Cukai Royalti dan Honorarium Penulisan dalam Bahasa Melayu
Semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dahulu, atas permintaan persatuan-persatuan penulis, beliau bersetuju memberi galakan kepada aktiviti berkarya dan menterjemah buku-buku ke dalam Bahasa Melayu, dengan tidak mengenakan cukai:
(1) Royalti buku dan honorarium makalah dalam Bahasa Melayu di bawah RM24,000.
(2) Royalti ataupun upah menterjemah karya ke dalam Bahasa Melayu di bawah RM12,000.
Kita mengenang budi beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
‘Tax Break’ ini sekali sahaja atau setiap tahun?
Sdr Firdaus,
Setiap tahun!
Wah, RM2000 sebulan tidak bercukai! :D Ini yang membakar semangat hendak menjadi penulis sepenuh masa.
Sdr Firdaus,
Mari kita kempen supaya menteri kewangan mempunyai semangat juang mahu memartabatkan karya dalam Bahasa Melayu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Memang kita sepatutnya menghargai pemimpin yang selalu memikirkan kepentingan rakyat dan agama. Moga pemimpin yang beginilah akan diberi sokongan dan dokongan oleh rakyat dalam kempen yang sangat hampir ini.
Salam sukses untuk beliau.
Pangkah!
Pangkah!
Demi perubahan baru..
Tahun ini merupakan tahun pertama saya akan pergi mengundi. Undilah...Satu undian amat berharga. Hati-hati memangkah, kerana masa depan maruah agama dan negara di tangan anda.
Post a comment