Wednesday, October 11, 2006

Dakwah dalam Novel: Prinsip Surah Yusuf

Dalam teori sastera konvensional, penilaian dilakukan oleh manusia berdasarkan kayu-kayu ukur, yakni teori-teori sastera, ciptaan intelek manusia. Justeru sesebuah karya itu dikatakan karya sastera yang bermutu disebabkan ada individu-individu yang mengatakan begitu berdasarkan kayu ukur yang mereka cipta dan digunakan bagi menilai karya itu.

Apabila berdiskusi tentang novel Islami, menurut kayu ukur sasterawan aliran konvensional, mesej dakwah dalam novel tidak sepatutnya dituliskan dengan terang dan jelas. Sebaliknya mesej dakwah itu perlu disampaikan secara halus, samar-samar, dan terselindung di sebalik simbol-simbol. Justeru mereka menolak kehadiran petikan ayat-ayat Quran dan hadith dalam novel Islami.

Pada penilaian sasterawan konvensional, sastera itu lain, kitab agama itu lain. Disebabkan pandangan sebegitu, novel yang mengandungi unsur-unsur dakwah yang jelas dan terang diberi penilaian negatif, dianggap tidak bernilai sastera, tidak indah, malah dikategorikan 'bukan sastera'.

Pada pandangan sasterawan konvensional, novel Islami hendaklah mendahulukan unsur-usur sasteranya, bukan unsur-unsur dakwahnya. Dengan demikian barulah novel itu dapat diterima sebagai bernilai sastera.

Justeru, para pendukung teori-teori sastera konvensional berpegang pada pandangan bahawa novel Islami yang berkualiti adalah novel yang unsur-unsur dakwahnya lemah, cair, kelam, ambigus.

Mereka mengemukakan contoh mesej dakwah yang halus, yang simbolik, justeru dikatakan indah, adalah seperti yang terdapat dalam novel The Old Man and the Sea karya Hemmingway. Dalam novel itu pada hujung cerita, orang tua itu memikul tiang layar perahunya naik ke pantai dengan matahari petang di belakangnya, lalu bayang-bayang yang jatuh ke atas pasir pantai serupa dengan gambar salib. Selain itu tidak ada langsung ayat-ayat yang dengan jelas menerangkan bahawa orang tua itu mempunyai sebarang agama.

Fenomena novel Ayat-ayat Cinta oleh Habiburrahman al-Sherazy yang terjual lebih 400 ribu naskhah di Indonesia membuktikan peminat sastera mahukan mesej dakwah yang terang dan jelas.

Angka jualan AAC adalah bukti bahawa pembaca sastera mahukan petikan ayat-ayat Quran dan hadith, mahukan dialog yang dengan jelas mengajak orang mencegah kejahatan dan melakukan kebaikan, yakni unsur-unsur yang ditolak oleh pemikir-pemikir sastera konvensional.

Dalam surah Yusuf, mesej dakwah dihadirkan dengan jelas dan terang, baik dalam ayat-ayat naratif mahupun dalam ayat-ayat dialog. Implikasinya adalah di sisi Tuhan, sesebuah kisah yang indah adalah kisah di mana mesej-mesej dakwahnya ditulis dengan jelas dan terang.

Justeru, apabila menilai apakah sesebuah novel itu Islami ataupun bukan Islami, maka kayu ukur yang digunakan seharusnya adalah ciptaan Tuhan, bukan kayu ukur ciptaan manusia.

Isu ini relevan dengan isu dasar dan senarai kriteria yang digunakan oleh panel hakim dalam pelbagai peraduan penulisan sastera Islami.

Nota: Ayat-ayat Cinta sudah diterbitkan semula di Malaysia dan boleh dibeli di semua kedai buku utama.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ala Kuih Tempah Previous entry: Penerbit dan Dr Palsu
alang bidara  on  10/11  at  11:01 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Kalau begitu, andainya saya berhasrat menulis novel Islami yang bertemakan poligami dan berunsur dakwah, maka mesti ikut aliran Surah Yusuf juga lah? Kalau saya tulis novel, adakah saya oarng pertama menulis novel bertema poligami dan berunsur dakwah?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  10/11  at  11:11 AM

Tuan Alang,

Prinsip pertama dalam teori Surah Yusuf: Cerita itu adalah kisah benar -  sebab kisah Nabi Yusuf itu kisah benar.

Novel unsur dakwah sudah banyak. Unsur poligami, dalam senarai PTS belum ada.

rastom  on  10/11  at  11:54 AM

The Old Man & The Sea tidak menyentuh jiwa saya, walaupun dikata hebat, mungkin dikala itu semangat zamannya mahukan yang simbol-simbolan (dijangkit ke Malaysia)..sementara novel klasik seperti karya Tolstoy tiada disembunyikan apa apa nas atau khuitbah dan kurang simbol pula - berjaya menyentuh deria rasa hingga ke hari ini. Segala teori dari sudut dunia Barat atau Timur memang bikinan saja persis alat bantu, soalnya aktivis sastera kontemporari Malaysia maunya bagaimana? Simbol-simbolan atau yang jelas lagi berkesan?

p.s. Testing html

rastom  on  10/11  at  12:00 PM

Tuan Sheikh Alang!

Elok juga cadangan tu, kalau cari guru novel Islami yang mesra poligami harap rujuk Mohd Affandi Hasan….masa dia tulis dulu belum ada teori Surah Yusof lagi, entahlah samada cerita dia benar atau fiksyen semata-mata, tapi rasanya fiksyen saja…mudah sangat laluan poligami dalam cerita cerita dia. Yang seronoknya, watak lelaki tak berminat langsung nak berpoligami, cuma isterinya (kemudian isteri isterinya) saja yang
saban hari mendesak suruh dia tambah isteri.

Puan Ainon Mohd.  on  10/11  at  12:02 PM

Tuan Rastom,

Saya petik kata-kata tuan: “Segala teori dari sudut dunia Barat atau Timur memang bikinan saja persis alat bantu, soalnya aktivis sastera kontemporari Malaysia maunya bagaimana? Simbol-simbolan atau yang jelas lagi berkesan?”

Barangkali (ya, barangkali) sasterawan kita mahukan yang simbol-simbolan manakala penikmat sastera mahu yang jelas-jelas saja.

Penilaian yang kita alami di negara kita ini…. yang menulis orang sastera itu, yang menilai pun orang sastera itu. Penikmat sastera seperti Tuan tidak akan berpeluang duduk dalam panel hakim.

Barangkali kita boleh mencontohi ASTRO dan AF. Peminat AF diberi peluang ikut dalam proses penilaian.

portaldakwah  on  02/08  at  03:14 AM

terima kasih sharingnya

dapatkan materi dakwah disini
http://portaldakwah.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: