Friday, June 20, 2008

Cover Mana Perempuan Sukai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel siri pahlawan Islam akan diterbitkan dengan wajah baru. Kali ini ia akan dipakejkan khusus untuk pembeli dan pembaca perempuan.

Covernya akan di-feminin-kan, manakala saiznya dikecilkan.

Yang di kiri itu adalah cadangan cover edisi perempuan. 

Apa pendapat saudara tentang cover edisi perempuan yang dicadangkan ini? Begitulah citarasa perempuan?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Menghasilkan Karya Evergreen
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  02:25 PM

Antara 2, memang pilih kiri.
Tidak ada jawapan pasti kenapa.
Cuma rasa lebih tenang,sejuk,lembut.

xara  on  06/20  at  03:33 PM

Jika diterbitkan semula dengan cover di sebelah kiri itu, semakin lamalah saya di kedai buku, menimbang-nimbang hendak beli buku ataupun tidak. Sangat cantik.

Firdaus  on  06/20  at  04:29 PM

Saya cadangkan agar semuanya mempunyai latar belakang ‘color gradient’ seperti cover baru novel Khalid Memburu Syahid. Tidak nampak kosong dan mengekalkan kesinambungan dengan cover asal.

Abdul Latip  on  06/20  at  06:58 PM

Mula-mula terbit dulu saya sangka wajah lelaki berjanggut dan garang ini menakutkan perempuan untuk membelinya. Ternyata sangkaan itu meleset kerana ramai perempuan yang suka smile

Hisham Salmin  on  06/20  at  09:01 PM

Wanita mungkin suka lelaki yang berwajah garang kerana nampak gagah, pelindung dan macho. Tak banyak bercakap tetapi lebih kepada perbuatan dan ada watak seorang pemimpin. Hmmm.. ada beberapa orang yang pernah kata muka saya garang. Huhu…

Firdaus  on  06/20  at  09:21 PM

En. Hisham mahu maksudkan bahawa dia gagah, pelindung dan macholah tu. raspberry

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  09:54 PM

Tuan Hisham, saya nampak ‘cahaya’ di hujung terowong!

Ketika saya di sekolah, mereka kata muka saya garang macam ketua samseng (beberapa minggu budak sekelas tidak tegur) dan selalu disuruh oleh guru berdiri atas kerusi.

Jika orang lain buat hal, saya akan disuruh berdiri atas kerusi. Dalam sehari tiga kali jugalah.

Itu kategori muka garang bagaimana?

http://www.motivasimindamu.blogspot.com

Hisham Salmin  on  06/20  at  10:12 PM

Baguslah Firdaus kalau faham.
Encik Latip, memang betul. Semasa PBAKL08 dulu… saya banyak menjual novel-novel pahlawan islam. Tapi masa tu saya tak buat muka garang la.
Encik Zamri, itu bukan garang yang dimaksudkan kalau kena diri atas kerusi. Garang yang dimaksudkan ialah garang yang menghasilkan percikkan kasih sayang. Maaf. Bukan semua orang memilikinya.
Apa betul apa yang saya nyatakan ini Encik Latip? Hihi…

Abdul Latip  on  06/20  at  10:51 PM

Encik Hisham,

Muka saya nampak tidak garang. Janggut pun tidak ada. Tapi isteri saya kata saya tetap garang hehehe.

Tapi memang betul kata Encik Hisham. Perempuan suka lelaki bersifat pelindung dan ada percikan kasih sayang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/21  at  05:29 PM

Isteri saya, seorang surirumah berusia 40 tahun, memilih cover sebelah kanan bagi keempat-empat judul. Alasannya, lebih menarik sebab ada gambar objek lain pada latar belakangnya - gambar yang bercerita. Bagi cover Salahudin, wajah figur tu tidak begitu menarik, mungkin disebabkan topi besinya, dan air mukanya bagi dia tidak ada tanda kesolehan.
Anak perempuan saya, pelajar tahfiz berusia 15 tahun, sama citarasa dengan ibunya kecuali untuk novel Ikramah, dia memilih cover terbaru sebab “nampak smart”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  08:48 PM

Hmm, sukar untuk saya katakan kerana mungkin jiwa saya tidak feminin walaupun ketika kecil dahulu saya meminati kumpulan Feminin. ;P

Namun, sekiranya saya masih seorang ‘kanak-kanak lelaki’, saya akan memilih cover di sebelah kiri. Tambahan pula apabila saiznya dikecilkan.

Cover Khalid yang baru paling cantik. Nampaknya saya akan membeli sebuah lagi. Sayangnya, cover Salahudin yang baru tidak begitu menarik. Cover-cover di sebelah kiri lebih menarik untuk dijadikan koleksi. Mungkin akan ada juga lelaki-lelaki yang membelinya.

Najibah  on  06/23  at  02:39 PM

Assalamualaikum

Saya seorang wanita, anehnya berkenan dengan yang di sebelah kanan semua.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/23  at  03:17 PM

Cover Khalid paling disukai.
Garang tapi ada ciri-ciri kelembutan di situ.smile
Cover Salahudin,
Terasa perwatakan melalui gambar itu seorang yang kasar/ganas sedangkan melalui pembacaan, perwatakan beliau adalah sebaliknya, berhati lembut walaupun seorang pejuang sejati.
Pandangan peribadi saya sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  03:17 PM

Saya wanita. Saya lebih suka cover sebelah kanan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: