Adlie Shamsuddin dalam Kenangan: Al- Fatihah
Hari ini, Ahad 29 Mei 2011, selepas waktu Asar, Tn. Adlie Shamsuddin meninggalkan seorang ibu, seorang isteri dan dua orang anak lelakinya, kerana pulang ke Negeri Abadi.
Allahyarham pergi ke surau dengan anak lelakinya bagi menunaikan solat Asar dan rebah di surau itu.
Beliau adalah penterjemah PTS yang sangat berdisiplin dan sangat tinggi kualiti terjemahannya. Beliau juga seorang yang sangat pandai bekerjasama sebagai anggota Tim PTS.
Meskipun beliau adalah penterjemah professional sepenuh masa, setiap hari beliau beliau datang ke pejabat editorial PTS dan menjalankan kerja-kerja terjemahan buku PTS bersama-sama dengan para editor. Oleh hal yang demikian beliau dilayan seolah-olah staf PTS dan beliau juga membawa diri seperti staf PTS.
Beliau diperkenalkan kepada saya oleh Puan Fred Suriya, penulis bersama siri Adam Kecil. Mereka pernah menjadi rakan sejawat sebagai penterjemah di sebuah syarikat swasta.
Kita sangat berdukacita kerana tidak dapat lagi bersama beliau. Mudah-mudahan Allah menempatkan ruh beliau bersama-sama ruh mereka yang dikasihiNya. Amin... Amin...
Beliau banyak meninggalkan karya terjemahan yang sangat tinggi mutunya. Yang terbaru adalah:
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006




Semoga rohnya dirahmati ALLAH SWT. Al-Fatihah.
Puan Ainon, terima kasih atas tunjuk ajar dan kepercayaan yang puan telah berikan kepada arwah suami saya. Ya, arwah memang seorang anak, suami dan ayah yang baik. Kehilangannya amat kami rasai. Terutama saya dan anak-anak.
Arwah sering kali berpesan kepada saya supaya jangan tinggal solat, buat solat tahajjud, baca yassin dan alwaqiah dan jangan lupa solat dhuha. Redha dan yakin atas apa yang berlaku. Saya benar-benar tidak menyangka bahawa itu adalah antara wasiat terakhir arwah untuk saya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi saya yakin Allah tidak akan mensia-siakan saya dan anak-anak. Hanya doa saya agar arwah suami ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bahagia di sisiNya. Saya akur dengan ketentuan ini, saya bahagia menjadi isterinya.
Salam Puan Ainon dan Puan Siti Suhada.
Saya Puan Rohani, salah seorang mantee arwah Tuan Adlie Syamsudin. Walaupun perkenalan saya terlau singkat bersama arwah, banyak ilmu-ilmu telah dikongsi bersama kami para mantee.Semoga kepercayaan arwah pada bakat kami tidak dipersiakan. Kehilangan beliau, amat kami rasakan.
Moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang beriman. Amin.
Puan Siti Suhada, walaupun kita belum pernah bersua, doa saya sentiasa bersama-sama puan dan anak-anak apabila saya teringatkan arwah. Semoga puan dan anak-anak tabah menghadapi kehilangan suami(bapa) yang tercinta. Moga Allah permudahkan segala urusan puan dan anak-anak. Amin.
Post a comment