Dana Kerajaan untuk Industri Filem, Nasib Buku dan Sikap Media
Kerajaan mendukung industri filem tempatan, tetapi tidak mendukung industri penerbitan buku ilmu tempatan.
Dukungan kerajaan kepada penerbit-penerbit filem itu terbukti dalam senarai jenis-jenis industri yang didukung oleh SMIDEC (Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana - IKS).
Dalam senarai SMIDEC tidak dimasukkan industri penerbitan buku ilmu.
Bagi membantu para pembikin filem menerbitkan filem, kerajaan memperuntukkan dana khas yang boleh dipinjamkan kepada penerbit-penerbit filem. Nama Dana itu Skim Pembiayaan Filem Cereka (SPFC). Dana itu sekarang diuruskan oleh SME Bank (dulu dikenali dengan nama Bank Pembangunan dan Infrastuktur).
Untunglah pejuang-penjuang filem...
Malanglah nasib pejuang-pejuang bahasa yang bikin buku...
Isu-isu yang berlaku dalam industri perbukuan tidak dapat menarik minat media perdana supaya diuar-uarkan kerana dunia buku tidak ada kaitan dengan artis-artis dan skandal kehidupan peribadi orang-orang terkenal dan ternama, yakni topik-topik yang dijadikan bahan menarik minat pembeli akhbar dan penonton TV.
Dunia buku ilmu adalah dunia yang digulati oleh orang baik-baik, orang-orang terpelajar dan orang yang berjiwa ilmu.
Jika orang-orang dalam dunia media perdana kita tidak pedulikan industri buku ilmu, barangkali kita faham. Apabila pegawai-pegawai SMIDEC tidak pedulikan industri buku ilmu, kita tidak faham.
Di bawah senarai industri yang membekalkan peralatan pendidikan, SMIDEC memasukkan industri perabot sekolah, yakni kilang-kilang kerusi meja budak sekolah layak dibantu.
Tetapi industri yang membekalkan buku ilmu ke pusat-pusat sumber sekolah tidak layak dibantu!
Kita tidak faham... (sambil tepuk dahi).
.
.
Dukungan kerajaan kepada penerbit-penerbit filem itu terbukti dalam senarai jenis-jenis industri yang didukung oleh SMIDEC (Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana - IKS).
Dalam senarai SMIDEC tidak dimasukkan industri penerbitan buku ilmu.
Bagi membantu para pembikin filem menerbitkan filem, kerajaan memperuntukkan dana khas yang boleh dipinjamkan kepada penerbit-penerbit filem. Nama Dana itu Skim Pembiayaan Filem Cereka (SPFC). Dana itu sekarang diuruskan oleh SME Bank (dulu dikenali dengan nama Bank Pembangunan dan Infrastuktur).
Untunglah pejuang-penjuang filem...
Malanglah nasib pejuang-pejuang bahasa yang bikin buku...
Isu-isu yang berlaku dalam industri perbukuan tidak dapat menarik minat media perdana supaya diuar-uarkan kerana dunia buku tidak ada kaitan dengan artis-artis dan skandal kehidupan peribadi orang-orang terkenal dan ternama, yakni topik-topik yang dijadikan bahan menarik minat pembeli akhbar dan penonton TV.
Dunia buku ilmu adalah dunia yang digulati oleh orang baik-baik, orang-orang terpelajar dan orang yang berjiwa ilmu.
Jika orang-orang dalam dunia media perdana kita tidak pedulikan industri buku ilmu, barangkali kita faham. Apabila pegawai-pegawai SMIDEC tidak pedulikan industri buku ilmu, kita tidak faham.
Di bawah senarai industri yang membekalkan peralatan pendidikan, SMIDEC memasukkan industri perabot sekolah, yakni kilang-kilang kerusi meja budak sekolah layak dibantu.
Tetapi industri yang membekalkan buku ilmu ke pusat-pusat sumber sekolah tidak layak dibantu!
Kita tidak faham... (sambil tepuk dahi).
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan,
Seperti puan juga saya memang hairan dengan hal ini. Tetapi ada dua kemungkinan besar :
1. Para pegawai yang merancang strategi di SMIDEC tidak berpengalaman dan berpandangan jauh, dan masih muda. Oleh itu tidak berupaya mengambil initiatif memikirkan mana-mana industri lagi yang perlu sokongan dan penting bagi pembangunan insan dan ekonomi negara. Mereka hanya mengemukakan apa yang disarankan berdasarkan siapa yang ‘minta’, ‘kempen lebih’ dan ‘buat bising lebih’ bukan berdasarkan suatu kajian strategik menyeluruh dan perbincangan dengan pakar-pakar mana-mana industri.
2. Kedua mungkin tidak mahu buat kerja lebih… kalau orang bising baru kita buat.. sikap yang beginilah yang merugikan negara kita… asal bila cucuk kad atm di bank dapat duit tiap bulan okaylah, buat apa hendak pening kepala… cuti banyak pun gaji masih dapat juga…
Kemungkinan orang dalam industri filem lebih banyak buat bising untuk menarik perhatian… ataupun mungkin isteri muda orang penting tu seorang artis….nbegitulah Malaysia…nnampaknya salah seorang penulis Malaysia kenalah berkahwin dengan mana-mana ‘orang penting’ kerajaan barulah boleh jalan kempennya….
Wasallam
Nor
——-
Sdr Nor,
Idea supaya, demi memperjuangakan kepentingan industri buku ilmu tanah air, salah seorang penulis jadi isteri muda ‘orang penting’ sungguh bagus! Sekarang kita perlu kempen kepada penulis muda itu supaya mahu menjadi isteri muda kepada orang penting itu.
Barangkali kalau kita cadangkan Cik Siti Hajar….
Tidakkah puan berdua terfikir, bahawasanya ‘orang penting’ tersebut adalah seorang wanita?. Dan dia memang masih belum berkahwin!. Silalah berikan cadangan alternatif
Assalamualaikum,
Puan,
Nanti saya bina tangga dan keluar kotak saya ini. Saya akan memakai keenam-enam topi itu satu persatu untuk pertimbangkan syor Puan ini.
Saudara MBA,
Apa kata kita lancarkan Edisi Siasat untuk mengetahui jantina dan status ‘orang penting’ itu? Ada sesiapa yang ingin membantu?;-)
Tuan MBA!
Kalau begitu gaya-gayanya…
Bagaimana jika kita carikan suami untuk ‘orang penting itu’?
Bagaimana jika ahli poligami kita yang kita cadangkan menjadi lelaki bertuah itu?
Ada bantahan?
Puan Sifu, Tuan MBA, Cik Siti Hajar, et al,
Tiada bantahan, tiada bantahan, cadangan diterima sebulat suara…!!!
Puan Sifu, Tuan MBA, Cik Siti Hajar, et al,
Saya ingin mencalonkan diri saya sendiri, [
], jika tiada bantahan…!!
Cadangan pencalonan ini ialah bertujuan (di antara banyak sebab) menambah jualan buku “Di Bawah Payung Aishah”...
Hahaha!
Sifu memang pandai memilih calon! Bukankah betul… ahli poligami kita tahu apa X-factor yang dapat me-meletupkan jualan buku “Di Bawah Payung Aishah” nanti.
Sdr Faris tentu suka mendapat penulis buku macam Sheikh Alang yang tahu peranan yang dapat dimainkannya bagi melariskan jualan bukunya sendiri.
Saya hendak berpuisi sedikit…
Di bawah payung Aishah
kita bertiga bahagia
kau berdua di kiri dan kananku
seluruh alam mendoakan kita
puas selalu….
Assalamualaikum warahmatullah,
Saya dikelilingi ramai rakan dan saudara perempuan yang belum berkahwin. Mereka memberi alasan tiada yang mahu. Apabila ada yang mahu mereka pula tidak berkenan.
Bagi mereka yang telah berjaya dalam karya, alasan yang diberi lebih mudah. Pening-pening berkahwin, hidup sendiri lagi senang.
Apalagi kalau bermadu. Sakit hati dan sakit jiwa dipandang serong oleh masyarakat.
Tidakkah ini satu cabaran buat Sdr Alang Kelana?
Assalammualaikum,
Cadangan saya pula adalah supaya Perpustakaan Negara Malaysia perlu lebih berusaha untuk mengasak kerajaan memberikan dana bagi kemajuan industri buku negara. Jika mereka boleh mendapat dana yang besar untuk kempen membaca tidak mustahil jika mereka juga boleh mendapatkan dana bagi tujuan ini.
Selain itu kita ada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. “Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku peringkat kebangsaan telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar dan saranan yang terkandung dalam Dasar Buku Negara.” Apakah yang mereka lakukan? Pesta Buku Kebangsaan sahajakah?
Seharusnya mereka di atas perlu lebih memahami kemelut yang berlaku jika mahu melihat negara kita mampu setanding dengan negara Maju. Bukan hanya menyeru rakyat membaca tetapi tidak membantu industri buku negara.
Sdr MAL,
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara supaya PNM dan MBKM menghasak (bukan ‘megasak’) kerajaan menubuhkan dana bagi mendorong perkembangan industri buku negara. Saya yakin apabila suara PNM bergabung dengan MBKM maka gabungan itu dapat lebih didengari oleh menteri yang berkenaan.
Kempen Membaca mesti disandingkan di atas pentas yang sama dengan Kempen Menulis Buku. Tanpa banyak buku dalam pasaran dan dalam perpustakaan, apabila orang ramai sudah mahu membaca, di manakah hendak dicari buku-buku yang hendak mereka baca itu.
Dalam keadaan sekarang, PTS didukung oleh PNM setiap kali PNM memilih judul-judul terbitan PTS dalam projek pembeliannya. Dengan wang pembelian PNM itu, pemain industri macam PTS mendapat suntikan modal secara tidak langsung bagi menerbitkan lebih banyak judul baru tanpa menokok hutang bank.
Selain dukungan PNM, walaupun PTS adalah penerbit buku-buku ilmu, kita tidak menerima dukungan daripada BBT, BTP dan PPK (Bahagian Buku Teks, Bahagian Teknologi Pendidikan, dan Pusat Perkembangan Kurikulum) di Kementerian Pelajaran.
Dalam kementerian, BBT mempunyai bajet paling besar bagi perbekalan buku teks, mencecah ratusan juta setahun. Kedua adalah BTP yang memilih judul membeli buku-buku bagi pusat-pusat sumber sekolah. Ketiga, adalah PPK yang berkuasa memilih tajuk buku teks sastera.
Tidak mengapalah, rezeki Tuhan ada di mana-mana. Kita akan bekerja bertungkus-lumus mencari rezeki dalam pasaran terbuka, yang lebih susah, lebih perit, dan lebih banyak meminta pengorbanan.
.
Salam Puan.
Seperti kata puan, rezeki tuhan ada di mana-mana. Kita teruskan usaha “menggempur”. InsyaAllah “pagar” ladang akan bocor dan kita boleh mula menanam tanaman kita.
“Mari kita ke ladang…hey!”
hehehehe
Sdr Helmy,
Ah! Saya teringat lagu tema siri “Kebun Pak Awang” itu.
Bercakap fasal kebun, teringat kita akan pepatah Tamil, satu pokok getah takkan jadi satu estet.
Diharap sangat WBSB tanam banyak-banyak pokok getah! Biar penuh sesak rak buku-buku MPH, Kinokuniya, Borders, Popular, MudaOsman, Seri Intan, BadanCemerlang, Harfa dan lain-lain oleh buku sastera kanak-kanak, remaja dan dewasa terbitan PTS, WBSB dan KarnaDya.
Mari kita ke ladang… hey!
Sheikh Alang…
Saya nampak RM..RM…RM… lagi meletup lagi banyak RM..RM..RM..
Asal buku Tuann Alang boleh meletup saya sokong… sekurang-kurangnya boleh buktikan Tip-tip Poligami Tuan Alang itu bukan hanya retorika semata-mata…. (minta maaf kepada Mrs Alang…. tumpang lalu)
Puan Sifu, Tuan Faris,
Mrs Alang agak kurang senang dengan penulisan saya di buku “Di Bawah Payung Aishah” tetapi saya teruskan juga siapkannya… jadi dia biarkan sahaja….
Kalau tidak silap Puan Ainon ada menganjurkan kursus atau bengkel berkaitan `teknik mempengaruhi orang lain`...saya cadangkan Puan menggunakan teknik tersebut untuk mempengaruhi menteri-menteri berkenaan supaya memberi lebih perhatian dan peruntukkan untuk memajukan industri buku.
Post a comment