Dakwah Cara PTS
PTS adalah sebuah penerbit buku-buku dakwah, yakni buku-buku yang tujuannya adalah memberikan yang baik-baik sahaja kepada pembacanya.
Semua buku PTS diterbitkan dengan tujuan mahu memandaikan bangsa. Baik buku-buku agama, mahupun novel humor dan komik-komik PTS sekalipun, semuanya adalah buku aktiviti berdakwah kerana isi kandungannya adalah positif dan progresif.
Dalam berdakwah, PTS tidak mahu menerbitkan buku-buku yang mengkritik mana-mana pihak. Dengan maksud yang lebih mudah, PTS tidak mahu buku-buku yang menyakiti hati pembacanya.
Sebagai contoh, dalam Face Book, saat ini ada pihak-pihak yang membuat posting-posting yang mengutuk penganut Syiah. Ada pula kumpulan yang mengutuk golongan Wahabi. Tidak kurang yang mengutuk golongan Islam Liberal. Yang paling banyak adalah mereka yang mengutuk wanita yang tidak menutup aurat.
PTS tidak akan menerbitkan buku-buku yang mengandungi ayat-ayat bersikap kaki-kutuk. Ayat-ayat seperti itu tidak syariah-compliant. Tugas mengutuk mana-mana pihak adalah tugas al-Quran. Sedangkan, tugas penulis dan penerbit hanyalah menyampaikan.
Dasar editorial PTS adalah mencontohi cara Nabi Muhammad bercakap apabila beliau berdakwah. Nabi Muhammad tidak mengutuk sesiapa. Beliau berdakwah dengan menerangkan: 'Inilah Islam. Inilah Islam. Inilah Islam.' Cara beliau itu menyebabkan tidak ada mana-mana pihak yang sakit hati. Hasilnya, paderi-paderi Kristian dan Yahudi pun terbuka hati mendengar kata-kata beliau lalu mereka memeluk Islam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment