Tuesday, August 29, 2006

Cover-devide

Kulit buku dan wajah buku adalah faktor yang amat penting apabila saudara menerbitkan buku yang dijual dalam kedai. Apabila bercakap tentang bagaimana cara menjual buku dalam kedai, salah satu isu yang dialami oleh penerbit buku adalah fenomena 'cover-devide' antara:(a) Citarasa pembaca golongan kelas menengah dan kelas rendah.

Rangkaian kedai buku elit seperti MPH, KINOKUNIYA dan BORDERS dikunjungi oleh kelas menengah yang berpendapatan tinggi. Golongan ini tidak suka kulit buku yang menggunakan imej-imej tradisisonal dan warna-warna terang dan kilat. Buku-buku yang laju jualannya dalam kedai buku elit tidak berapa laku dalam kedai-kedai buku tradisional dan begitu pula sebaliknya.

(b) Citarasa pembaca lelaki dan pembaca perempuan.

Pembaca lelaki lebih suka kulit buku yang menggunakan seni tipografi, yakni seni khat huruf, manakala pembaca wanita suka kulit buku yang "cantik".

(c) Citarasa pembaca berpendidikan tinggi dan pendidikan rendah.

Golongan pendidikan tinggi suka kulit buku yang "bersih", yang menggunakan banyak warna putih, yang mirip desain buku-buku Amerika. Golongan pendidikan rendah mengatakan kulit seperti itu "cepat kotor".

(d) Citarasa pembaca berpendidikan Arab dan bukan Arab.

Golongan berpendidikan Arab dan bukan Arab memberi respons yang berbeza kepada motif keArab-Araban (Arabesque) pada kulit buku-buku agama. Mereka yang bukan berpendidikan Arab tidak suka kepada gambar-gambar unta, pohon kurma, kubah masjid, serban dan seumpamanya.

Cover-devide ini menyebabkan penerbit terpaksa membuat pilihan, kumpulan mana yang menjadi target sesuatu kulit buku itu.

Sebagai contoh, desain kulit buku-buku novel remaja PTS ditujukan kepada remaja urban yang masuk ke dalam kedai-kedai MPH, KINOKUNIYA, BORDERS, POPULAR dan seumpamanya. Ini menyebabkan jualan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku tradisional (kedai Mamak) dan di bandar-bandar kecil tidak laju.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DISCLAIMER Previous entry: Strategi Bisnes Buku Suci
Rebecca Ilham  on  09/21  at  05:33 AM

Pemilihan kulit buku novel-novel remaja PTS sangat tepat. Saya tidaklah consider diri sebagai urban, tetapi ia menarik. Adik perempuan saya yang kurang gemar membaca novel kini ‘hook’ dengan novel-novel PTS. Tahniah!
-----

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: