Saturday, March 29, 2008

Cukuplah!

Tuan-tuan dan Puan-puan!

Sifu banyak menerima emel yang mengadu perihal kes-kes rasuah. Saya juga mula menerima surat-surat berpos yang mengandungi salinan fotokopi dokumen kontrak yang diberikan oleh beberapa jabatan kerajaan.

Dengan ini saya minta supaya tidak menjadikan UNIKA ini sebagai pejabat aduan awam. 

Saya faham mengapa surat-surat itu dihantar kepada saya, iaitu si pengirim sudah tidak menaruh kepercayaan lagi kepada cara kerja BPR. Tetapi, UNIKA ini adalah blog tentang industri perbukuan, jadi ia hanya menjadi jambatan alternatif antara komuniti industri buku dengan kerajaan dan dengan orang ramai. 

Di atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, diucapkan terima kasih. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Bahasa Pedas Previous entry: Rak Buku PTS di Bangkok
fudzail  on  03/30  at  04:17 PM

Salam Sifu

Berita dibawah memilukan sekali…

Sufiah: From Genius to Hooker
Remember Sufiah Yusof, Malaysia’s child prodigy in the UK, the girl who gained entry into Oxford at the age of 12? She is now a HOOKER. The following British newspaper article quotes her as claiming that she is studying for a Masters degree in Economics. Perhaps our Higher Education Minister Khaled Nordin wants to stop whining and help her (see link after this main story).

http://rockybru2.blogspot.com/2008/03/malaysian-child-prodigy-is-hooker.html

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  10:38 PM

Tuan Fudzail,

Bukankah Dato’ Najib Tun Razak, yang dahulu memberi biasiswa universiti kepada Sufiah, dan beliau membawa gadis serta ibu bapanya pulang ke Malaysia, dan menjadi selebriti kebanggaan negara.

Sufiah bukan seorang “genius”. Dia adalah seorang “prodigi”.

“Genius” adalah orang seperti Thomas Edison ataupun Einstein, iaitu orang yang normal tetapi berjaya mencipta idea-idea, dan menyelesaikan masalah-masalah, dengan cara-cara yang lazimnya orang normal tidak terfikir.

Manakala “prodigi” adalah kanak-kanak yang dapat melakukan ‘tasks’ yang lazimnya hanya dapat dilakukan oleh orang dewasa.

Contoh prodigi adalah kanak-kanak Sufiah. Dia dapat menyelesaikan masalah matematik peringkat tinggi yang lazimnya hanya penuntut jurusan matematik di universiti dapat selesaikan.

Fenomena prodigi hanya terdapat dalam 2 bidang iaitu (1) muzik dan (2) matematik.

Jadi, tidak mungkin ada fenomena kanak-kanak prodigi dalam bidang perubatan, sejarah ataupun politik, sebagai contoh. Tidak mungkin ada doktor pakar bedah prodigi pada usia 12 tahun!

Jadi, menteri UMNO, yang tidak mahu mendengar nasihat pakar-pakar bidang, kerap kali melakukan perbuatan bodoh, seperti mengagung-agungkan prodigi matematik, dengan sangkaan kanak-kanak itu adalah ‘genius’. (Einstein, manusia genius paling terkenal dalam sejarah sains, dia itu tidak pandai bertutur sehingga usianya 4 tahun, dan kita jangan lupa -  dia itu gagal ujian matematik untuk masuk universiti.)

Sekarang ini pun kita sedang menyaksikan pelbagai kecelaruan menteri pelajaran hari ini dalam membuat pilihan tentang jenis-jenis peralatan mengajar kemahiran reka cipta di sekolah-sekolah menengah.

Dia celaru sebab dia telah berjaya dipengaruhi oleh “sales-talk” agen-agen produk impot seperti Learning Grid, F1, LEGO dan DEPCO. Dia tidak mahu mendengar nasihat dan pandangan daripada pakar-pakar pendidikan dan pakar-pakar pengajaran subjek reka cipta.

Kalau dia fikir pakar-pakar Malaysia tidak layak menasihati dirinya, bawalah profesor-profesor dan pakar-pakar pendidikan luar negara, dari Jepun, German, Itali, UK dan USA. Dengarlah pandangan mereka.

Sebaliknya, apa yang menteri pelajaran itu lakukan?  -  Dia dengar cakap salesman! Cakap salesman! Biar betul!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/31  at  02:50 PM

Saya rasa kita perlu berfikir secara objektif dan rasional. Masalah Sufiah merupakan masalah peribadinya dan tiada kaitan dengan cabang ilmu matematik atau kebolehannya dalam matematik. Al-Khawarizmi juga tokoh yang disanjung kerana kepakaran matematiknya walaupun dari golongan orientalis. Pengiktirafan terhadap seseorang terhadap kepakaran seseorang itu dalam sesuatu bidang tidak boleh dijadikan kaitan terhadap tindakan dalam dunia peribadinya. Itu adalah satu falasi logika “Non Sequitor”.

Tambahan pula, kita perlu ingat bahawa kita tidak boleh riak dengan Iman kita. Kes Aishah murtad suatu ketika dahulu jika dilihat dari sudut kenalan-kenalan rapatnya, juga menerima asuhan fiqh yang intensif. Jika Tuhan hendak terbalikkan hati kita sekelip mata pun boleh terjadi. Kita hanya mampu berusaha. Saya juga kenal rakan saya yang menjadi presiden badan Agama Islam ketika di sekolah. Selalu memimpin Usrah membaca fadhilat solat kepada pelajar lain selepas solat Asar berjemaah. Tetapi selepas zaman sekolah, saya dapat tahu dia pernah ditangkap khalwat bersama teman wanitanya di hotel. Astaghafirullahal azim.

Pendek kata, saya rasa sebarang masalah peribadi yang dilalui individu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengekang ilmu yang perlu dipelajari. Kita tidak harus melupuskan latihan penekanan/pengiktirafan matematik atau apa pun cabang ilmu lain kerana masalah individu tententu.

Kita perlu usaha untuk memberi sebanyak mana ilmu sekalipun. Bukan menyekatnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/31  at  03:03 PM

“Kalau dia fikir pakar-pakar Malaysia tidak layak menasihati dirinya, bawalah profesor-profesor dan pakar-pakar pendidikan luar negara, dari Jepun, German, Itali, UK dan USA. Dengarlah pandangan mereka.” - Pn Ainon

Saya setuju cadangan puan. Apa kata bawa tokoh-tokoh antarabangsa ini menilai “content” buku-buku PTS berbanding program-program praktikal yang puan kritik. Barulah kita dapat satu analisa yang adil dan munasabah, bukan? Bukankah kami sebagai rakyat berhak atas pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kami untuk negara bersaing di peringkat global?

Fadzli Yusof  on  04/01  at  07:14 AM

“Apa kata bawa tokoh-tokoh antarabangsa ini menilai “content” buku-buku PTS berbanding program-program praktikal yang puan kritik. Barulah kita dapat satu analisa yang adil dan munasabah, bukan?”-Encik Azlan.

Maaf, saya kurang pasti tentang sesuatu. Mungkin tertinggal maklumat. Kenapa perlu kajian perbandingan antara buku-buku PTS dan projek-projek KPM?

Fadzli Yusof  on  04/01  at  07:22 AM

“Fenomena prodigi hanya terdapat dalam 2 bidang iaitu (1) muzik dan (2) matematik.

Jadi, tidak mungkin ada fenomena kanak-kanak prodigi dalam bidang perubatan, sejarah ataupun politik, sebagai contoh. Tidak mungkin ada doktor pakar bedah prodigi pada usia 12 tahun!”-Pn Ainon

Puan, bagaimana pula dengan kanak-kanak yang boleh berpidato dan berceramah sehingga memukau ribuan pendengar? Di Pantai Timur ada 2 orang kanak-kanak yang sering memberikan ceramah agama.

....................
NOTA SIFU: Tuan Fadzli,

Ada banyak contoh bakat yang dikaitkan dengan memori.

Banyak kanak-kanak dapat merakamkan data ke dalam memori mereka dan kemudian menuturkan data-data yang terakam itu. Sebagai contoh, banyak kanak-kanak yang dapat merakamkan data daripada seluruh kandungan Quran ke dalam memorinya. Ada pelajar yang dapat menghafal ayat-ayat dalam buku teks lalu digunakan bagi menjawab soalan peperiksaan. Bakat begini adalah sejenis ‘giftedness’.

Jadi, kanak-kanak yang pandai berpidato itu telah merakamkan ke dalam memorinya data linguistik yang didengar daripada persekitarannya. Apabila data yang didengar itu data dalam bahasa Arab, maka yang diucapkannya pun bahasa Arab. Jika data itu Bahasa Melayu, maka yang diucapkannya pun Bahasa Melayu.

Jika data itu data agama, maka yang diucapkan dalam pidatonya adalah data agama. Kanak-kanak itu tidak mungkin dapat mengucapkan pidato tentang ekonomi dunia ataupun nano-teknologi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/01  at  11:27 AM

En Fadzli,

Mungkin ada prodigy politik yang dimaksudkan Pn Ainon. Sebab setahu kita “prodigi” politik termuda yang “hangat” kini ialah Khairi.

Puan, teori puan tentang pidato semata mata menggunakan teknik memori semata mungkin relevan sekitar 70, 80 atau 90an. Gaya penyampaian juga ditiru bulat-bulat pimidato seperti Sukarno dan Anwar Ibrahim. Selalu juga kita dengar rujukan Dale Carnegie dan kitab Edward de Bono ketika itu. Tetapi zaman sekarang sudah berubah. Jika dilihat industri sekarang lebih dinamik dan penyampaian di peringkat korporat jauh berbeza daripada penyampaian ala ahli politik dekad-dekad yang lalu. Banyak inspirasi baru diambil kira. Ramai yang terpesona dengan gaya persembahan Steve Jobs umpamanya. Tahun lepas, Media Prima juga mengguna-pakai teknik persembahan Steve Jobs dalam penyampaian media korporatnya. Dan teknik penyampaian ini adalah gabungan memori, kreativiti serta improvasi spontan yang lebih meyakinkan. Kerana yang penting kini adalah penghayatan tentang subjek yang disampaikan dan sentuhan pemidato mengikut stail masing-masing, bukan sekadar “tape-recorder” di atas pentas.  Terdapat beberapa bengkel pembentangan awam dilakukan di Singapura pada beberapa tahun kebelakangan ini untuk melatih para professional dalam kemahiran ini.

Ketika kuliah di universiti luar negara dahulu, kami banyak merujuk “Case Study” dalam sesi pembelajaran kami. Namun “Case Study” yang kami pelajari selalunya 5 tahun ke belakang, oleh kerana faktor “trade secret” yang diamalkan oleh syarikat-syarikat yang berjaya. Tetapi bila saya pulang ke tanahair, saya dapati banyak silibus di pusat pengajian kita lebih 5 tahun di belakang pusat pengajian di luar negara.

Mungkin disebabkan proses penterjemahan memakan masa lebih lama, namun bila dilihat di dalam blog ini, saya dapati bahawa cabaran yang lebih besar ialah untuk menyerapkan pengetahuan terkini kepada penulis-penulis yang sudah berumur.

Mungkin PTS mempunyai kelebihan dalam karya berkenaan sastera dan agama (itu pun diharapkan tidak terlalu menjurus kepada aliran Al-Ikhwan Wahabi atau Taymiyyahisme).

Namun saya rasa pelbagai kemahiran di bidang teknikal dan pemasaran perlu satu semangat keterbukaan terhadap informasi terkini dalam industri. Kerana pendidikan anak-anak kita adalah untuk menyiapkan mereka menghadapi pasaran kerja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: