Monday, February 19, 2007

‘dalam’ Apa?

di dalam = sendinama konkrit
dalam = sendinama abstrak


Contoh katanama konkrit: bakul, bilik, botol, lubang, paru-paru

dalam bakul (SALAH)
di dalam bakul (BETUL)

dalam bilik (SALAH)
di dalam bilik (BETUL)

dalam botol (SALAH)
di dalam botol (BETUL)

dalam lubang (SALAH)
di dalam lubang (BETUL)

dalam paru-paru (SALAH)
di dalam paru-paru (BETUL)

Contoh katanama abstrak: kenangan, ingatan, persatuan, masalah, Islam

di dalam kenangan (SALAH)
dalam kenangan (BETUL)

di dalam ingatan (SALAH)
dalam ingatan (BETUL)

di dalam persatauan (SALAH)
dalam persatuan (BETUL)

di dalam masalah (SALAH)
dalam masalah (BETUL)

di dalam Islam (SALAH)
dalam Islam (BETUL)

Nota:
concrete noun = katanama konkrit
abstract noun = katanama anstrak

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa yang 'sulit' Previous entry: Perdagangan Buku Malaysia-Indonesia Berat Sebelah
KSI  on  02/19  at  09:44 AM

Puan Sifu: Terima kasih kerana kembali mengingatkan mengenai kata nama abstrak dan konrit ini. Abstraksi ini banyak memerangkap calon penyair atau penyair pemula.  Jika tidak diberikan contoh, mereka tentunya tetap meraba dalam kekaburan.

KSI
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.