkan keuntungan. Tingkatkan hubungan dengan organisasi-organisasi kebajikan yang lain.
Saya berharap dengan penglibat berterusan menyokong aktiviti-aktiviti bertaraf kebangsaan seperti ini akan membolehkan kewujudan dan kepentingan PeKOMIK disedari di pihak yang lebih tinggi, ini memudahkan mendapat penajaan daripada pihak kerajaan, korporat dan badan-badan tertentu.
7. Wujudkan anugerah-anugerah khas yang menekankan unsur-unsur patriotik. Ambil contoh kejayaan Datuk Lat.
8. Wujudkan usahasama antara pelukis komik, kartun dan manga tempatan dalam PeKOMIK dengan syarikat penerbitan animasi atau pertubuhan animator yang lain. Bincangkan bagaimana karya-karya dalam majalah tempatan boleh diangkat menjadi animasi. Cuba lihat Sin Chan yang diangkat menjadi animasi Sin Chan. Semasa mengubah skrip animasi, pastikan bahasanya diperbaiki.
Lebih mudah untuk menghasilkan animasi berdasarkan karya kartun, komik atau manga sedia ada. Ini kerana semua karya-karya itu sendiri boleh dijadikan storyboard untuk penghasilan animasi.
9. Wujudkan Tabung Sinopsis dan skrip untuk majalah kartun. Galakkan penyertaan orang awam. Sebab itu saya menggalakkan pihak PeKOMIK supaya bersahabat dengan semua pihak. Orang awam pasti ada idea-idea menarik. Pastikan mereka memiliki hakcipta terhadap sinopsis dan skrip masing-masing.
Sinopsis ini boleh digunakan untuk menghasilkan jalan-jalan cerita bermutu untuk dihasilkan dalam majalah kartun, komik atau manga tempatan.
Para karyawan PeKOMIK diharap berlaku jujur dalam soal hakcipta. Keyakinan para penyumbang sinopsis dan skrip terhadap PeKOMIK akan membantu perkembangan sihat dalam menjana produktiviti karya-karya bermutu tempatan.
Apabila penyumbang-penyumbang mendapat tahu sama ada sinopsis, skrip mereka diterima oleh PeKOMIK untuk diterbitkan dalam majalah kartun, ini turut meningkatkan pasaran. Kawan-kawan atau saudara mara penyumbang mungkin berminat untuk membaca/membeli majalah tersebut, kerana ingin melihat bagaimana karya dibentuk berdasarkan sinopsis atau skrip.
Bagaimana pula kalau-kalau ada antara kaum kerabat penyumbang sinopsis atau skrip itu merupakan orang penting dalam sektor penerbitan? Fikir-fikirkan.
10. PALING PENTING (maaf saya melaung), jangan ‘bermusuh’ dengan masyarakat dan kerajaan khususnya Datuk Rais Yatim. (Tersenyum: maksud saya, aspek bahasa). Wajibkan semua ahli PeKOMIK memperjuangkan Bahasa Ibunda. Kalau boleh biar semua orang tahu:
“Oh, pelukis komik ni pasti dari PeKOMIK. Cuba lihat, dialognya, cuba lihat bahasa yang digunakan. Tetap kelakar biarpun dialognya mengunakan Bahasa Ibunda.”
“Cuba lihat. Lawaknya profesional. Ini bukan sebarang majalah kartun. Karya satiranya menyengat. Kartun-kartunnya pula menarik! Bahasanya baik dan memikat!”
Berbaiklah, berdiplomasilah dengan masyarakat dalam aspek bahasa supaya PeKOMIK dapat diterima masyarakat.
Setakat ini sahaja idea-idea saya untuk PeKOMIK. Sekiranya ada apa-apa yang memerlukan bantuan, pemikiran atau idea, saya sedia membantu kalau ada apa-apa kelapangan.
Selamat maju jaya warga PeKOMIK! Semoga perjuangan anda kekal dengan niat murni dan tindakan yang wajar!
Salam kejayaan daripada saya.
Pengalaman Tan Sri Sanusi Junid ketika di Jerman
Apabila komik mengajar bahasa ibunda
Sebagai contoh apabila mempelajari bahasa asing. Dalam pengalaman beliau di Jerman, bagi memastikan rakyat dan orang asing dapat mempelajari bahasa Jerman mereka telah mencipta komik yang menggunakan watak Donald Duck sebagai ikon utama. Membawa komik ke sana-sini tidak menjadi beban.
Bagi memastikan komik itu mencapai objektif, kerajaan mengambil inisiatif memastikan komik Donald Duck menggunakan bahasa Jerman standard.
Oh ya,
saya mencadangkan agar dalam organisasi PeKOMIK adanya unit atau biro seperti berikut:
Biro Tabung Sinopsis dan Skrip
-bertindak mennyelaras sinopsis-sinopsis yang diterima yang boleh dijadikan karya bersiri.
Sekiranya beban tugas adalah banyak, maka unit-unit tersebut boleh dipecahkan kepada dua.
Biro ini bertujuan untuk meneliti mana-mana sinopsis yang boleh dijelmakan dalam bentuk komik.
Selain itu biro ini juga bertanggungjawab melakukan promosi untuk menggalakkan penyumbangan sinopsis daripada peminat, pelukis, penggemar komik.
Dalam konteks di atas, perlu dimaklumkan mengenai hakcipta bagi setiap sinopsis atau skrip. Ini memerlukan perbincangan yang sangat teliti. Harap hasilnya adalah menang-menang bagi meningkatkan lebih kepercayaan terhadap persatuan ini.
Bengkel-bengkel penulisan skrip komik juga wajar diadakan supaya karya-karya dapat diteliti dari aspek bahasa terutamanya sebelum dilaksanakan dalam bentuk lakaran dan akhirnya lukisan.
Saya rasa pihak PeKOMIK lebih arif berbanding saya dalam soal ini. Apa pun, idea ini diharapkan dapat diterima demi meningkatkan mutu karyawan tempatan.
Tekankan pembelaan hakcipta! Itu paling penting. Utamakan kualiti. Moga-moga hasil karya PeKOMIK dapat diterima di peringkat global. Ini doa saya. Ini impian (mungkin saya tidak ditakdirkan untuk berjuang dalam bidang ini, sebab saya sudah ada komitmen lain, tetapi sekiranya ada apa-apa yang boleh saya bantu atau sokong, saya bersedia!)
Izinkan saya mencelah. Ayat-ayat Amien Rev sangat membumi. Perkataan yang lahir dari lubuk hati yang paling bawah. Harap satu hari nanti, saya yang daif ini dapat berguru dengan ‘SIFU’ sepertinya.
Amiene Rev Says:
September 12th, 2007 at 7:59 pm
“Kata-kata akhir saya:
Jadikan karya-karya animasi dari Jepun (asalnya manga menjadi anime). Kerjasama antara PeKOMIK dan penerbit-penerbit animator tempatan haruslah dipergiatkan.
Kalau dirujuk karya-karya pelukis kartun, komik dan manga tempatan dalam Gempak, Utopia, Ujang, dan seangkatan dengannya, ada beberapa pelukis yang karyanya berpotensi untuk diangkat sebagai karya animasi.
Cuma, pesan buat mereka, perbaikilah bahasa. Gunakan Bahasa Melayu yang sewajarnya.
Saya beransur dulu…!”
Laaaa..ingatkan ini sahaja kata2 akhir.. Lepas itu ada lagi.. Amiene Rev Says:
September 12th, 2007 at 11:17 pm
dan lagi…
Amiene Rev Says:
September 13th, 2007 at 12:02 am
Boleh buat skrip ni.
“Saya sangat menekankan aspek Bahasa Ibunda ini.”
Fable Fox Says:
September 12th, 2007 at 5:44 pm
Tak sempat baca, faham sedikit sahaja. Tetapi saya sokong Duke of Hazzard! Eh, Duke AR!
Nama dalam bahasa ibunda yang patut dicontohi!
(Duke of Hazzard! Eh, Duke AR!)
Apa barang..
Ibundakau:
Awak tak tau ke Tuan Amiene Rev tu keturunan ayahnya, dari Eropah. So, dia bukan pure Melayu, tapi dia menghormati bahasa orang Melayu.
Nama dia tu, mungkin sebab dia menghormati asal usul moyang sebelah ayahnya.
Untuk pengetahuan awak yang bernama Ibundakau, Encik Ameine Rev ini keturunan sebelah ayahnya dari Eropah, emaknya dari Aceh. Jadi dia bukan Melayu tulen.
Awak ada masalah? Soal selidik dulu, buat malu saja.
Ibundakau, nampak sangat awak tidak ada hujah. Komen Ameine Rev komen membina bangsa, komen awak menghancurkan bangsa.
Duke of Hazzard itu gelarannya si Fable Fox. Belum pernah saya baca si Ameine Rev menggunakan gelaran itu.
Er, Faisal Tehrani itu pun bukan nama Melayu tapi dia pun memperjuangkan kehormatan bahasa.
Jadi, Apa masalah awak, Ibundakau?
Saya sokong Ameine Rev!
Maksud tulisan Sdr. Ameine, tidak kira apa bahasa, mesti dihormati penggunaannya, tidak terhad bahasa ibunda bangsa siapa pun.
Siapa makan cabai, dia terasa pedas!
Sifu PTS says:
“Apabila kata-kata teguran itu tidak disertai dengan alasan yang kukuh, kata-kata itu dianggap sebagai leteran, rungutan, kritikan dan kongkongan.”
Ameine Rev ternyata di pihak yang benar. Selepas menegur dia mencadangkan pula untuk kebaikan semua pihak.
Post a comment