Monday, May 21, 2007

Cukai Pendapatan Penulis

Assalamualaikum wbt, Puan..

Saya Saifuddin Hj Ahmad dari Pulau Pinang. Ada satu pertanyaan tentang bengkel Sabtu dan Ahad lepas yang saya hadir. Adakah setiap┬ perjalanan saya dari Pulau Pinang untuk hadir bengkel PTS┬ boleh dikecualikan daripada cukai┬ melalui royalti yang dibayar┬ pada setiap tahun termasuk perbelanjaan yang lain, puan?

Nota Sifu: Royalti RM20 ribu pertama dikecualikan daripada cukai. (Pelepasan ini diberikan sewaktu (ehem ehem) menjadi Menteri Kewangan dahulu.) Pada pendapat saya, kos menghadiri bengkel penulisan juga boleh diberi pelepasan cukai. Saudara perlu membuktikan bil kamar hotel, tiket bas, tol ataupun minyak kereta, yang saudara beli itu digunakan bagi menghadiri kursus penulisan.┬ (Ada sesiapa pembaca UNIKA yang dapat memberi pencerahan akan hal ini?)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja Previous entry: Bagaimana Cara Memanjangkan Tempoh Perlindungan Hakcipta Karya Saudara
abangunggal  on  05/21  at  07:46 AM

Setiap kali ke bengkel saya membelanjakan sebanyak RM 13.80 untuk pergi sahaja. Sebab naik teksi campur naik komuter dan putra.
——-

faizul  on  05/21  at  07:47 AM

Di atas itu ialah saya. Saya tersilap guna blog orang lain

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  09:05 AM

Saya cukup terkejut apabila isu berkenaan dengan ‘Cukai’, Alhamdulilah, jantung saya masih stabil dan berfungsi dengan baik.

Untuk sebarang kursus yang relevan dengan profesion ada rebat dari LHDN. Itu ketetapan untuk pekerja gomen. Mungkin juga terpakai untuk sektor swasta.

dingin  on  05/21  at  05:13 PM

Abangunggal itu Pezul?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  06:03 AM

Saudara,

Saya pernah komen tentang cukai dan penulis ini dalam UNIKA PTS juga dalam entri bertajuk Penulis dan LHDN.

Saya telah merujuk kepada borang B (tarikh akhir hantar 30 Jun), nanti saya akan rujuk borang BE dan tulis komen lagi tentang cukai ini, InsyaAllah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  02:14 PM

Saya ada pengalaman pahit dgn LHDN. Dan ia kekal pahit sampai hari ini.

Pengecualian cukai yg Puan Sifu sebut termasuk untuk kerja menterjemah. Maksud “menterjemah” termasuk apa-apa kerja yang terlibat dengan proses penghasilan sebuah karya terjemahan, iaitu sehingga proses mencetak dan menerbitkannya.

Saya ada membuat kerja mengedit karya terjemahan dengan kadar separuh bayaran menterjemah. Bila saya mengemukakannya kepada LHDN, mereka buka Akta Cukai Pendapatan terbitan zaman Jepun sebagai rujukan. Pengecualian berkenaan tidak disebut.

LHDN juga “mengarah” saya supaya dapatkan “tafsiran” terhadap apa yang saya tuntut dengan Jabatan Peguam Negara - iaitu kerja mengedit karya terjemahan sebagai sebahagian kerja menterjemah.

Pendek cerita, LHDN tidak menerimanya dan saya “dipaksa” membayar cukai melalui tuntutan LHDN di mahkamah walhal jumlah bayaran mengedit karya terjemahan saya kurang RM12 ribu setahun.

LHDN berhutang dengan saya selama ini. Dan terus mengenakan cukai ke atas saya.

Semua dokumen berkenaan telah saya serah kepada mereka.

Seperti kutipan tol, LHDN adalah “lanun” yang dapat piawaian. Sebab itu jika kita amati betul2 - wajah mereka seperti Kapten Jack Sparrow.

Ya Puan Sifu - memang saya lelaki pertengahan umur yang bara!

Kes Tuan Belalang ini menarik perhatian kita semua. Ada sesiapa yang dapat memberi pencerahan akan hal ini? Apakah royalti terjemahan lain, manakala upah mengedit terjemahan lain?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.